Koperasi Perlu Tingkat Usaha Jaga Imej Industri Sawit
Oleh : NADIAH KAMARUDIN
» Dato’ Kamarudin Ismail (duduk, empat dari kanan) sewaktu Mesyuarat Lembaga ICA di Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat.
Pelan asal EU adalah untuk menjalankan sekatan tersebut pada tahun 2021 tetapi terpaksa ditunda ke tahun 2030 hasil desakan Malaysia dan negara-negara lain yang merupakan pengeluar minyak kelapa sawit utama dunia. Gerakan Koperasi Negara adalah antara yang turut komited membantu industri sawit negara apabila ANGKASA melalui Naib Presidennya, Dato’ Haji Kamarudin Ismail yang juga merupakan Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) Global telah membentangkan isu tersebut sewaktu Mesyuarat Lembaga ICA yang pertama untuk tahun 2018 di Brussel, Belgium, Januari lalu. Dato’ Haji Kamarudin juga telah sekali lagi membentangkan isu yang sama sewaktu Mesyuarat Lembaga ICA kali ke-3 di Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat pada 20 Jun lalu. Beliau berkata, agenda minyak sawit menjadi keutamaan ANGKASA sebagai badan puncak Gerakan Koperasi Negara Pekebun-pekebun kecil sawit yang merupakan ahli koperasi disaran supaya tidak berasa terlalu selesa dengan keputusan menunda sekatan penggunaan minyak kelapa sawit yang telah dibuat oleh Kesatuan Eropah (EU) pada 14 Jun 2018, sebaliknya perlu teruskan usaha untuk mempertingkat dan menjaga imej industri sawit.
» Mr. Ariel Guarco (empat dari kanan) mempengerusikan Mesyuarat Lembaga ICA.
memandangkan sumber pendapatan lebih 700,000 pekebun kecil yang menganggotai koperasi akan terjejas sekiranya EU berhasrat meneruskan pelan asalnya. Menurut beliau lagi koperasi di negara-negara pengeluar minyak sawit perlu meningkatkan usaha dalam memastikan industri sawit tidak selamanya dilihat sebagai punca kepada kemerosotan alam sekitar seperti perubahan iklim, penebangan hutan dan kemusanahan habitat haiwan. Mesyuarat Lembaga ICA di Amerika Syarikat telah dihadiri seramai 15 Ahli Lembaganya dan dipengerusikan oleh Presiden ICA, Mr. Ariel Guarco.
July 2018 PELANCAR Julai 2018
63
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease