Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan ANGKASA Negeri Pahang » Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan ANGKASA bagi Negeri Pahang yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Zakat Perniagaan ANGKASA bagi Negeri Pahang tahun 2017 sebanyak RM148,632.53 itu telah disampaikan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Abdul Aziz, Bukit Istana Kuantan, 6 Jun lalu.
Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan ANGKASA Negeri Johor » Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan ANGKASA Negeri Johor bagi tahun 2017 sebanyak RM139,048.24 telah disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Osman Sapian. Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan telah mewakili ANGKASA bagi menyampaikan zakat tersebut. Majlis tersebut yang berlangsung di Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor, Saujana turut bersekali dengan majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan kepada golongan fakir dan miskin.
6 PELANCAR Julai 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease