Wadah PELANCAR Edisi Julai 2018

Koperasi Bantu Tingkat Pembangunan Sosioekonomi Zakat

Fungsi zakat itu sendiri dalam membantu golongan asnaf yang memerlukan jelas menggambarkan pendekatan yang sama dengan prinsip koperasi ketujuh iaitu ‘Berprihatin Terhadap Masyarakat’. Di sebalik usaha ANGKASA untuk terus membantu memartabatkan fungsi serta peranan institusi zakat di Malaysia, pelbagai usaha telah dijalankan bagi meyakinkan kerajaan khususnya Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan Pusat Zakat Negeri untuk melantik ANGKASA sebagai wakil amil zakat yang sah dan diiktiraf. Perkembangan sektor-sektor perniagaan koperasi di Malaysia yang semakin pesat dan ada di antaranya yang telah mengembangkan sayap pasaran ke negara-negara luar telah berjaya membantu meningkatkan hasil perolehan koperasi sekaligus meningkatkan jumlah zakat.

DATO’ ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH Presiden ANGKASA

Alhamdulillah, ANGKASA kini merupakan satu-satunya wakil amil bagi melaksanakan pengurusan kutipan zakat oleh 14 buah negeri. Keyakinan koperasi terhadap peranan ANGKASA sebagai wakil amil zakat koperasi juga semakin meningkat apabila berjaya merekodkan peningkatan jumlah kutipan zakat perniagaan koperasi sejak dari awal penubuhannya pada tahun 2010. Bilangan koperasi yang membayar zakat perniagaan mereka menerusi ANGKASA pada tahun lalu sahaja adalah sebanyak 1,265 buah dengan jumlah kutipan mencecah RM4,542,698.42 berbanding hanya 900 buah koperasi dengan jumlah kutipan sebanyak RM3,654,128.60 pada tahun sebelumnya.

» Penyerahan zakat oleh Koperasi Kakitangan Petronas Berhad.

Julai 2018 PELANCAR

7

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease