Wadah PELANCAR Edisi April 2018

APRIL 2018

16 Senarai JPAN Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur 17 Senarai JPAN Pahang Zon 3 18 Senarai JPAN Pahang Zon 2 19 Senarai JPAN Pahang Zon 1 20 Senarai JPAN Selangor 21 Senarai JPAN Perak 22 Senarai JPAN Sarawak 23 Senarai JPAN Johor 24 Senarai JPAN Kedah 25 Senarai JPAN Perlis 26 Senarai JPAN Pulau Pinang 27 Senarai JPAN Melaka ANGKASA 28 Perkukuh Kesepakatan, Perpaduan Dan Kejayaan Bersama Masyarakat 30 Koperasi : Platform Bantu Perkasa Sisoekonomi Warga Rukun Tetangga 32 Perluaskan Kaedah Pengurusan Koperasi Sekolah 35 Reaksi 36 Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah 2018 38 Ikrar Bebas Rasuah : Komitmen ANGKASA Banteras Rasuah Dalam Koperasi 39 IBR Perkukuh

KETERANGAN GAMBAR KULIT Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sewaktu berucap merasmikan Perayaan Hari Koperasi Negara 2018 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC). : Mohd Zakuan

4

44 Pertingkat Prestasi

SKM 4

Pengurusan Wasiat Dan Rujukan Pusaka 46 Kempen Kesedaran Terus Dipergiat 47 ICA Platform Promosi Produk Koperasi 48 Tngkat Kualiti Produk

Bersama Jana Pertumbuhan Ekonomi Negara

6

‘Rakyat Sejahtera Bersama Koperasi’ Rai Hari Koperasi Negara Bersama Perdana Menteri

8

9

Sesi Pertemuan Pemimpin Koperasi Bersama Perdana Menteri PERSIDANGAN NEGERI ANGKASA 10 3 Fokus Utama Oenentu Kecemerlangan Ekonomi Koperasi 11 Persidangan Negeri 2018 Mengikut Jadual 12 Senarai JPAN Negeri Sembilan 13 Senarai JPAN Sabah 14 Senarai JPAN Kelantan 15 Senarai JPAN Terengganu

Tanggungjawab Perangi Rasuah 40 Kepimpinan Dan

Integriti Teras Utama Kemajuan Koperasi 42 ANGKASA Perkenal Program EMAS Untuk Pesara 43 MAMPU Bekerjasama Majukan Gerakan Koperasi Negara

2 PELANCAR April 2018

50 Ke Arah Produk Koperasi Yang Lebih Berkualiti Dan Diyakini 52 Kejohanan Petanque Peringkat JPAN Pahang Zon 1 Bagi Tahun 2018 56 “Kasih Hingga Ke Syurga”

RENCANA 54 Koperasi Perumahan :

58

Utamakan Anggota Koperasi

63

KOPERASI 58 Misi Memperkasa

Keusahawanan Koperasi 60 Sepakat Bantu Perkasa Sosioekonomi Anggota 62 7 Faktor Dorong Perolehan RM1 Juta

60

ULASAN BUKU 64 Buku Panduan Zakat Perniagaan Koperasi

54

Diterbitkan Oleh: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya

64

47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan.

Alamat Perhubungan: Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya

Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya 46798 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-7806 1977 Faks: 03-7806 1506 E-Mel: apex@angkasa.coop Laman Web: www.angkasa.coop

Dicetak Oleh: ULTIMATE PRINT SDN. BHD.

32

April 2018 PELANCAR

3

“Koperasi sememangnya boleh memainkan peranan yang penting untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara dan untuk

melahirkan budaya keusahawanan dan budaya mentadbir dengan baik. Peranan koperasi sangat diharapkan bagi membantu kerajaan mencapai tahap pembangunan sepertimana yang telah ditetapkan

dalam visi TN50 sekaligus dapat mengangkat negara kita Malaysia sebagai salah sebuah daripada 20 negara terunggul di dunia.”

Demikian antara inti pati ucapan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia sewaktu berucap merasmikan perayaan Hari Koperasi Negara 2018 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

4 PELANCAR April 2018

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI Bersama Jana Pertumbuhan Ekonomi Negara

Menurut Dato’ Sri Najib, bagi mencapai matlamat tersebut, setiap komponen dalam masyarakat mesti digembleng dalam sebuah hala tuju yang besar. Koperasi juga perlu bijak menentukan setiap kelompok, institusi dan anggota mampu berperanan dalam memberi sumbangan bermakna kepada pencapaian koperasi. Menurut beliau, bagi meningkatkan kualiti tadbir urus dan mencapai sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seperti yang telah ditetapkan, kerajaan menyokong setiap usaha dan tindakan yang dilakukan seperti usaha ke arah penggubalan akta koperasi yang baru. Sehubungan dengan itu, koperasi akan terus dibantu mengikut peringkat seperti yang ditetapkan. Koperasi dalam tier atau kelompok yang pertama, kedua dan ketiga akan mendapat insentif secara sewajarnya seperti yang telah ditetapkan kerajaan. “Menerusi sistem seumpama ini, kita akan dapat menilai prestasi koperasi. Kita tidak mahu koperasi menguncup dan tidak berpegang kepada prinsip ketelusan dan akauntabiliti. “Saya sendiri telah menetapkan prestasi kerajaan dalam konteks melaksanakan Dasar Transformasi Nasional. Setiap tahun, semua menteri akan dinilai prestasinya dan sebagai Perdana Menteri, saya bertanggungjawab kepada rakyat,” katanya. Koperasi juga katanya perlu mewujudkan sistem tadbir urus yang lebih berkesan bagi memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan yang sewajarnya. Antaranya adalah seperti memperbanyakkan bantuan terhadap program pembangunan industri hiliran. “Saya melihat bahawa kalau kita boleh tentukan nilai-nilai tambah seumpama itu, maka setiap koperasi dapat melihat bagaimana untuk merancang pelan perniagaannya dalam masa beberapa tahun yang akan datang.

Menurut beliau, semangat dan percambahan ilmu koperasi juga perlu diterapkan di sekolah dan di universiti. Budaya berkoperasi dalam kalangan pelajar atau golongan muda boleh dianggap sebagai tapak semaian bagi kelangsungan koperasi selain dapat mendidik masyarakat tentang kelebihan dan kepentingan berkoperasi. Koperasi juga menjadi antara cabang utama yang dilihat kerajaan boleh memainkan peranan penting ke arah usaha memerangi kos sara hidup. Sehubungan dengan itu katanya, kedai harga patut koperasi akan diwujudkan berasaskan idea baharu Menteri KPDNKK. Suntikan sebanyak RM200 juta juga telah diluluskan oleh kerajaan melalui KPDNKK kepada koperasi yang akan terlibat dengan program pembangunan kedai tersebut. Penubuhan kedai-kedai tersebut sangat baik dan berkesan khususnya dalam membantu masyarakat menguruskan perbelanjaan terhadap barang-barang keperluan semasa. Aktiviti ‘Jualan Sentuhan Rakyat’ juga akan terus dijalankan oleh KPDNKK sebagai salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu gerakan koperasi dan menentukan hala tuju koperasi agar perjalanannya sealiran dengan matlamat utama kerajaan. Selain itu, geran bantuan pembangunan perniagaan koperasi dan tabung modal pusingan koperasi akan terus diberikan oleh kerajaan demi memartabatkan gerakan koperasi bagi membantu koperasi untuk terus berjaya dan mencapai tahap lebih tinggi serta lebih maju pada masa hadapan.

» Orang ramai bergambar bersama Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

April 2018 PELANCAR

5

‘Rakyat Sejahtera Bersama Koperasi’

» YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin berucap pada Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara

Inti Pati Ucapan YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Tema ‘Rakyat Sejahtera Bersama Koperasi’ diangkat sebagai sebuah lambang perjuangan yang sinonim dalam gerakan koperasi yang sememangnya mahu mengubah taraf sosioekonomi masyarakat khususnya anggota koperasi itu sendiri. Kerajaan melalui KPDNKK telah banyak memberikan

Tema tersebut juga menggambarkan bahawa kesejahteraan hidup masyarakat turut dikaitkan dengan kejayaan dan pencapaian yang diraih hasil dari sebuah tadbir urus koperasi yang dinamik, lebih memahami dan sentiasa berpegang teguh kepada matlamat atau agenda untuk bersama-sama saling membantu dalam kalangan anggota serta masyarakat dan seterusnya membangunkan sosioekonomi negara.

bantuan, sokongan dan juga galakan setiap tahun kepada gerakan koperasi. Namun untuk memastikan agenda itu berjaya, agar koperasi yang ada harus diperkukuh dan diberi penambahbaikan.

Lebih RM100 juta telah diperuntukkan setiap tahun untuk membantu membangunkan seluruh koperasi yang

6 PELANCAR April 2018

mencapai matlamat sasaran sumbangan sebanyak RM50 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Penggubalan Akta Koperasi yang baru juga bakal menjadi salah satu strategi terhadap pembentukan imej yang baharu dan profesional yang bukan sahaja boleh membantu meningkatkan ekonomi koperasi, malah untuk terus mengekal dan meningkatkan daya saing setaraf dengan sektor- sektor perniagaan yang lain di pasaran. Menerusi kepercayaan dan juga bantuan yang sentiasa disalurkan oleh kerajaan, gerakan koperasi di negara ini diyakini dapat menjadi sebuah badan utama yang benar- benar dapat membantu meningkatkan taraf hidup

» YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menerima cenderamata daripada Dato’ Seri Hamzah Zainudin . Turut hadir Ketua Menteri Melaka, YB Datuk Sri Utama Ir. Idris Haron

anggotanya selain membantu menjayakan agenda kerajaan dalam menjana pembangunan ekonomi negara.

ada dan sejumlah wang yang besar juga sentiasa ditambah akan membantu menambah baik tadbir urus dan perniagaan koperasi agar dapat menjana kejayaan sekaligus berupaya

» Sebahagian daripada gerai pameran yang mengambil bahagian pada Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara

» Sebahagian daripada koperator yang hadir pada Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara

7 April 2018 PELANCAR 7

Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ Rai Hari Koperasi Negara Bersama Perdana Menteri

Dianggarkan lebih 12,000 koperator dan orang awam dari seluruh negara hadir memeriahkan Perayaan Hari Koperasi Negara (HKN) 2018 bersama Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri, Datin Sri Rosmah Mansor.

Kehadiran pemimpin nombor satu negara itu turut diiringi oleh YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan isteri serta Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ir. Haji Idris Haron. Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif SKM, Dato’ Dr. Noor Zari Hamat, Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan Ketua Pengarah Maktab Koperasi Malaysia (MKM), Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik. HKN 2018 yang berlangsung di MITC Melaka pada 20 Mac itu turut dimeriahkan dengan pameran jualan oleh lebih

30 buah koperasi dan agensi dari pelbagai negeri selain aktiviti ‘Jualan Sentuhan Rakyat’ anjuran KPDNKK. Bersempena dengan perayaan tersebut, tiga anugerah utama telah disampaikan oleh Perdana Menteri iaitu: • Anugerah Tokoh Koperasi Negara 2018 Penerima : Dato’ Haji Md Aini Haji Taib • Anugerah Koperasi Terbaik 2018 Penerima : Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Berhad • Anugerah Koperasi Berpotensi 2018 Penerima : Koperasi Profesional Putrajaya Berhad

Selain itu, HKN 2018 juga menyaksikan Majlis Penyerahan Bantuan seperti berikut :

Jenis Bantuan/Pembiayaan

Bilangan Koperasi

Jumlah (RM)

Bantuan Pembangunan Perniagaan Koperasi

50

1,772,000

Bantuan Pembangunan Kedai Harga Patut Koperasi

22

3,300,000

Pembiayaan Tabung Modal Pusingan

9

12,670,000

8 PELANCAR April 2018

Sesi Pertemuan Pemimpin Koperasi Bersama Perdana Menteri Sekumpulan pemimpin koperasi terpilih dari seluruh negara (termasuk Pengerusi KPMNJ yang juga merangkap Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan) berkesempatan meluangkan masa bersama YAB Perdana Menteri sejurus selepas majlis perasmian Sambutan HKN di MITC. Dalam sesi pertemuan tersebut, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan berpeluang mengemukakan beberapa perkara berkaitan rancangan pembangunan sektor koperasi termasuk peruntukan atau dana bagi pembangunan hartanah atau perumahan koperasi.

» Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menerima cenderamata daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan berupa sebuah buku Koperasi Sekolah terbitan ANGKASA yang ditulis oleh beliau sendiri dan Encik Ahmad Marzuki Ismail

April 2018 PELANCAR

9

2018 Persidangan Negeri ANGKASA 3 FOKUS UTAMA PENENTU

KECEMERLANGAN EKONOMI KOPERASI

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

Tiga fokus utama perlu dimiliki oleh setiap koperasi iaitu modul perniagaan yang baik, pengurusan yang cekap dan tadbir urus yang baik demi menjayakan kecemerlangan ekonomi koperasi.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, selain perlu fokus terhadap sesuatu perniagaan, pengurusan yang cekap di samping pemantauan rapi oleh Anggota Lembaga Koperasi (ALK) juga perlu bagi membantu sesebuah perniagaan yang dijalankan itu lebih berdaya tahan dan berjaya. Katanya, bergabung sesama koperasi dalam menjalankan perniagaan misalnya, mampu menyumbang kepada keuntungan yang lebih besar. Perniagaan berskala besar juga mampu menjadikan perniagaan kecil-kecilan berkembang maju Menurut beliau, pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh kerajaan dalam usaha untuk terus memacu kecemerlangan ekonomi negara menerusi pendekatan ekonomi termasuk kepada sektor koperasi. Tambah beliau, perkembangan ekonomi sebanyak 5.9 peratus pada tahun lalu banyak didorong oleh aktiviti ekonomi yang pelbagai meskipun terpaksa berdepan dengan halangan ketidaktentuan harga komoditi dan tukaran wang asing selain ketidakstabilan geopolitik serantau.

Datuk Seri Johari Abdul Ghani Menteri Kewangan II

Namun katanya, negara masih berupaya mencapai KPI (petunjuk prestasi utama) yang ditetapkan dalam membangunkan ekonomi negara pada tahun 2017. Kejayaan tersebut banyak didorong oleh keyakinan pelabur asing selain sumbangan yang dibawa oleh sektor swasta dan koperasi.

Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata demikian

sewaktu berucap merasmikan Persidangan ANGKASA Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, 26 Mac lalu.

» Datuk Seri Johari Abdul Ghani bergambar bersama-sama perwakilan Persidangan Negeri 2018 Wilayah Persekutuan

10 PELANCAR April 2018

2018 Persidangan Negeri ANGKASA

Semua Persidangan Negeri yang berlangsung pada tahun ini berjalan mengikut jadual dan calon-calon yang dipilih adalah berdasarkan kepada garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan mengikut Undang-Undang Kecil sedia ada. PERSIDANGAN NEGERI 2018 MENGIKUT JADUAL

Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pusat Kesahihan Wakil dan Calon Persidangan Negeri 2018, Haji Mohamad Azmi Omaruddin berkata, kesemua 16 persidangan yang berlangsung memperlihatkan kemajuan dari segi bilangan kehadiran selain suasana pemilihan calon-calon yang lebih tersusun. Semua 16 persidangan dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA yang terdiri daripada Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri; Naib-Naib Presiden ANGKASA, Datuk

Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Haji Mohamad Azmi Omaruddin dan Dr. Mohd Azlan Yahya selain barisan pengurusan tertinggi ANGKASA yang lain. Persidangan Negeri 2018 yang bermula di Negeri Sembilan, 13 Mac lalu menghimpunkan koperasi ahli ANGKASA untuk memilih Anggota Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri, calon Jawatankuasa menentusah Draf Minit Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) Ke-33 dan calon Jurucakap di PKTA Ke-33. Beliau mula menyertai ANGKASA sebagai Ahli Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan pada tahun 1996 dan memegang jawatan sebagai Pengerusi JPAN Pahang Zon 3 sejak tahun 2003. Sepanjang beliau menerajui JPAN Pahang Zon 3, banyak kemajuan telah dicapai seperti pemilikan bangunan ANGKASA Zon 3 yang pertama termasuk bangunan sumbangan Infaq Lil-Waqf ANGKASA. Dato’ Abdul Aziz juga turut mengucapkan setinggi penghargaan kepada barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA yang diterajui Dato’ Abdul Fattah Abdullah selain mengucapkan selamat maju jaya kepada kepimpinan baharu Pahang Zon 3 dan berharap agar kejayaan akan terus dicapai menerusi penganjuran aktiviti- aktiviti yang mampu meningkatkan kecemerlangan sosioekonomi koperasi.

HAJI MOHAMAD AZMI OMARUDDIN Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pusat Kesahihan Wakil dan Calon Persidangan Negeri 2018

» Adik Mohd Iman Izzudin Jamaludin memperdengarkan bacaan Surah An-Nisaa Ayat 59-64 dengan menggunakan eBraille Al-Quran sempena Persidangan Negeri 2018 di Sabah

Dato’ Haji Abdul Aziz Haji Abdullah

Sementara itu, Persidangan ANGKASA Negeri Pahang Zon 3 menyaksikan pengunduran Pengerusinya, Dato’ Haji Abdul Aziz Haji Abdullah. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Pahang Zon 3 kini disandang oleh Dato’ Syed Ali Syed Mohammad. Dato’ Haji Abdul Aziz yang lahir pada tahun 1935 memulakan kerjaya sebagai guru sejak tahun 1951 dan bersara sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Sulaiman, Bentong pada tahun 1990.

» Proses pengundian

April 2018 PELANCAR

11

2018 Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri

NEGERI SEMBILAN (Tarikh Persidangan : 13 Mac 2018)

Pengerusi Dato’ Haji Ibrahim bin Haji Abdullah (duduk tengah) Timbalan Pengerusi Hajah Noorizan binti Abd Latif (duduk dua dari kiri)) Setiausaha Tuan Haji Nor Hashim bin Othman (duduk dua dari kanan) Bendahari Kapt. Mohd Newaz Jumma Khan (B) (duduk paling kanan)

Ahli Jawatankuasa • Dato’ Haji Ibrahim bin Che Mat (berdiri dua dari kiri) • Dato’ Haji Abdullah bin Haji Abas (duduk paling kiri) • Dato’ Haji Selamat bin Paigo (berdiri tengah) • Datin Hajah Normah binti Ali (berdiri paling kiri) • Tuan Haji Maradzi bin Ismail (berdiri dua dari kanan) • Hajah Nor Asiah binti Haron (berdiri paling kanan) • Encik Abdul Karim bin Darif (tiada dalam gambar) • Hajah Rohani binti Manaf (tiada dalam gambar)

JURUCAKAP PKTA

Tuan Haji Suhaimi bin Ismail Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Gugusan Durian Daun Rembau Berhad

Dato’ Hajah Zainab binti Haji Nasir Koperasi Pembangunan Daerah Tampin Berhad

12 PELANCAR April 2018

2018 Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri

SABAH (Tarikh Persidangan : 17 Mac 2018)

Pengerusi Datuk Hajah Noraini binti Datuk Seri Panglima Haji Salleh (duduk tengah) Timbalan Pengerusi Dr. Zhamriee bin Haji Ghulam Rasul (duduk dua dari kanan) Setiausaha Encik Mohd Ramlan bin Haji Mohd Soon (duduk kanan sekali) Bendahari Tuan Haji Ag. Hamidun Pg. Tahir Petra (duduk dua dari kiri)

Ahli Jawatankuasa • Hajah Rokayah binti Datuk Seri Panglima Haji Salleh (duduk kiri sekali) • Tuan Haji Sulaiman bin Haji Awang (berdiri dua dari kanan) • Magdeline Mara’at (berdiri kiri sekali) • Encik Mahidy Jasman (berdiri tiga dari kanan) • Encik Asroh Sukardi (berdiri dua dari kiri) • Dayangku Nadiah binti Pg. Abd. Halim (berdiri kanan sekali) • Tuan Haji Ahmad Awang @ Madon (tiada dalam gambar) • Puan Jalimah @ Angohandoi Ipon (tiada dalam gambar)

JURUCAKAP PKTA

Encik Eddy Berhan Ruslan Koperasi Pengguna Sabah Berhad

Encik Hassan bin Malempeng Koperasi Setiajaya Stevedoring Dan Pengangkutan Berhad

Dato’ Seri Haji Arsit Haji Sedi Koperasi Pembangunan Usahasama Masyarakat Maju Sabah Berhad

April 2018 PELANCAR

13

2018 Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri

KELANTAN (Tarikh Persidangan : 20 Mac 2018)

Pengerusi Dato’ Haji Che Mohd Shukree bin Che Isa (duduk tengah) Timbalan Pengerusi Encik Wan Mohamad Zain bin Wan Abdullah (duduk dua dari kiri)

Ahli Jawatankuasa • Tuan Haji Ibrahim bin Isa (berdiri paling kiri) • Tuan Haji Zakaria bin Junoh (berdiri dua dari kiri) • Tuan Haji Zainal bin Othman (berdiri tiga dari kanan) • Dr. Hajah Faridah binti Darus (berdiri paling kanan) • Encik Mohd Faizun bin Yaacob (berdiri tiga dari kiri) • Encik Mohammed Azami bin Mohammed Salleh (duduk paling kiri) • Tuan Haji Ab Kadir bin Ya’acob (tiada dalam gambar)

Setiausaha Encik Mohd Zin bin Halim (duduk dua dari kanan)

Bendahari Tuan Haji Mohd Azam bin Othman (duduk paling kanan)

JURUCAKAP PKTA

Encik Mohd Zainudin bin Othman Koperasi Kariah Masjid Mukim Kangkong Pasir Mas Berhad

Encik Wan Ahmad Kamal bin Wan Noh Koperasi SMK Sungai Petai Pasir Puteh Berhad

14 PELANCAR April 2018

2018 Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri

TERENGGANU (Tarikh Persidangan : 21 Mac 2018)

Pengerusi Tuan Haji Mohamed bin Yusoff (duduk tengah) Timbalan Pengerusi Tuan Haji Yaakub bin Mohd (duduk dua dari kanan)

Ahli Jawatankuasa • Dr. Haji Ibrahim Hussin (duduk paling kanan) • Tuan Haji Mohamad Rani bin Mohamad (berdiri empat dari kiri) • Tuan Haji Che Abdullah bin Haji Che Muda (berdiri tiga dari kiri) • Tuan Haji Samsudin Ismail (berdiri tiga dari kanan) • Tuan Haji Othman bin Muda (berdiri dua dari kanan) • Hajah Esah binti Omar (berdiri paling kanan) • Hajah Rosnida binti Awang (berdiri paling kiri) • Encik Wan Ahmah Nadzri bin Wan Abdullah (berdiri dua dari kiri)

Setiausaha Tuan Haji Alias @ Abdul Karim bin Mustaffa (duduk dua dari kiri) Bendahari Tuan Haji Shikh Badruden bin Shikh Ismail (duduk paling kiri)

JURUCAKAP PKTA

Tuan Haji Ismail bin Muda Koperasi Peka Malaysia Berhad

Dr. Rais Abdullah Koperasi Dr. Rais Group Berhad

April 2018 PELANCAR

15

2018 Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri

WILAYAH PERSEKUTUAN (Tarikh Persidangan : 25 Mac 2018)

Pengerusi Tuan Haji Zulkifli bin Jamaludin (duduk tengah) Timbalan Pengerusi Tuan Haji M. Nasir bin Ramli (duduk dua dari kiri) Setiausaha Encik Mohd Najib bin Abd Latiff (duduk dua dari kanan) Bendahari Datuk Lo Kong Boon (duduk paling kiri)

Ahli Jawatankuasa • Datuk Haji Abdul Razak bin Hussain (berdiri dua dari kanan) • Puan Sharifah Aminah binti Syed Mohssain (duduk paling kanan) • Encik Mohd Shahrin bin Mohd Ali (berdiri dua dari kiri) • Encik Mohd Roszeli bin Majid (berdiri tiga dari kiri) • Encik Mohd Shapie bin Idris (berdiri tiga dari kanan) • Encik Mustapha bin A Jalil (berdiri tengah) • Encik Mohd Azham bin Abd Jabar (berdiri paling kanan) • Puan Sariah binti Md Dom (berdiri paling kiri)

JURUCAKAP PKTA

Encik Mohd Zikri bin Zaihan Koperasi Kasih Anana Kuala Lumpur Berhad

YM Raja Hang Tuah bin Raja Iskandar Koperasi Tenaga Nasional Berhad

Encik Mohd Fadzil bin Abd Ghani Koperasi News Strait Times Press Malaysia Berhad

16 PELANCAR April 2018

2018 Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri

PAHANG ZON 3 (Tarikh Persidangan : 27 Mac 2018)

Pengerusi Dato’ Syed Ali bin Syed Mohammad (duduk tengah)

Ahli Jawatankuasa • Tuan Haji Ahmad bin Hassan (berdiri tiga dari kanan) • Hajah Rokiah binti Zam Zam (duduk paling kanan) • Encik Mohd Amin bin Haji Munir (berdiri tengah) • Encik Abi Hurairah bin Ahmad (berdiri dua dari kanan) • Encik Mohd Radzi bin Mohd Noh (berdiri dua dari kiri) • Encik Mohamad bin Saad (berdiri paling kanan) • Encik Mohd Halimi bin Mohd Hashim (berdiri tiga dari kiri) • Puan Habibah binti Jaafar (berdiri paling kiri)

Timbalan Pengerusi Tuan Haji Razali bin Zainal (duduk dua dari kiri)

Setiausaha Puan Norizah binti Haji Abdullah (duduk dua dari kanan)

Bendahari Tuan Haji Mohd Najib bin Dato’ Haji Sidek (duduk paling kiri)

JURUCAKAP PKTA

Dato’ Ali bin Parto Koperasi Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Al-Ihsan Lipis Berhad

Encik Badrul Hisham bin Hanafiah Koperasi Industri Tenusu Pahang Berhad

April 2018 PELANCAR

17

2018 Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri

PAHANG ZON 2 (Tarikh Persidangan : 28 Mac 2018)

Pengerusi Tuan Haji Mansor bin Ab. Rahman (duduk tengah) Timbalan Pengerusi Tuan Haji Mohamad Norzari bin Yahya (duduk dua dari kiri) Setiausaha Encik Razali bin Haji Abdul Manaf (duduk dua dari kanan) Bendahari Tuan Haji Mohd Nor bin Yatim (duduk paling kanan)

Ahli Jawatankuasa • Dato’ Sarif bin Azib (berdiri tiga dari kanan)

• Dato’ Abd Rahman bin Daud (berdiri tiga dari kiri) • Tuan Haji Sulaiman bin Bakar (berdiri dua dari kanan) • Tuan Haji Ahmad bin Sulaiman (duduk paling kiri) • Tuan Haji Mat Tahar bin Brahim (berdiri tengah) • Tuan Haji Parudi bin Md Noor (berdiri dua dari kiri) • Hajah Maharani binti Awang Ngah (berdiri paling kiri) • Hajah Hasanah binti Wok Bakar (berdiri paling kanan)

JURUCAKAP PKTA

Puan Selmah binti Hamzah Koperasi Keluarga Mak Siti Bera Berhad

Dr. Azman bin Uzir Koperasi SMK Padang Saujana Berhad

18 PELANCAR April 2018

2018 Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri

PAHANG ZON 1 (Tarikh Persidangan : 29 Mac 2018)

Pengerusi Tuan Haji Mohd Zahidi bin Haji Husain (duduk tengah)

Ahli Jawatankuasa • Tuan Haji Zulkefli bin Yunus (duduk paling kanan) • Tuan Haji Mat Husin bin Yunus (berdiri dua dari kiri) • Tuan Haji Aris @ Mahmod bin Basri (berdiri dua dari kanan) • Tuan Haji Asruddin bin Abbas (berdiri tengah) • Tuan Sayed Hamzah bin S. Abdullah (berdiri tiga dari kanan) • Hajah Asiah binti Ismail (berdiri paling kanan) • Hajah Fatimah Rohana binti Liki (berdiri paling kiri) • Encik Mamat bin Jusoh (berdiri tiga dari kiri)

Timbalan Pengerusi Tuan Haji Ismail bin Nihat (duduk dua dari kiri)

Setiausaha Encik Abdul Latif bin Haji Abdullah (duduk dua dari kanan) Bendahari Tuan Sy Abdl Rahiem bin Sy Ab Rahman (duduk paling kiri)

JURUCAKAP PKTA

Encik Mohammad Shafian bin Abu Bakar Koperasi Setia Limpahan Tasik Chini Pekan Berhad

Encik Wan Abdul Razak bin Wan Mohamad Koperasi Maju Beserah Kuantan Berhad

April 2018 PELANCAR

19

2018 Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri

SELANGOR (Tarikh Persidangan : 3 April 2018)

Pengerusi Dato’ Mohd Alias bin Hamzah (duduk tengah) Timbalan Pengerusi Tuan Haji Sahri bin Haji Siwir (duduk dua dari kiri) Setiausaha Prof. Dr. Haji Mansor bin Ahmad @ Ayob (duduk dua dari kanan) Bendahari Tuan Haji Zulkifli bin Ahmad (duduk paling kanan)

Ahli Jawatankuasa • Datin Nor Faridah binti A. Bakar (duduk paling kiri) • Prof. Dr. Wan Mohtar bin Wan Yusoff (berdiri tengah) • Tuan Haji Mohammed Nashan bin Singgan (berdiri dua dari kiri) • Puan Zaleha binti Ibos (berdiri dua dari kanan) • Encik Ismail bin Haji Md Dom (berdiri paling kiri) • Tuan Haji Yasim bin Mohammed (berdiri tiga dari kiri) • Cik Che Al Mahera binti Che Ibrahim (berdiri tiga dari kanan) • Puan Sanisah binti Abdul Aziz (berdiri paling kanan)

JURUCAKAP PKTA

Encik Amin bin Daim Koperasi Warga Wawasan Malaysia Berhad

Dato’ Md Aini bin Taib Koperasi Serbaguna Anak-Anak Selangor Berhad

Tuan Haji Kamarulzaman bin Omar Koperasi Paku Selangor Berhad

20 PELANCAR April 2018

2018 Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri

PERAK (Tarikh Persidangan : 4 April 2018)

Pengerusi Tuan Haji Rosli bin Haji Basri (duduk tengah) Timbalan Pengerusi Tuan Haji Anjang bin Ab. Rahman Mat (duduk dua dari kiri)

Ahli Jawatankuasa • YB Dato’ Sham bin Mat Sahat (berdiri dua dari kanan) • Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abd Razak Shaik (berdiri tiga dari kiri) • Dato’ Dr. Haji Abu Bakar bin Shaari (berdiri tiga dari kanan) • Toh Sa Indera Lela Haji Isa bin Haji Hudari (berdiri paling kanan) • Tuan Haji Abdul Wahab bin Abu Bakar (berdiri paling kiri) • Puan Fadzilah binti Arshad (duduk paling kanan) • Encik Muhammad bin Ibrahim (berdiri dua dari kiri) • Encik Mohammad Solehin bin Mohamad Tajie (tiada dalam gambar)

Setiausaha Encik Ujis bin Mat Zahid (duduk dua dari kanan)

Bendahari Tuan Haji Hamdan bin Ibrahim (duduk paling kiri)

JURUCAKAP PKTA

Puan Hasnah binti Tan Koperasi Penanam Sawit mampan Batang Padang Berhad

Tuan Haji Abd. Manaf bin Mahmud Koperasi Pekebun Kecil Daerah Hilir Perak Berhad

Encik Ahmad Zamhuri bin Mahmud Koperasi Gangga Negara Beruas Perak Berhad

April 2018 PELANCAR

21

2018 Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri

SARAWAK (Tarikh Persidangan : 7 April 2018)

Pengerusi Tuan Haji Usuf Bin Haji Samah @ Abu Samah (duduk tengah) Timbalan Pengerusi Encik Mohd Ridzuan Abdullah @ Regit Juut (duduk dua dari kanan)

Ahli Jawatankuasa • Tuan Haji Ramli bin Bakri (berdiri tiga dari kiri) • Encik Gapor bin Isa (berdiri tiga dari kanan) • Encik Raja Zahari bin Raja Yusof (berdiri paling kiri) • Tuan Haji Matusin bin Lakah (berdiri empat dari kanan) • Encik Wee Hock Sen (berdiri dua dari kiri) • Puan Ann Anak Nuli (berdiri dua dari kanan) • Hajah Bibah binti Morshidi (duduk paling kiri) • Hajah Dayang Mariam binti Abg. Mustapha (berdiri paling kanan) • Encik Mortadza bin Mantrang (berdiri empat dari kiri)

Setiausaha Tuan Haji Ibrahim bin Haji Jamain (duduk dua dari kiri)

Bendahari Encik Wan Azizan bin Wan Zainal Abidin (duduk paling kanan)

JURUCAKAP PKTA

Encik Abdool Kader bin Osman Koperasi Gabungan Demak Laut Kuching Berhad

Tuan Haji Romi bin Len Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad

Encik Majeri bin Li Koperasi Polis Diraja Malaysia Sarawak Berhad

22 PELANCAR April 2018

2018 Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri

JOHOR (Tarikh Persidangan : 10 April 2018)

Pengerusi Encik Sazali bin Abd. Hamid (duduk tengah)

Ahli Jawatankuasa • Tuan Haji Abdul Razak bin Yaacob (berdiri empat dari kiri) • Tuan Haji Shaharudin bin Mohd Salleh (berdiri dua dari kiri) • Encik Md Diah bin Yusof (berdiri tiga dari kiri) • Encik Abdul Halim bin Ibrahim (berdiri tiga dari kanan) • Puan Mariam binti Khatiman (berdiri paling kiri) • Dr. Mohd Rais bin Dato’ Abu Bakar (berdiri dua dari kanan) • Dr. Hajah Hayati binti Md Salleh (duduk paling kanan) • Prof. Madya Dr. Razali Hassan (berdiri paling kanan)

Timbalan Pengerusi Tuan Haji Yaakub bin Muda (duduk dua dari kiri) Setiausaha Encik Abdul Fadzil bin Hussin (duduk dua dari kanan) Bendahari Tuan Haji Zainal bin Haji Arshad (duduk paling kiri)

JURUCAKAP PKTA

Tuan Haji Yusos bin Sahir Koperasi Guru-Guru dan Kakitangan Kerajaan Panchor Bera Berhad

Encik Paridul bin Haji Talib Koperasi Guru-Guru Melayu Muar Berhad

Hajah Rashidah binti Ismail Koperasi Bersatu Gading Ledang Berhad

April 2018 PELANCAR

23

2018 Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri

KEDAH

Pengerusi Tuan Haji Wan Ibrahim bin Wan Jusoh (duduk tengah) Timbalan Pengerusi Tuan Haji Mohd Hanizan bin Zalazilah (duduk dua dari kiri)

Ahli Jawatankuasa • Dato’ Haji Baharudin bin Mohd Tahir (duduk paling kanan) • Dato’ Haji Mat Rejab bin Kassim (berdiri tiga dari kanan) • Tuan Haji Ghazali bin Omar (berdiri tengah) • Tuan Haji Mohamad Khozali bin Junus (berdiri tiga dari kiri) • Tuan Haji Mohd Shukri bin Hassan (berdiri paling kanan) • Tuan Haji Yaacob bin Hassan (berdiri dua dari kanan) • Encik Anuar bin Ibrahim (berdiri dua dari kiri) • Cik Hanida binti Habil (berdiri paling kiri)

Setiausaha Tuan Haji Alimen bin Ahmad (duduk dua dari kanan) Bendahari Tuan Haji Abdullah bin Man (duduk paling kiri)

JURUCAKAP PKTA

Tuan Haji Majib bin Jussoh Koperasi Pemilikan Hartanah Profesional Melayu Kedah Berhad

Puan Siti Aminah binti Haji Ibrahim Koperasi SMK Paya Kemunting Jitra Berhad

24 PELANCAR April 2018

2018 Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri

PERLIS (Tarikh Persidangan : 15 April 2018)

Pengerusi Tuan Haji Ismail bin Hashim (duduk tengah) Timbalan Pengerusi Tuan Haji Sahimi bin Shari (duduk dua dari kanan) Setiausaha Tuan Haji Aziz bin Ariffin (duduk dua dari kiri) Bendahari Tuan Haji Kamaruzzaman bin Ahmad Sharai (duduk paling kanan)

Ahli Jawatankuasa • Tuan Haji Ashikin bin Talib (duduk paling kiri) • Tuan Haji Zain bin Din (berdiri paling kiri) • Tuan Haji Arshad bin Bahari (berdiri tengah) • Hajah Zawiyah binti Ahmad (berdiri paling kanan) • Encik Mohd Yusof bin Man (berdiri dua dari kiri) • Encik Hasnan bin Abdul Kudus (berdiri tiga dari kiri) • Puan Fatimah binti Su (berdiri tiga dari kanan) • Puan Rusmina binti Hamzah (berdiri dua dari kanan)

JURUCAKAP PKTA

Dr. Ammar bin Hassan Koperasi Usahawan Ijtimai’ Perlis Berhad

Encik Syed Zulkiple bin Syed Mansor Koperasi Setiakawan Berhad

April 2018 PELANCAR

25

2018 Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri

PULAU PINANG (Tarikh Persidangan : 16 April 2018)

Pengerusi Encik Mohd Jamil bin Othman (duduk tengah) Timbalan Pengerusi Tuan Haji Sabri bin Saad (duduk dua dari kiri) Setiausaha Encik Zakaria bin Othman (duduk dua dari kanan) Bendahari Tuan Haji Mohd. Firdaus bin Abd. Halim (duduk kiri sekali)

Ahli Jawatankuasa • Tuan Haji Zubair bin Mohd Ghouse (berdiri tiga dari kanan) • Encik Hassan bin Din (berdiri dua dari kanan) • Encik Saffie bin Ahmad (berdiri dua dari kiri) • Encik Zaini bin Sa’ad (berdiri tiga dari kiri) • Encik Ahmad bin Haji Atan (duduk kanan sekali) • Puan Jumabi binti Mohamad (berdiri kanan sekali) • Puan Nor Aini binti Othman (berdiri kiri sekali)

JURUCAKAP PKTA

Encik Syariman bin Alias Koperasi Ulul Albab Seberang Perai Berhad

Puan Jamilah binti Arwin Koperasi Wanita Sungai Nibong Pulau Pinang Berhad

26 PELANCAR April 2018

2018 Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri

MELAKA (Tarikh Persidangan : 18 April 2018)

Pengerusi Tuan Haji Muslim bin Md. Shah (duduk tengah) Timbalan Pengerusi Tuan Haji Ab. Rahim bin Md. Tawel (duduk dua dari kiri) Setiausaha Tuan Haji Abdul Halim bin Haji Maidin (duduk dua dari kanan) Bendahari Hajah Norhalinda binti Yunos (duduk paling kanan)

Ahli Jawatankuasa • Encik Jamal bin Ibrahim (duduk paling kiri) • Tuan Haji Ab. Azis bin Ab. Majid (berdiri tengah) • Puan Norliyen binti Ahmad (berdiri paling kanan) • Hajah Rosnani binti Arshad (berdiri paling kiri) • Encik Suhaimi bin Haji Ahmad (berdiri dua dari kanan) • Encik Jumat bin Mat Lani (berdiri dua dari kiri) • Tuan Haji Ramli bin Maarof (tiada dalam gambar) • Puan Norsiah binti Ab. Rahman (tiada dalam gambar)

JURUCAKAP PKTA

Dato’ Akhbar Ali Koperasi FELCRA Seri Mendapat Melaka Berhad

Tuan Haji Mat Zain Osman Koperasi Gabungan Masjid-Masjid Negeri Melaka Berhad

April 2018 PELANCAR

27

Koperasi Rukun Tetangga Perkukuh Kesepakatan, Perpaduan Dan Kejayaan Bersama Masyarakat

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

Penglibatan Rukun Tetangga dalam koperasi mempunyai matlamat dan objektif yang jelas bukan sahaja untuk meningkatkan perolehan ekonomi anggotanya melalui aktiviti perniagaan, malah koperasi juga dapat memperkukuh kesepakatan, perpaduan

dan mencipta kejayaan dalam aktiviti sosioekonomi bersama masyarakat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup berkata, peluang dan kelebihan yang ada dalam koperasi itu sendiri boleh dijadikan sebagai petunjuk kepada koperasi Rukun Tetangga untuk mencari peluang dalam mengembangkan perniagaan. Katanya, dalam usaha untuk

mengembangkan projek ekonomi Rukun Tetangga dan menjadikannya sebagai sebuah entiti perniagaan yang kukuh dan mampu bersaing di pasaran, platform koperasi dilihat sebagai paling sesuai. Beliau berkata demikian ketika berucap

merasmikan Seminar Pembangunan Perniagaan Koperasi Rukun Tetangga 2018 anjuran ANGKASA di Langkawi.

YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

28 PELANCAR April 2018

Pemimpin Rukun Tetangga perlu membawa komuniti Rukun Tetangga ke arah satu perubahan minda dengan tidak mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata dalam usaha meningkatkan pendapatan dan seterusnya ke arah peningkatan kualiti hidup masyarakat. Menurut YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, setiap pemimpin dalam Rukun Tetangga perlu berfikir secara kreatif dan inovatif serta bijak mencari peluang untuk menjana pendapatan. Jika melihat di dalam konteks komuniti Rukun Tetangga itu sendiri, terdapat banyak peluang perniagaan yang boleh dijana. Hanya sejauh mana anda sebagai pemimpin boleh menjadikannya sebagai sebuah perniagaan”, ujarnya. Pemimpin dan anggota koperasi Rukun Tetangga juga boleh menjadikan koperasi sebagai salah satu pendekatan bagi memastikan kejiranan atau masyarakat setempat mendapat bekalan barangan keperluan harian secara lebih kompetitif menerusi aktiviti jualan koperasi.

Beliau juga turut menyatakan penghargaan bagi pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional kepada ANGKASA kerana sudi membantu dan berkongsi maklumat terhadap usaha untuk membantu mengembangkan budaya berkoperasi di dalam Rukun Tetangga. percaya dengan pendedahan yang dikongsikan dalam seminar ini akan dapat membantu komuniti Rukun Tetangga yang telah dan minat untuk menubuhkan koperasi dapat memahami setiap cabaran dan perubahan trend perniagaan seterusnya mengukuhkan pengoperasian Koperasi Rukun Tetangga” “Saya yakin dan

“Saya yakin dan percaya dengan pendedahan yang dikongsikan dalam seminar ini akan dapat membantu komuniti Rukun Tetangga yang telah dan minat untuk menubuhkan koperasi dapat memahami setiap cabaran dan perubahan trend perniagaan seterusnya mengukuhkan pengoperasian Koperasi Rukun Tetangga. “Malah pendekatan ini bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup golongan B40 melalui koperasi komuniti. Ia juga selaras dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50) ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi,” ujar beliau. Katanya lagi, persefahaman yang terjalin antara kedua belah pihak dapat membantu warga Rukun Tetangga untuk memperluaskan cabang penerokaan ilmu khususnya dalam bidang koperasi demi kesejahteraan warga Rukun Tetangga dan kejiranan mereka. Sehingga kini, terdapat 11 buah koperasi Rukun Tetangga ditubuhkan sejak tahun 2017. Beliau berharap agar lebih banyak koperasi Rukun Tetangga dapat ditubuhkan dengan sokongan dan bantuan oleh SKM dan juga ANGKASA.

» YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup (tengah) menerima cenderamata daripada Dato’ Abdul Fattah (dua dari kiri).

April 2018 PELANCAR

29

» Kumpulan yang dipecahkan kepada beberapa peserta sedang merangka kertas perbentangan.

» Antara kumpulan yang sedang membentangkan kertas cadangan.

Koperasi : Platform Bantu Perkasa Sosioekonomi Warga Rukun Tetangga

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

Koperasi dilihat sebagai satu wadah terbaik kepada warga Rukun Tetangga untuk membina jaringan perniagaan secara lebih mampan sekaligus dapat memberikan pulangan lebih bermakna terhadap pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan kejiranan mereka. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dalam ucapan aluannya menyuarakan keyakinan terhadap hasrat murni Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) untuk menggalakkan penubuhan koperasi dalam kalangan warga Rukun Tetangga. Menurut beliau, selain dapat membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi anggota yang terlibat, koperasi juga dapat dijadikan sebagai medium untuk mengeratkan lagi hubungan antara anggota dengan masyarakat menerusi penganjuran aktiviti koperasi di kawasan mereka. Justeru, penganjuran ‘Seminar Pembangunan Perniagaan Koperasi Rukun Tetangga’ oleh ANGKASA dengan kerjasama JPNIN, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) itu dapat

30 PELANCAR April 2018

siri pencerahan menerusi ceramah oleh panel-panel yang menghuraikan beberapa tajuk berkaitan seperti : 1. Peranan ANGKASA dalam Gerakan Koperasi Negara. 2. Pembangunan Koperasi Rukun Tetangga : ‘Cabaran Masa Kini Dan Hadapan’. 3. ‘Hala Tuju dan Pembangunan Sosioekonomi Koperasi Rukun Tetangga’. Peserta juga turut diberi taklimat berkaitan penglibatan koperasi Rukun Tetangga secara langsung menerusi sesi ‘Perkongsian Pengalaman Langsung Koperasi Rukun Tetangga’ oleh Koperasi RT Klebang Selatan Ipoh Berhad dan Koperasi RT Telaga Batin Terengganu Berhad. Pada sesi akhir seminar, peserta yang dipecahkan kepada beberapa kumpulan dikehendaki supaya membentangkan Rancangan Koperasi RT masing-masing untuk dinilai oleh panel yang terlibat. Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) merangkap Ketua Pengarah Rukun Tetangga, JPNIN, Haji Abdul Karim Abu Seman dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh.

» Meninjau gerai jualan produk Koperasi RT Klebang Selatan Ipoh Berhad.

dijadikan sebagai platform kepada hasrat lebih 7,976 warganya untuk menubuhkan koperasi. Sektor Pembangunan Perniagaan Koperasi, ANGKASA juga sedia membantu koperasi yang berhasrat menerokai bidang perniagaan berimpak tinggi dan mempelbagaikan perniagaan untuk meningkatkan lagi faedah serta sumbangan kepada anggotanya. Seramai lebih 100 peserta terpilih dalam kalangan warga Rukun Tetangga dari seluruh negara hadir di dalam seminar selama dua hari yang bermula pada 23 hingga 24 Mac di Pulau Langkawi itu. Selain menjayakan program Bengkel Rancangan Perniagaan, peserta juga diberi beberapa

April 2018 PELANCAR

31

Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Emas Ke - 50 Tahun Penubuhan Koperasi Sekolah 2018 Peringkat Kebangsaan

Oleh : RAHMAT MOHD DID

PERLUASKAN KAEDAH PENGURUSAN

KOPERASI SEKOLAH

» Naib Pengerusi Eksekutif SKM, Hajah Meriam Mat Nor (tiga dari kiri) memukul gong sebagai gimik Majlis Perasmian Pembukaan Sambutan Jubli Emas Ke-50 Tahun Penubuhan Koperasi Sekolah 2018 Peringkat Kebangsaan.

Koperasi sekolah seluruh Malaysia disaran supaya meluaskan kaedah pengurusan di samping menceburi sektor perniagaan berimpak tinggi dan bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi meningkatkan hasil perolehan sekaligus mampu mencapai sasaran perolehan tahunan melebihi RM1 juta.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan), Haji Aminudin Adam berkata, langkah tersebut selaras dengan sasaran minima 50 koperasi sekolah di seluruh negara memperoleh nilai tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Menurutnya, kejayaan beberapa koperasi mencatat perolehan tersebut membuktikan koperasi sekolah mempunyai potensi cemerlang dalam perniagaan dan seharusnya dicontohi oleh sekolah yang lain. “Menerusi jalinan kerjasama antara sekolah, kedua belah pihak mungkin boleh memasarkan produk masing-masing atau mencipta produk baharu yang mampu memberi keuntungan seterusnya menambahkan lagi pendapatan koperasi sekolah,” katanya. Tambahnya, dasar kerajaan adalah untuk melahirkan ramai usahawan muda dan usaha ke arah itu perlu dimulakan di peringkat sekolah dengan memastikan pelajar-pelajar mendapat latihan keusahawan daripada koperasi. Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Emas Ke-50 Tahun Penubuhan Koperasi Sekolah 2018 Peringkat Kebangsaan di Pekan, Pahang. Terdahulu, Naib Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Hajah Meriam Mat Nor berkata, sebagai badan utama gerakan koperasi di negara ini, SKM bersama ANGKASA sentiasa komited dalam membangunkan gerakan koperasi sekolah.

» Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (kiri) dan Wakil Kementerian Pendidikan Malaysia, Encik Wan Mohd Ariffin Wan Hussin berkongsi pengalaman dan nasihat kepada koperasi sekolah dalam Dialog ‘Merealisasikan Agenda Kokurikulum Melalui Gerakan

» Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan), Haji Aminudin Adam diiringi Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan Haji Nasir Khan Yahaya ketika melawat gerai pameran dan jualan koperasi.

32 PELANCAR April 2018

» Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan), Haji Aminudin Adam diiringi Dato’ Abdul Fattah Abdullah ketika melawat gerai pameran dan jualan koperasi.

Bermula dengan sembilan buah koperasi sekolah perintis, sekarang bilangan koperasi sekolah telah meningkat kepada 2,388 buah setakat Jun 2017, iaitu 99.2 peratus daripada keseluruhan 2,408 buah sekolah di Malaysia. Anggota koperasi sekolah kini berjumlah 1.93 juta orang dengan saham terkumpul RM18.99 juta, aset terkumpul sebanyak RM300.15 juta dan perolehan sebanyak RM300.15 juta. “Dalam agenda pembangunan negara, koperasi sekolah juga mempunyai peranan yang sama dengan koperasi dewasa iaitu memastikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dapat ditingkatkan daripada satu peratus kepada lima peratus pada tahun 2015 dan 10 peratus menjelang 2020 melalui pendekatan lima teras strategik yang digariskan dalam Dasar Koperasi Negara (DKN),” katanya. Tambahnya, koperasi mempunyai kelebihan kerana sudah mempunyai pasaran dan pelanggan tetap. Dalam gerakan koperasi, anggota adalah pemilik koperasi dan juga pengguna kepada produk dan perkhidmatan koperasi. Ciri-ciri ini membuktikan kekuatan koperasi yang mampu bersaing dan menangani cabaran ekonomi global. Sambutan Jubli Emas Ke-50 Tahun Penubuhan Koperasi Sekolah 2018 Peringkat Kebangsaan menyaksikan seramai 450 orang guru-guru dan pelajar-pelajar dari koperasi sekolah seluruh Malaysia berkumpul selama tiga hari. Sebanyak 40 gerai pameran dibuka untuk koperasi sekolah, agensi dan syarikat swasta. Pelajar-pelajar dan guru-guru juga turut menyertai Pertandingan Kuiz Koperasi yang mengandungi 40 soalan pemahaman koperasi. Turut hadir ialah Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah; Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Encik Zainureen Haji Mohd Nor; Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Pahang, Dato’ Mark Ujin; » Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan), Haji Aminudin Adam (kanan sekali) melancarkan Buku “Jubli Emas Ke-50 Tahun Penubuhan Koperasi Sekolah Malaysia 2018.”

» Pelajar-pelajar dan guru-guru koperasi sekolah menjawab soalan sewaktu Pertandingan Kuiz Koperasi.

Pengarah SKM Cawangan Pahang, Haji Ibrahim Kasah; Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri; Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Zon 1, Haji Mohd Zahidi Haji Hussin; Pengerusi JPAN Pulau Pinang, Tuan Shaik Ismail Md Allapichay; Pengerusi JPAN Perlis, Haji Ismail Hashim; Timbalan Pengarah Pendidikan Pahang, Dr. Haji Tajudin Mohd Yunus; Pengarah Maktab Koperasi Malaysia (MKM) Zon Timur, Encik Muhamad Rasyul Abd. Rashid; Wakil Kementerian Pendidikan Malaysia, Encik Wan Mohd Ariffin Wan Hussin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.

April 2018 PELANCAR

33

Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Emas Ke - 50 Tahun Penubuhan Koperasi Sekolah 2018 Peringkat Kebangsaan

Oleh : RAHMAT MOHD DID

T ahun ini merupakan tahun yang bersejarah di mana gerakan koperasi sekolah di negara ini telah mencapai usia 50 tahun. Ia adalah saat untuk kita menoleh ke belakang bagi menilai pencapaian sehingga kini dan melangkah ke hadapan untuk meletakkan pencapaian koperasi sekolah ke tahap yang lebih baik bukan sahaja daripada segi sumbangan perolehan, tetapi juga kepada penjanaan modal insan yang mampu berdikari, mempunyai daya keusahawanan dan kepimpinan yang tinggi serta mampu mencipta peluang-peluang pekerjaan bukan sahaja untuk diri sendiri Di peringkat antarabangsa, pencapaian membanggakan yang dicapai oleh koperasi sekolah di negara ini menyebabkan ia dipandang tinggi oleh negara luar. Model koperasi sekolah yang dipraktikkan di negara ini menjadi contoh kepada negara luar. Kita telah dijemput untuk membantu menubuhkan lima buah koperasi sekolah di Timor Leste dan yang terbaharu di Kemboja. Bukan sekadar mendidik pelajar dalam bidang keusahawanan, koperasi sekolah kini turut berperanan dalam memberikan pelbagai faedah dan pulangan kepada warga sekolah melalui keuntungannya. Bukan itu sahaja, kewujudan koperasi sekolah juga secara tidak langsung memberi peluang pekerjaan baharu kepada bekas pelajar dan penduduk setempat. Beliau berharap melalui penglibatan dan pengalaman yang diperoleh oleh pelajar yang melibatkan diri dalam gerakan koperasi sekolah, ia dapat membentuk amalan berjimat cermat, berdikari, demokrasi, kerjasama dan mengasah bakat kepimpinan dalam kalangan pelajar. ANGKASA akan sentiasa menerapkan kemahiran dan nilai ini supaya dapat memenuhi aspirasi seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan generasi muda yang holistik dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. tetapi juga untuk orang lain.

Oleh : Dato’ Haji Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA

Dalam tempoh 50 tahun penubuhan bermula 1968, gerakan koperasi sekolah di Malaysia telah menunjukkan pencapaian yang amat membanggakan. Dari segi bilangan, bermula dengan sembilan buah koperasi sekolah perintis pada tahun 1968, kini bilangannya telah meningkat kepada 2,388 buah daripada keseluruhan 2,408 sekolah di Malaysia. Ini meliputi 99.2 peratus jumlah sekolah tidak termasuk sekolah-sekolah yang baru ditubuhkan. Sumbangan gerakan koperasi sekolah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga meningkat. Setakat Jun 2017, gerakan koperasi sekolah telah menyumbang perolehan sebanyak RM264,324,915 dengan aset bernilai RM315,091,092. Dalam agenda pembangunan negara, koperasi sekolah juga mempunyai peranan yang sama dengan koperasi dewasa dalam memastikan sumbangan gerakan koperasi kepada KDNK dapat ditingkatkan kepada RM50 bilion menjelang tahun 2020. Gerakan koperasi sekolah terus melakar kejayaan cemerlang dari hari ke hari dengan pelbagai pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa. Ini membuktikan bahawa koperasi sekolah mempunyai keupayaan yang setaraf dengan koperasi dewasa. Tahun 2016 menyaksikan lima buah koperasi sekolah mencatat perolehan melebihi RM1 juta dan ANGKASA berada di landasan tepat untuk melihat 50 buah koperasi sekolah mampu mencatatkan perolehan yang sama menjelang tahun 2020.

34 PELANCAR April 2018

Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Emas Ke - 50 Tahun Penubuhan Koperasi Sekolah 2018 Peringkat Kebangsaan

REAKSI

Ini merupakan kali pertama saya menyertai sambutan sebegini dan banyak perkara dapat saya pelajari terutamanya dari segi kepelbagaian produk yang ditawarkan koperasi dan memberi inspirasi untuk mencipta produk koperasi.

Farah Wahidah KH Masn Pelajar Koperasi SMK Simpang Renggam Berhad

Tahun ini lebih banyak koperasi terlibat dan produk-produk yang ditawarkan juga lebih bervariasi. Sambutan kali ini juga membuka mata tentang peranan dan matlamat gerakan koperasi sekolah dengan adanya pertandingan kuiz yang diadakan ANGKASA.

Mohd Hafiz Noor Azlan Pelajar Koperasi Maktab Sultan Abu Bakar JB Berhad

Saya gembira kerana diberi peluang untuk menyertai sambutan pada tahun ini dan melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti jualan di gerai dan saya memuji langkah ANGKASA yang komited dalam melahirkan lebih ramai koperator muda. Wan Nur Atikah Wan Mohd Nasir Pelajar Koperasi SMK Sungai Baging Kuantan Berhad

Saya mendapat ramai kenalan baru di sini dan koperasi sekolah kami juga diberi peluang untuk mengedarkan produk kecantikan berasaskan madu ke sekolah lain. Peluang-peluang sebeginilah yang kami perlu rebut sebagai warga koperasi sekolah.

Faris Danial Shamsul Shazeli Pelajar Koperasi MRSM Batu Pahat Berhad

Saya memuji langkah ANGKASA kerana mengadakan Pertandingan Kuiz Koperasi kerana selain dapat meningkatkan pengetahuan, kami juga dapat memahami fungsi dan matlamat koperasi secara lebih dekat selain membantu mengingatkan semula semua tugas dan fungsi sebagai warga koperasi. Nurulayu Natasha Mohd Azahari Khan Pelajar Koperasi SMK Durian Tunggal Melaka Berhad

Sambutan sebegini memberi peluang kepada kami untuk meneroka sektor koperasi secara lebih meluas selain berpeluang untuk mempromosi produk-produk koperasi kami kepada sekolah lain. Selain itu, kami juga dapat memperkenal dan mempromosi produk-produk yang kami tawarkan.

Muhamad Husairi Iqbal Rahamat Pelajar Koperasi Kolej Vokasional Kluang Berhad

Sambutan pada tahun ini berbeza dengan tahun lepas dari segi penyampaian tetapi lebih meriah dan lebih banyak variasi berbanding sebelumnya. Saya juga mendapat idea untuk berkolaborasi dengan sekolah lain untuk akiviti pelancongan koperasi sekolah.

Adeline Chong Yu Yee Guru Koperasi Maktab Sabah Berhad

Ini adalah pertama kali saya menyertai sambutan sebegini. Ia amat menarik dan berinformasi selain dapat memberi inspirasi untuk menghasilkan produk sendiri dengan nama koperasi sekolah kami.

Dzaizatul Shikin Madrahim Guru Koperasi SM Zon R1 Wangsa Maju Berhad

Walaupun koperasi kami sering disebut sebagai koperasi berjaya, namun sambutan begini telah membuka mata kami bahawa terdapat banyak koperasi sekolah lain yang mempunyai produk yang lebih baik berbanding kami. Oleh itu, selepas ini saya mahu memfokuskan kepada produk baru yang dihasilkan oleh pelajar- pelajar sendiri. Madihah Muhammad Guru Koperasi SMK Kota, Kota Bharu Berhad

Langkah ANGKASA memperkenalkan Pertandingan Kuiz Koperasi pada tahun ini adalah bagus kerana kali ini semua pelajar dan guru terlibat dan ia memberi impak lebih besar kepada kami sebagai penggerak koperasi sekolah.

Mazlan Junus Guru Koperasi SMK Redang Panjang Ijok Berhad

April 2018 PELANCAR

35

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20 Page 21 Page 22 Page 23 Page 24 Page 25 Page 26 Page 27 Page 28 Page 29 Page 30 Page 31 Page 32 Page 33 Page 34 Page 35 Page 36 Page 37 Page 38 Page 39 Page 40 Page 41 Page 42 Page 43 Page 44 Page 45 Page 46 Page 47 Page 48 Page 49 Page 50 Page 51 Page 52 Page 53 Page 54 Page 55 Page 56 Page 57 Page 58 Page 59 Page 60 Page 61 Page 62 Page 63 Page 64 Page 65 Page 66 Page 67

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease