Sesi Pertemuan Pemimpin Koperasi Bersama Perdana Menteri Sekumpulan pemimpin koperasi terpilih dari seluruh negara (termasuk Pengerusi KPMNJ yang juga merangkap Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan) berkesempatan meluangkan masa bersama YAB Perdana Menteri sejurus selepas majlis perasmian Sambutan HKN di MITC. Dalam sesi pertemuan tersebut, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan berpeluang mengemukakan beberapa perkara berkaitan rancangan pembangunan sektor koperasi termasuk peruntukan atau dana bagi pembangunan hartanah atau perumahan koperasi.
» Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menerima cenderamata daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan berupa sebuah buku Koperasi Sekolah terbitan ANGKASA yang ditulis oleh beliau sendiri dan Encik Ahmad Marzuki Ismail
April 2018 PELANCAR
9
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease