Wadah PELANCAR Edisi April 2018

2018 Persidangan Negeri ANGKASA 3 FOKUS UTAMA PENENTU

KECEMERLANGAN EKONOMI KOPERASI

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

Tiga fokus utama perlu dimiliki oleh setiap koperasi iaitu modul perniagaan yang baik, pengurusan yang cekap dan tadbir urus yang baik demi menjayakan kecemerlangan ekonomi koperasi.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, selain perlu fokus terhadap sesuatu perniagaan, pengurusan yang cekap di samping pemantauan rapi oleh Anggota Lembaga Koperasi (ALK) juga perlu bagi membantu sesebuah perniagaan yang dijalankan itu lebih berdaya tahan dan berjaya. Katanya, bergabung sesama koperasi dalam menjalankan perniagaan misalnya, mampu menyumbang kepada keuntungan yang lebih besar. Perniagaan berskala besar juga mampu menjadikan perniagaan kecil-kecilan berkembang maju Menurut beliau, pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh kerajaan dalam usaha untuk terus memacu kecemerlangan ekonomi negara menerusi pendekatan ekonomi termasuk kepada sektor koperasi. Tambah beliau, perkembangan ekonomi sebanyak 5.9 peratus pada tahun lalu banyak didorong oleh aktiviti ekonomi yang pelbagai meskipun terpaksa berdepan dengan halangan ketidaktentuan harga komoditi dan tukaran wang asing selain ketidakstabilan geopolitik serantau.

Datuk Seri Johari Abdul Ghani Menteri Kewangan II

Namun katanya, negara masih berupaya mencapai KPI (petunjuk prestasi utama) yang ditetapkan dalam membangunkan ekonomi negara pada tahun 2017. Kejayaan tersebut banyak didorong oleh keyakinan pelabur asing selain sumbangan yang dibawa oleh sektor swasta dan koperasi.

Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata demikian

sewaktu berucap merasmikan Persidangan ANGKASA Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, 26 Mac lalu.

» Datuk Seri Johari Abdul Ghani bergambar bersama-sama perwakilan Persidangan Negeri 2018 Wilayah Persekutuan

10 PELANCAR April 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease