Wadah PELANCAR Edisi April 2018

2018 Persidangan Negeri ANGKASA

Semua Persidangan Negeri yang berlangsung pada tahun ini berjalan mengikut jadual dan calon-calon yang dipilih adalah berdasarkan kepada garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan mengikut Undang-Undang Kecil sedia ada. PERSIDANGAN NEGERI 2018 MENGIKUT JADUAL

Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pusat Kesahihan Wakil dan Calon Persidangan Negeri 2018, Haji Mohamad Azmi Omaruddin berkata, kesemua 16 persidangan yang berlangsung memperlihatkan kemajuan dari segi bilangan kehadiran selain suasana pemilihan calon-calon yang lebih tersusun. Semua 16 persidangan dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA yang terdiri daripada Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri; Naib-Naib Presiden ANGKASA, Datuk

Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Haji Mohamad Azmi Omaruddin dan Dr. Mohd Azlan Yahya selain barisan pengurusan tertinggi ANGKASA yang lain. Persidangan Negeri 2018 yang bermula di Negeri Sembilan, 13 Mac lalu menghimpunkan koperasi ahli ANGKASA untuk memilih Anggota Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri, calon Jawatankuasa menentusah Draf Minit Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) Ke-33 dan calon Jurucakap di PKTA Ke-33. Beliau mula menyertai ANGKASA sebagai Ahli Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan pada tahun 1996 dan memegang jawatan sebagai Pengerusi JPAN Pahang Zon 3 sejak tahun 2003. Sepanjang beliau menerajui JPAN Pahang Zon 3, banyak kemajuan telah dicapai seperti pemilikan bangunan ANGKASA Zon 3 yang pertama termasuk bangunan sumbangan Infaq Lil-Waqf ANGKASA. Dato’ Abdul Aziz juga turut mengucapkan setinggi penghargaan kepada barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA yang diterajui Dato’ Abdul Fattah Abdullah selain mengucapkan selamat maju jaya kepada kepimpinan baharu Pahang Zon 3 dan berharap agar kejayaan akan terus dicapai menerusi penganjuran aktiviti- aktiviti yang mampu meningkatkan kecemerlangan sosioekonomi koperasi.

HAJI MOHAMAD AZMI OMARUDDIN Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pusat Kesahihan Wakil dan Calon Persidangan Negeri 2018

» Adik Mohd Iman Izzudin Jamaludin memperdengarkan bacaan Surah An-Nisaa Ayat 59-64 dengan menggunakan eBraille Al-Quran sempena Persidangan Negeri 2018 di Sabah

Dato’ Haji Abdul Aziz Haji Abdullah

Sementara itu, Persidangan ANGKASA Negeri Pahang Zon 3 menyaksikan pengunduran Pengerusinya, Dato’ Haji Abdul Aziz Haji Abdullah. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Pahang Zon 3 kini disandang oleh Dato’ Syed Ali Syed Mohammad. Dato’ Haji Abdul Aziz yang lahir pada tahun 1935 memulakan kerjaya sebagai guru sejak tahun 1951 dan bersara sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Sulaiman, Bentong pada tahun 1990.

» Proses pengundian

April 2018 PELANCAR

11

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease