Wadah PELANCAR Edisi April 2018

Koperasi Rukun Tetangga Perkukuh Kesepakatan, Perpaduan Dan Kejayaan Bersama Masyarakat

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

Penglibatan Rukun Tetangga dalam koperasi mempunyai matlamat dan objektif yang jelas bukan sahaja untuk meningkatkan perolehan ekonomi anggotanya melalui aktiviti perniagaan, malah koperasi juga dapat memperkukuh kesepakatan, perpaduan

dan mencipta kejayaan dalam aktiviti sosioekonomi bersama masyarakat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup berkata, peluang dan kelebihan yang ada dalam koperasi itu sendiri boleh dijadikan sebagai petunjuk kepada koperasi Rukun Tetangga untuk mencari peluang dalam mengembangkan perniagaan. Katanya, dalam usaha untuk

mengembangkan projek ekonomi Rukun Tetangga dan menjadikannya sebagai sebuah entiti perniagaan yang kukuh dan mampu bersaing di pasaran, platform koperasi dilihat sebagai paling sesuai. Beliau berkata demikian ketika berucap

merasmikan Seminar Pembangunan Perniagaan Koperasi Rukun Tetangga 2018 anjuran ANGKASA di Langkawi.

YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

28 PELANCAR April 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease