Pemimpin Rukun Tetangga perlu membawa komuniti Rukun Tetangga ke arah satu perubahan minda dengan tidak mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata dalam usaha meningkatkan pendapatan dan seterusnya ke arah peningkatan kualiti hidup masyarakat. Menurut YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, setiap pemimpin dalam Rukun Tetangga perlu berfikir secara kreatif dan inovatif serta bijak mencari peluang untuk menjana pendapatan. Jika melihat di dalam konteks komuniti Rukun Tetangga itu sendiri, terdapat banyak peluang perniagaan yang boleh dijana. Hanya sejauh mana anda sebagai pemimpin boleh menjadikannya sebagai sebuah perniagaan”, ujarnya. Pemimpin dan anggota koperasi Rukun Tetangga juga boleh menjadikan koperasi sebagai salah satu pendekatan bagi memastikan kejiranan atau masyarakat setempat mendapat bekalan barangan keperluan harian secara lebih kompetitif menerusi aktiviti jualan koperasi.
Beliau juga turut menyatakan penghargaan bagi pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional kepada ANGKASA kerana sudi membantu dan berkongsi maklumat terhadap usaha untuk membantu mengembangkan budaya berkoperasi di dalam Rukun Tetangga. percaya dengan pendedahan yang dikongsikan dalam seminar ini akan dapat membantu komuniti Rukun Tetangga yang telah dan minat untuk menubuhkan koperasi dapat memahami setiap cabaran dan perubahan trend perniagaan seterusnya mengukuhkan pengoperasian Koperasi Rukun Tetangga” “Saya yakin dan
“Saya yakin dan percaya dengan pendedahan yang dikongsikan dalam seminar ini akan dapat membantu komuniti Rukun Tetangga yang telah dan minat untuk menubuhkan koperasi dapat memahami setiap cabaran dan perubahan trend perniagaan seterusnya mengukuhkan pengoperasian Koperasi Rukun Tetangga. “Malah pendekatan ini bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup golongan B40 melalui koperasi komuniti. Ia juga selaras dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50) ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi,” ujar beliau. Katanya lagi, persefahaman yang terjalin antara kedua belah pihak dapat membantu warga Rukun Tetangga untuk memperluaskan cabang penerokaan ilmu khususnya dalam bidang koperasi demi kesejahteraan warga Rukun Tetangga dan kejiranan mereka. Sehingga kini, terdapat 11 buah koperasi Rukun Tetangga ditubuhkan sejak tahun 2017. Beliau berharap agar lebih banyak koperasi Rukun Tetangga dapat ditubuhkan dengan sokongan dan bantuan oleh SKM dan juga ANGKASA.
» YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup (tengah) menerima cenderamata daripada Dato’ Abdul Fattah (dua dari kiri).
April 2018 PELANCAR
29
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease