siri pencerahan menerusi ceramah oleh panel-panel yang menghuraikan beberapa tajuk berkaitan seperti : 1. Peranan ANGKASA dalam Gerakan Koperasi Negara. 2. Pembangunan Koperasi Rukun Tetangga : ‘Cabaran Masa Kini Dan Hadapan’. 3. ‘Hala Tuju dan Pembangunan Sosioekonomi Koperasi Rukun Tetangga’. Peserta juga turut diberi taklimat berkaitan penglibatan koperasi Rukun Tetangga secara langsung menerusi sesi ‘Perkongsian Pengalaman Langsung Koperasi Rukun Tetangga’ oleh Koperasi RT Klebang Selatan Ipoh Berhad dan Koperasi RT Telaga Batin Terengganu Berhad. Pada sesi akhir seminar, peserta yang dipecahkan kepada beberapa kumpulan dikehendaki supaya membentangkan Rancangan Koperasi RT masing-masing untuk dinilai oleh panel yang terlibat. Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) merangkap Ketua Pengarah Rukun Tetangga, JPNIN, Haji Abdul Karim Abu Seman dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh.
» Meninjau gerai jualan produk Koperasi RT Klebang Selatan Ipoh Berhad.
dijadikan sebagai platform kepada hasrat lebih 7,976 warganya untuk menubuhkan koperasi. Sektor Pembangunan Perniagaan Koperasi, ANGKASA juga sedia membantu koperasi yang berhasrat menerokai bidang perniagaan berimpak tinggi dan mempelbagaikan perniagaan untuk meningkatkan lagi faedah serta sumbangan kepada anggotanya. Seramai lebih 100 peserta terpilih dalam kalangan warga Rukun Tetangga dari seluruh negara hadir di dalam seminar selama dua hari yang bermula pada 23 hingga 24 Mac di Pulau Langkawi itu. Selain menjayakan program Bengkel Rancangan Perniagaan, peserta juga diberi beberapa
April 2018 PELANCAR
31
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease