Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Emas Ke - 50 Tahun Penubuhan Koperasi Sekolah 2018 Peringkat Kebangsaan
Oleh : RAHMAT MOHD DID
PERLUASKAN KAEDAH PENGURUSAN
KOPERASI SEKOLAH
» Naib Pengerusi Eksekutif SKM, Hajah Meriam Mat Nor (tiga dari kiri) memukul gong sebagai gimik Majlis Perasmian Pembukaan Sambutan Jubli Emas Ke-50 Tahun Penubuhan Koperasi Sekolah 2018 Peringkat Kebangsaan.
Koperasi sekolah seluruh Malaysia disaran supaya meluaskan kaedah pengurusan di samping menceburi sektor perniagaan berimpak tinggi dan bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi meningkatkan hasil perolehan sekaligus mampu mencapai sasaran perolehan tahunan melebihi RM1 juta.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan), Haji Aminudin Adam berkata, langkah tersebut selaras dengan sasaran minima 50 koperasi sekolah di seluruh negara memperoleh nilai tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Menurutnya, kejayaan beberapa koperasi mencatat perolehan tersebut membuktikan koperasi sekolah mempunyai potensi cemerlang dalam perniagaan dan seharusnya dicontohi oleh sekolah yang lain. “Menerusi jalinan kerjasama antara sekolah, kedua belah pihak mungkin boleh memasarkan produk masing-masing atau mencipta produk baharu yang mampu memberi keuntungan seterusnya menambahkan lagi pendapatan koperasi sekolah,” katanya. Tambahnya, dasar kerajaan adalah untuk melahirkan ramai usahawan muda dan usaha ke arah itu perlu dimulakan di peringkat sekolah dengan memastikan pelajar-pelajar mendapat latihan keusahawan daripada koperasi. Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Emas Ke-50 Tahun Penubuhan Koperasi Sekolah 2018 Peringkat Kebangsaan di Pekan, Pahang. Terdahulu, Naib Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Hajah Meriam Mat Nor berkata, sebagai badan utama gerakan koperasi di negara ini, SKM bersama ANGKASA sentiasa komited dalam membangunkan gerakan koperasi sekolah.
» Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (kiri) dan Wakil Kementerian Pendidikan Malaysia, Encik Wan Mohd Ariffin Wan Hussin berkongsi pengalaman dan nasihat kepada koperasi sekolah dalam Dialog ‘Merealisasikan Agenda Kokurikulum Melalui Gerakan
» Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan), Haji Aminudin Adam diiringi Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan Haji Nasir Khan Yahaya ketika melawat gerai pameran dan jualan koperasi.
32 PELANCAR April 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease