» Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan), Haji Aminudin Adam diiringi Dato’ Abdul Fattah Abdullah ketika melawat gerai pameran dan jualan koperasi.
Bermula dengan sembilan buah koperasi sekolah perintis, sekarang bilangan koperasi sekolah telah meningkat kepada 2,388 buah setakat Jun 2017, iaitu 99.2 peratus daripada keseluruhan 2,408 buah sekolah di Malaysia. Anggota koperasi sekolah kini berjumlah 1.93 juta orang dengan saham terkumpul RM18.99 juta, aset terkumpul sebanyak RM300.15 juta dan perolehan sebanyak RM300.15 juta. “Dalam agenda pembangunan negara, koperasi sekolah juga mempunyai peranan yang sama dengan koperasi dewasa iaitu memastikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dapat ditingkatkan daripada satu peratus kepada lima peratus pada tahun 2015 dan 10 peratus menjelang 2020 melalui pendekatan lima teras strategik yang digariskan dalam Dasar Koperasi Negara (DKN),” katanya. Tambahnya, koperasi mempunyai kelebihan kerana sudah mempunyai pasaran dan pelanggan tetap. Dalam gerakan koperasi, anggota adalah pemilik koperasi dan juga pengguna kepada produk dan perkhidmatan koperasi. Ciri-ciri ini membuktikan kekuatan koperasi yang mampu bersaing dan menangani cabaran ekonomi global. Sambutan Jubli Emas Ke-50 Tahun Penubuhan Koperasi Sekolah 2018 Peringkat Kebangsaan menyaksikan seramai 450 orang guru-guru dan pelajar-pelajar dari koperasi sekolah seluruh Malaysia berkumpul selama tiga hari. Sebanyak 40 gerai pameran dibuka untuk koperasi sekolah, agensi dan syarikat swasta. Pelajar-pelajar dan guru-guru juga turut menyertai Pertandingan Kuiz Koperasi yang mengandungi 40 soalan pemahaman koperasi. Turut hadir ialah Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah; Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Encik Zainureen Haji Mohd Nor; Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Pahang, Dato’ Mark Ujin; » Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan), Haji Aminudin Adam (kanan sekali) melancarkan Buku “Jubli Emas Ke-50 Tahun Penubuhan Koperasi Sekolah Malaysia 2018.”
» Pelajar-pelajar dan guru-guru koperasi sekolah menjawab soalan sewaktu Pertandingan Kuiz Koperasi.
Pengarah SKM Cawangan Pahang, Haji Ibrahim Kasah; Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri; Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Zon 1, Haji Mohd Zahidi Haji Hussin; Pengerusi JPAN Pulau Pinang, Tuan Shaik Ismail Md Allapichay; Pengerusi JPAN Perlis, Haji Ismail Hashim; Timbalan Pengarah Pendidikan Pahang, Dr. Haji Tajudin Mohd Yunus; Pengarah Maktab Koperasi Malaysia (MKM) Zon Timur, Encik Muhamad Rasyul Abd. Rashid; Wakil Kementerian Pendidikan Malaysia, Encik Wan Mohd Ariffin Wan Hussin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.
April 2018 PELANCAR
33
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease