Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Emas Ke - 50 Tahun Penubuhan Koperasi Sekolah 2018 Peringkat Kebangsaan
Oleh : RAHMAT MOHD DID
T ahun ini merupakan tahun yang bersejarah di mana gerakan koperasi sekolah di negara ini telah mencapai usia 50 tahun. Ia adalah saat untuk kita menoleh ke belakang bagi menilai pencapaian sehingga kini dan melangkah ke hadapan untuk meletakkan pencapaian koperasi sekolah ke tahap yang lebih baik bukan sahaja daripada segi sumbangan perolehan, tetapi juga kepada penjanaan modal insan yang mampu berdikari, mempunyai daya keusahawanan dan kepimpinan yang tinggi serta mampu mencipta peluang-peluang pekerjaan bukan sahaja untuk diri sendiri Di peringkat antarabangsa, pencapaian membanggakan yang dicapai oleh koperasi sekolah di negara ini menyebabkan ia dipandang tinggi oleh negara luar. Model koperasi sekolah yang dipraktikkan di negara ini menjadi contoh kepada negara luar. Kita telah dijemput untuk membantu menubuhkan lima buah koperasi sekolah di Timor Leste dan yang terbaharu di Kemboja. Bukan sekadar mendidik pelajar dalam bidang keusahawanan, koperasi sekolah kini turut berperanan dalam memberikan pelbagai faedah dan pulangan kepada warga sekolah melalui keuntungannya. Bukan itu sahaja, kewujudan koperasi sekolah juga secara tidak langsung memberi peluang pekerjaan baharu kepada bekas pelajar dan penduduk setempat. Beliau berharap melalui penglibatan dan pengalaman yang diperoleh oleh pelajar yang melibatkan diri dalam gerakan koperasi sekolah, ia dapat membentuk amalan berjimat cermat, berdikari, demokrasi, kerjasama dan mengasah bakat kepimpinan dalam kalangan pelajar. ANGKASA akan sentiasa menerapkan kemahiran dan nilai ini supaya dapat memenuhi aspirasi seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan generasi muda yang holistik dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. tetapi juga untuk orang lain.
Oleh : Dato’ Haji Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA
Dalam tempoh 50 tahun penubuhan bermula 1968, gerakan koperasi sekolah di Malaysia telah menunjukkan pencapaian yang amat membanggakan. Dari segi bilangan, bermula dengan sembilan buah koperasi sekolah perintis pada tahun 1968, kini bilangannya telah meningkat kepada 2,388 buah daripada keseluruhan 2,408 sekolah di Malaysia. Ini meliputi 99.2 peratus jumlah sekolah tidak termasuk sekolah-sekolah yang baru ditubuhkan. Sumbangan gerakan koperasi sekolah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga meningkat. Setakat Jun 2017, gerakan koperasi sekolah telah menyumbang perolehan sebanyak RM264,324,915 dengan aset bernilai RM315,091,092. Dalam agenda pembangunan negara, koperasi sekolah juga mempunyai peranan yang sama dengan koperasi dewasa dalam memastikan sumbangan gerakan koperasi kepada KDNK dapat ditingkatkan kepada RM50 bilion menjelang tahun 2020. Gerakan koperasi sekolah terus melakar kejayaan cemerlang dari hari ke hari dengan pelbagai pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa. Ini membuktikan bahawa koperasi sekolah mempunyai keupayaan yang setaraf dengan koperasi dewasa. Tahun 2016 menyaksikan lima buah koperasi sekolah mencatat perolehan melebihi RM1 juta dan ANGKASA berada di landasan tepat untuk melihat 50 buah koperasi sekolah mampu mencatatkan perolehan yang sama menjelang tahun 2020.
34 PELANCAR April 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease