Wadah PELANCAR Edisi April 2018

Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Emas Ke - 50 Tahun Penubuhan Koperasi Sekolah 2018 Peringkat Kebangsaan

REAKSI

Ini merupakan kali pertama saya menyertai sambutan sebegini dan banyak perkara dapat saya pelajari terutamanya dari segi kepelbagaian produk yang ditawarkan koperasi dan memberi inspirasi untuk mencipta produk koperasi.

Farah Wahidah KH Masn Pelajar Koperasi SMK Simpang Renggam Berhad

Tahun ini lebih banyak koperasi terlibat dan produk-produk yang ditawarkan juga lebih bervariasi. Sambutan kali ini juga membuka mata tentang peranan dan matlamat gerakan koperasi sekolah dengan adanya pertandingan kuiz yang diadakan ANGKASA.

Mohd Hafiz Noor Azlan Pelajar Koperasi Maktab Sultan Abu Bakar JB Berhad

Saya gembira kerana diberi peluang untuk menyertai sambutan pada tahun ini dan melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti jualan di gerai dan saya memuji langkah ANGKASA yang komited dalam melahirkan lebih ramai koperator muda. Wan Nur Atikah Wan Mohd Nasir Pelajar Koperasi SMK Sungai Baging Kuantan Berhad

Saya mendapat ramai kenalan baru di sini dan koperasi sekolah kami juga diberi peluang untuk mengedarkan produk kecantikan berasaskan madu ke sekolah lain. Peluang-peluang sebeginilah yang kami perlu rebut sebagai warga koperasi sekolah.

Faris Danial Shamsul Shazeli Pelajar Koperasi MRSM Batu Pahat Berhad

Saya memuji langkah ANGKASA kerana mengadakan Pertandingan Kuiz Koperasi kerana selain dapat meningkatkan pengetahuan, kami juga dapat memahami fungsi dan matlamat koperasi secara lebih dekat selain membantu mengingatkan semula semua tugas dan fungsi sebagai warga koperasi. Nurulayu Natasha Mohd Azahari Khan Pelajar Koperasi SMK Durian Tunggal Melaka Berhad

Sambutan sebegini memberi peluang kepada kami untuk meneroka sektor koperasi secara lebih meluas selain berpeluang untuk mempromosi produk-produk koperasi kami kepada sekolah lain. Selain itu, kami juga dapat memperkenal dan mempromosi produk-produk yang kami tawarkan.

Muhamad Husairi Iqbal Rahamat Pelajar Koperasi Kolej Vokasional Kluang Berhad

Sambutan pada tahun ini berbeza dengan tahun lepas dari segi penyampaian tetapi lebih meriah dan lebih banyak variasi berbanding sebelumnya. Saya juga mendapat idea untuk berkolaborasi dengan sekolah lain untuk akiviti pelancongan koperasi sekolah.

Adeline Chong Yu Yee Guru Koperasi Maktab Sabah Berhad

Ini adalah pertama kali saya menyertai sambutan sebegini. Ia amat menarik dan berinformasi selain dapat memberi inspirasi untuk menghasilkan produk sendiri dengan nama koperasi sekolah kami.

Dzaizatul Shikin Madrahim Guru Koperasi SM Zon R1 Wangsa Maju Berhad

Walaupun koperasi kami sering disebut sebagai koperasi berjaya, namun sambutan begini telah membuka mata kami bahawa terdapat banyak koperasi sekolah lain yang mempunyai produk yang lebih baik berbanding kami. Oleh itu, selepas ini saya mahu memfokuskan kepada produk baru yang dihasilkan oleh pelajar- pelajar sendiri. Madihah Muhammad Guru Koperasi SMK Kota, Kota Bharu Berhad

Langkah ANGKASA memperkenalkan Pertandingan Kuiz Koperasi pada tahun ini adalah bagus kerana kali ini semua pelajar dan guru terlibat dan ia memberi impak lebih besar kepada kami sebagai penggerak koperasi sekolah.

Mazlan Junus Guru Koperasi SMK Redang Panjang Ijok Berhad

April 2018 PELANCAR

35

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease