Wadah PELANCAR Edisi April 2018

Ikrar Bebas Rasuah

KOMITMEN ANGKASA BANTERAS RASUAH DALAM KOPERASI Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Inisiatif ANGKASA menganjurkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) merupakan tanda sokongan badan puncak gerakan koperasi negara terhadap usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membanteras rasuah di peringkat akar umbi.

Pelaksanaan IBR adalah bermatlamat mendapatkan komitmen pimpinan koperasi dalam usaha membanteras rasuah, memastikan koperasi tidak terlibat dengan jenayah rasuah, menanam perasaan benci kepada jenayah rasuah serta berperanan memberi mesej terbaik kepada mereka yang berurusan dengan organisasi agar tidak melakukan rasuah. Ini juga sebagai satu peringatan kepada warga

Malah, IBR ini juga adalah satu inisiatif berkesan kedua-dua pihak untuk memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh para kepimpinan dan warga koperasi termasuk kakitangan ANGKASA bagi memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar tersebut lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka sekaligus menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah.

kerja ANGKASA untuk mengamalkan budaya

berintegriti dan akauntabiliti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di samping berpegang kepada nilai-nilai koperasi yang menjadi tunjang dalam sektor koperasi. ANGKASA buat pertama kalinya telah melakukan pelaksanaan lafaz IBR di peringkat kebangsaan pada 17 Julai 2017 lalu dan kini

38 PELANCAR April 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease