Wadah PELANCAR Edisi April 2018

diperluaskan ke-16 Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) seluruh negara selaras dengan fungsi SPRM di bawah Seksyen 7(f) dan 7(g), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) seperti berikut iaitu Seksyen 7 (f) : Mendidik orang ramai untuk menentang rasuah; dan Seksyen 7(g) : Mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah. Usaha yang dijalankan

oleh ANGKASA ini adalah sejajar dengan rancangan jangka panjang yang telah diatur selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah & Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara SPRM dan ANGKASA di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya pada 17 Julai 2017 lalu. Menerusi komitmen yang dijalankan, ANGKASA akan terus memanfaatkan sepenuhnya kerjasama tersebut bagi memastikan gerakan koperasi ‘Sifar Rasuah’ selain menyediakan platform terbaik kepada koperasi- koperasi seluruh Malaysia dalam membina kesedaran pencegahan rasuah menerusi kerjasama dengan SPRM.

» Majlis lafaz Ikrar Bebas Rasuah Peringkat Negeri Pahang Zon 3

» Majlis lafaz Ikrar Bebas Rasuah Peringkat Negeri Perak

Komitmen pengurusan ANGKASA untuk terlibat bersama-sama dengan SPRM menjayakan misi menjauhi perlakuan rasuah dan salah guna kuasa telah membuktikan kesungguhan dan sokongan padu badan puncak gerakan koperasi negara itu terhadap tadbir urus dalam gerakan koperasi. IBR PERKUKUH TANGGUNGJAWAB PERANGI RASUAH

Inisiatif yang diperkukuh menerusi Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di setiap negeri itu juga mencerminkan semangat dan kesungguhan ANGKASA dalam memperkukuh tanggungjawab memerangi rasuah bukan sahaja kepada warga kerja ANGKASA, malah turut melibatkan kepimpinan koperasi ahli ANGKASA di seluruh negara. Anggota Lembaga Koperasi (ALK) perlu lebih berhati-hati agar apa juga yang mahu dilaksanakan dapat dijalankan secara telus dan mengikut saluran undang-undang yang ditetapkan. Tugas mencegah dan mendidik juga perlu terus disemai kepada seluruh warga koperasi agar mereka dapat memahami dan mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan oleh kepimpinan koperasi. Sehingga bulan Mac lalu, sebanyak 1,129 ikrar IBR telah dijayakan dan ditandatangani bersama SPRM melibatkan koperasi, agensi kerajaan dan swasta di seluruh negara dan jumlah tersebut dijangka akan terus bertambah selaras dengan kempen kesedaran dan rasa tanggungjawab yang tinggi dalam kalangan individu untuk memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa. Signifikan Perlaksanaan IBR 1. Menjadi amaran dan peringatan kepada individu agar menjauhi rasuah. 2. Jaminan pimpinan organisasi kepada warganya, pemegang taruh dan pelanggan untuk mencegah jenayah rasuah. 3. Penzahiran akujanji kepada komitmen individu dalam pembanterasan rasuah. 4. Sebagai bukti bahawa organisasi telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencegah jenayah rasuah.

DATO’ SHAMSHUN BAHARIN MOHD JAMIL Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

April 2018 PELANCAR April 2018 PELANCAR

39

39

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease