Kepimpinan Dan Integriti Teras Utama Kemajuan Koperasi Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ Daya kepimpinan yang berkesan serta mengambil kira etika, nilai dan integriti selari dengan nilai dan falsafah dalam gerakan koperasi menjamin kemajuan sesebuah organisasi khususnya sektor koperasi.
Dalam menuju ke arah koperasi cemerlang, koperasi perlu bijak mengurus kejayaan dan berupaya mengatasi pelbagai kelemahan dan kekurangan membabitkan cabaran dalam pengurusan kewangan, kepimpinan dan penglibatan anggota. Justeru, pemantapan etika dan integriti dapat dijadikan teras utama dalam tadbir urus koperasi dan budaya dalam gerakan koperasi.
minda koperator koperasi dalam menguruskan koperasi secara lebih profesional dan berintegriti. Seminar yang dikendalikan Bahagian Kepimpinan, Modal Insan & Pembangunan Koperasi dan Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus & Integriti ANGKASA ini bermatlamat memberi pendidikan koperasi ke arah melahirkan pemimpin dan bakal pemimpin koperasi yang berwawasan, berilmu, berintegriti dan berstrategik.
Bagi tujuan tersebut, ANGKASA melihat usaha pemupukan nilai dan integriti serta kepimpinan berkesan menjadi tunjang kepada kekuatan dan kestabilan sesebuah koperasi. Usaha tersebut melalui penganjuran Seminar Kepimpinan & Integriti Koperasi telah memberi peluang kepada peserta untuk memantapkan ilmu mengenai jati diri, kepimpinan dan pengurusan kewangan koperasi sekaligus membuka
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah dan barisan kepimpinan ANGKASA bergambar bersama peserta pada Majlis Makan Malam Seminar Kepimpinan & Integriti Koperasi di Kota Kinabalu.
40 PELANCAR April 2018
40 PELANCAR April 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease