MAMPU Bekerjasama Majukan Gerakan Koperasi Negara Satu kunjungan hormat ANGKASA ke Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di Putrajaya telah diadakan baru-baru ini bertujuan untuk menjalin kerjasama lebih erat dalam usaha memperkasakan gerakan koperasi negara. Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ Kunjungan diketuai Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan diiringi Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail. Turut hadir ialah Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Strategik, Haji Nor Azmi Abd. Jalil; Pengurus Unit KPI ANGKASA, Encik Nazarudin Shah Maaris; Pengurus Unit Perancangan Strategik, Puan Sharifah Haslinda Syed Alwee dan Penolong Pengurus Unit Pengurusan Sumber Manusia, Puan Nur Hickmawati Hussin. Rombongan ANGKASA disambut mesra oleh Ketua Pengarah MAMPU, Dato’ Mazlan Yusoff bersama kumpulan pegawai atasannya yang terdiri daripada Timbalan Ketua Pengarah ICT MAMPU, Dr. Suhazimah Dzazali; Timbalan Ketua Pengarah TPP MAMPU, Haji Shahabuddin Omar; Pengarah Bahagian Dasar & Transformasi (BDT), Dr. Zulkefli Ibrahim; Pengarah Bahagian Penyelidikan Pengurusan, Dr. Mohd Zabri Yusoff; Pengarah Bahagian Perundingan Pengurusan 1; Dr. Salmah Ishak; Pengarah Bahagian Perundingan ICT, Puan Sophia Hashim dan Timbalan pengarah Bahagian Pembangunan Strategik & Arkitektur ICT, Puan Muamillah Anuar. Dato’ Abdul Fattah ketika pertemuan tersebut menyatakan hasrat supaya MAMPU dapat bersama-sama menyokong usaha ANGKASA untuk memperkasa sektor koperasi dan memajukan gerakan koperasi negara. Katanya, ANGKASA akan terus berusaha melakukan pemerkasaan sosioekonomi koperasi dan menggembleng tenaga bagi membimbing koperasi dalam menjalankan aktiviti perniagaan berimpak tinggi sekaligus dapat memastikan kelestarian koperasi terus berkembang seiring dengan peredaran masa.
» Dato’ Abdul Fattah dan Dato’ Mazlan Yusoff bertukar- tukar cenderamata
» Sesi perbincangan
» Dato’ Abdul Fattah menurunkan tandatangan pada buku pelawat
Sementara itu, menurut Dato’ Mazlan, MAMPU memainkan peranan penting dalam memacu, merintis dan mentransformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam. Ujarnya, sebagai agensi pusat bagi pemodenan pentadbiran dan transformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam, MAMPU menjadi penggerak dan agen perubahan pentadbiran dan pengurusan bagi perkhidmatan awam dengan memperkenal dan mempromosikan program- program pembaharuan bagi jentera pentadbiran. Katanya, MAMPU bersedia memberi sokongan terhadap segala usaha ANGKASA ke arah kemajuan dan kecemerlangan sektor koperasi negara.
April 18 PELANCAR
43
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease