Wadah PELANCAR Edisi April 2018

» Ketua Pegawai Eksekutif MAAB, Dato’ Ahmad Saruji Abdul Aziz (empat dari kanan) bertukar-tukar dokumen MoA dengan Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Encik Mohd Nor Abd. Razak (tiga dari kiri) sambil disaksikan oleh Dato’ Abdul Fattah (lima dari kanan), Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (tiga dari kanan), Haji Kamari Zaman (dua dari kiri) dan Shaik Ismail Md. Allapichay (dua dari kanan).

MoA Bersama Co-opbank Persatuan

Pertingkat Prestasi Pengurusan Wasiat Dan Rujukan Pusaka

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

Fungsi dan peranan MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) yang melibatkan aktiviti utamanya iaitu pengurusan wasiat dan rujukan pusaka terus diperhebat apabila berjaya menjalin satu lagi kerjasama korporat bersama Co-opbank Persatuan (CBP).

Menerusi Memorandum Kerjasama (MoA) yang ditandatangani antara kedua-dua belah pihak itu, CBP akan berperanan sebagai salah satu saluran korporat penjualan wasiat dan rujukan pusaka MAAB melibatkan kesemua 20 cawangan bank tersebut di seluruh negara.

Antara pakej Perkhidmatan Pengurusan Wasiat yang akan ditawarkan kepada pelanggan dan anggota CBP termasuklah pakej ketersediaan model pengurusan, penamaan harta dan saham bagi anggota-anggota yang akan diuruskan secara lebih praktikal, sistematik, bersepadu dan berlandaskan prinsip syariah Islam.

44 PELANCAR April 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease