Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam majlis menandatangani memorandum kerjasama (MoA) antara MAAB dengan CBP yang berlangsung pada 1 April 2018 di Pulau Pinang. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi MAAB, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Pengerusi CBP, Haji Kamari Zaman Juhari dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pulau Pinang, Shaik Ismail Md. Allpichay. MyANGKASA Amanah Berhad ditubuhkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 dan digazetkan di Jabatan Peguam Negara serta dimiliki sepenuhnya oleh ANGKASA. MAAB merupakan satu-satunya institusi amanah milik koperasi dengan objektif penubuhan bagi meningkatkan kecekapan dalam pentadbiran pusaka, pengamanahan individu dan pengamanahan korporat. Kepakaran dan kemahiran yang dimiliki MAAB berjaya membantu dalam mempercepatkan proses serta memendekkan masa pengurusan harta pusaka dan seterusnya memberi manfaat yang besar kepada pelanggan MAAB iaitu waris-waris si mati.
» Dato’ Abdul Fattah dan Haji Kamari Zaman bertukar-tukar cenderamata.
Usaha tersebut juga dijangka akan terus dipertingkat menerusi pembukaan cawangan- cawangan CBP yang baharu seperti di Batu Pahat, Temerloh, Kuala Selangor dan Port Dickson selain pengenalan Ejen Perbankan dan Bank Bergerak di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti. Selain harga perkhidmatan yang berpatutan, pelanggan juga boleh meminda wasiat mereka secara percuma pada bila-bila masa. Ini adalah antara kelainan yang dibawa oleh MAAB dan CBP bagi memudahkan lagi pengurusan sekaligus dapat memberi manfaat yang lebih besar kepada pelanggan dan waris. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, kerjasama tersebut merupakan kesinambungan terhadap usaha-usaha yang dilakukan oleh ANGKASA untuk terus meyakinkan masyarakat terhadap kepentingan dalam menguruskan harta bagi menangani isu wasiat yang masih dilihat kurang diberi perhatian oleh segelintir masyarakat Islam.
» Dato’ Abdul Fattah (dua dari kiri) dan Haji Kamari Zaman (paling kiri) bermesra bersama tiga pemenang utama sejurus selepas menyampaikan hadiah kepada para pemenang Kempen ‘Biaya & Menang’ bagi Produk Pembiayaan Persendirian dan perumahan. Menerusi kempen tersebut, CBP telah menerima penyertaan sebanyak 9,558 akaun dengan jumlah pengeluaran pembiayaan sebanyak RM456.4 juta.
Katanya, kerjasama tersebut juga selaras dengan misi untuk membantu masyarakat dalam mempermudahkan urusan wasiat menerusi pakej-pakej yang lebih fleksibel, murah dan cekap seperti yang disediakan oleh MAAB. Menurut beliau, dianggarkan lebih RM60 billion nilai harta yang masih belum dituntut ekoran daripada masalah wasiat yang tidak disempurnakan lebih awal. Situasi itu dilihat sangat serius kerana sekiranya tidak diuruskan dengan baik, dibimbangi aset-aset tersebut tidak akan dapat dimanfaatkan pada masa hadapan sekaligus menjejaskan kehidupan waris-waris pemilik itu sendiri kelak.
» Sesi sidang media.
April 2018 PELANCAR
45
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease