ANGKASA melalui MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) akan terus mempergiat usaha bagi memupuk kesedaran kepada seluruh warga koperasi terhadap kepentingan dalam pengurusan wasiat dan rujukan pusaka. Kempen Kesedaran Terus Dipergiat Wasiat dan Rujukan Pusaka
Sebagai sebuah institusi amanah milik koperasi yang menjalankan perkhidmatan tersebut, MAAB akan terus mempergiatkan kempen kesedaran kepada masyarakat khususnya kepada anggota koperasi menerusi platform yang telah dibentuk dengan kerjasama agensi-agensi yang berkaitan. Usahasama yang terjalin antara MAAB dan Co-opbank Persatuan juga menjadi titik tolak kepada kesinambungan usaha untuk terus meyakinkan masyarakat terhadap kepentingan berwasiat. Menerusinya, MAAB sedia memberi kerjasama dalam memberikan pencerahan berkaitan pengurusan wasiat kepada lebih 80 ribu bilangan ahli Co-opbank Persatuan di seluruh negara di samping memberi latihan kepada pegawai-pegawai yang dilantik. Pembangunan pesat Co- opbank persatuan dalam meneroka pasaran baharu melalui pengenalan Ejen Perbankan dan Bank Bergerak dapat mengembangkan lagi aktiviti perbankannya di serata lokasi dan kelebihan ini mendorong kepada potensi untuk pihaknya meluaskan perkhidmatan
pengurusan wasiat dan rujukan pusaka kepada orang ramai. Ilmu dalam menguruskan wasiat dan rujukan pusaka mengikut landasan syariah sangat penting dan memerlukan pengetahuan yang mendalam bukan sahaja dari sudut agama, malah turut melibatkan undang- undang selain perlu pemahaman yang lebih jelas terhadap kaedah penilaian aset-aset seperti pembahagian tanah dan waris yang berhak. Justeru, MAAB kini dilengkapi dengan sistem pengurusan berteknologi tinggi berasaskan elektronik bagi membantu mempermudahkan urusan pelanggan seperti meminda wasiat mereka pada bila-bila masa menerusi akses secara online tanpa dikenakan bayaran cas perkhidmatan. Inovasi dalam tadbir urus korporat juga turut ditingkatkan menerusi kerjasama dengan jabatan-jabatan yang berkaitan dengan pengurusan wasiat dan rujukan pusaka.
DATUK HAJI MOHAMAD ALI HASAN Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi MyANGKASA Amanah Berhad
Pendekatan pengurusan yang diamalkan oleh MAAB juga telah berjaya menjadikannya sebagai sebuah institusi amanah yang unggul dan lebih cekap. Berdasarkan kepada rekod, MAAB telah menguruskan lebih 300 fail dalam tempoh kurang dari satu tahun dan telah menyelesaikan lebih RM9 juta nilai aset tanpa mengalami sebarang masalah kelewatan. MAAB juga sentiasa memberi peluang kepada koperasi yang berminat untuk menjadi ejen sebagai salah satu pendekatan perniagaan berimpak tinggi yang berupaya menjana perkembangan ekonomi koperasi.
46 PELANCAR April 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease