Wadah PELANCAR Edisi April 2018

ICA PLATFORM PROMOSI PRODUK KOPERASI Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Pemborongan & Peruncitan ANGKASA,

Dato’ Haji Kamarudin Ismail kagum dengan penyertaan koperasi untuk mengetengahkan produk masing-masing khususnya mereka yang berjaya tersenarai dalam Program ‘100 Product Champion’. Ujarnya, Program ‘100 Product Champion’ yang diilhamkan ANGKASA pada tahun 2014 lalu ternyata memiliki kekuatan tersendiri kerana inisiatif yang dilaksanakan ini adalah bertujuan memartabatkan produk-produk perkhidmatan koperasi untuk dikenali di peringkat nasional mahu pun antarabangsa. Katanya, produk dan perkhidmatan koperasi kini bukan lagi hanya tertakluk kepada persekitaran atau komuniti setempat malah boleh merentasi sempadan negara menerusi e-dagang sekiranya dapat diuruskan dengan baik. Beliau yang dipilih sebagai Ahli Lembaga Pengarah ICA sesi 2017- 2021 pada Perhimpunan Agung sempena Persidangan Global ICAKL 2017 yang berlangsung pada 17 November tahun lalu di Kuala Lumpur baru-baru ini mengharapkan agar ICA menjadi platform terbaik buat Malaysia untuk mempromosikan produk koperasi sekali gus membuka jaringan perdagangan yang lebih besar di peringkat antarabangsa. “Kekuatan ini menjadi pemangkin kepada usaha ANGKASA yang mengharapkan lebih banyak produk koperasi dapat diketengahkan bagi menembusi pasaran global di samping dapat mewujudkan kerjasama antara koperasi tempatan dan koperasi peringkat dunia. “Justeru, koperasi turut memain peranan untuk menempatkan produk mereka di pasaran tempatan dan antarabangsa dengan bersama-sama memikirkan usaha dan galakan terbaik memasarkan produk dan tidak hanya mengharapkan bantuan ANGKASA semata-mata. “Ini termasuklah inisiatif koperasi untuk memikirkan jenis dan fungsi pembungkusan, pelabelan dan teori warna yang bersesuaian mengikut keperluan piawaian yang ditetapkan di samping bimbingan dan tunjuk ajar sedia ada SIRIM,” katanya ketika merasmikan Program 100 Product Champion Batch 4 Sesi 2018 & 1st Design Review yang diadakan di Kelana Jaya, pada 3 April 2018.

DATO’ HAJI KAMARUDIN ISMAIL Naib Presiden ANGKASA Merangkap Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA)

Dato’ Haji Kamarudin menyatakan, usaha ANGKASA mempromosikan produk dan perkhidmatan koperasi menerusi Karnival Produk & Perkhidmatan Koperasi atau MACCOPS dilihat mampu memartabatkan ‘100 Product Champion’ sama ada di peringkat tempatan mahu pun luar negara. Ujarnya, usaha ke arah menjenamakan 100 Product Champion adalah usaha bersama dan koperasi wajar mencari peluang dan ruang yang ada ini untuk memajukan produk masing-masing.

April 2018 PELANCAR

47

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease