» Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Reka Bentuk Pembungkusan Dan Keselamatan SIRIM, Encik Sulaiman Arshad memperkatakan sesuatu kepada wakil Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad (KOIMAN), Puan Siti Rohani Abuyan (dua dari kanan) tentang rekabentuk pembungkusan produk Serunding ImanFarm.
Program tersebut yang dijalankan dengan kerjasama SIRIM Berhad dibuat dengan matlamat untuk membantu koperasi meningkatkan kualiti produk masing-masing terutamanya dari segi kualiti persembahan atau reka bentuk, konsep pembungkusan dan lain-lain perkara yang berkaitan. Ia juga adalah sebahagian daripada usaha untuk memastikan produk koperasi terus mendapat tempat di dalam pasaran sama ada di peringkat domestik mahu pun di luar negara. Program tersebut juga merupakan kesinambungan kepada program pembangunan ‘100 Product Champion’ yang menyaksikan setiap produk didatangkan dengan reka bentuk dan label berwajah baru, ceria serta menarik di bawah Projek Khas Pembangunan Unit Simpanan Stok (SKU) ANGKASA.
» Puan Maisarah Abdullah dari Koperasi Fasto Global Berhad bersama sampel produk Roti Paratha
Bil. Koperasi
Produk
1. 2. 3.
Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad (KOIMAN)
Serunding daging/ayam/tuna
Koperasi Fasto Global Berhad
Roti paratha perisa asli dan durian
Koperasi Inderapura Pulau Pinang Berhad
Perencah serbaguna
4. Koperasi Kakitangan Kumpulan Syarikat Dr. Azizan Berhad Teh tarik dan minuman coklat
Mengikut rekod, sehingga kini sebanyak 52 SKU @ 46 produk daripada 19 buah koperasi telah melayakkan diri dalam Program ‘100 Product Champion’ ANGKASA serta menepati kriteria yang ditetapkan untuk dimasukkan dalam rangkaian kedai coop-runcit dan pasar raya di seluruh negara. Program yang dijalankan itu juga memberi peluang kepada koperasi-koperasi yang terpilih untuk memilih dan memberi pandangan terhadap konsep rekabentuk yang dihasilkan dengan sokongan pihak SIRIM Berhad. Perbincangan itu juga dapat membuka peluang kepada koperasi untuk bersama-sama memberi penilaian tentang konsep rekabentuk produk melalui pendedahan dan penerangan jenis-jenis pembungkusan yang bersesuaian, peranan, teori warna, pelabelan, fungsi pembungkusan terhadap kualiti produk dan juga penempatan produk di pasaran. Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Pengurus Besar Bahagian Teknikal Dan Operasi Pusat Reka Bentuk
Pembungkusan dan Keselamatan SIRIM, Hajah Noor Hayati Mokhtar serta turut mendapat bimbingan dan nasihat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Reka Bentuk Pembungkusan dan Keselamatan SIRIM, Encik Sulaiman Arshad. Menurut Hajah Noor Hayati, ‘100 Product Champion’ yang diketengahkan koperasi berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat global. Namun usaha tersebut memerlukan komitmen tinggi dalam kalangan koperasi bagi memastikan produk yang dibawa itu mampu bersaing dan diterima oleh pengguna. Di samping itu ujarnya, koperasi juga perlu lebih bersedia menghadapi cabaran untuk melayakkan produk mereka menduduki pasaran antarabangsa.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengurus Besar Bahagian Kepimpinan dan Modal Insan Koperasi & Sektor Pemborongan dan Peruncitan ANGKASA, Haji Anuar Bulin.
» Puan Sanisah Sharif dan Haji Mazlan Ismail bersama sampel produk Minuman Coklat dan Teh Tarik Tudya keluaran Koperasi Kakitangan Kumpulan Syarikat Dr. Azizan Kedah Berhad.
April 2018 PELANCAR
49
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease