Wadah PELANCAR Edisi April 2018

Oleh : NOR AZAH ABD. AZIZ

Ke Arah Produk Koperasi Yang Lebih Berkualiti dan Diyakini

» Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia, Datuk Fadilah Baharin menunjukkan dokumen perjanjian persefahaman yang telah ditandatangani antara ANGKASA dan Jabatan Standard Malaysia.

ANGKASA memperkenalkan Sijil Standard koperasi yang mengikut piawaian Standard Malaysia (SM) bagi membantu meningkatkan tahap penerimaan pengguna terhadap produk-produk koperasi menerusi satu kerjasama strategik bersama Jabatan Standard Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Selaras dengan matlamat untuk mencapai sasaran RM50 bilion dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi sektor koperasi di samping membantu menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi pada 2050, satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara kedua belah pihak di Ibu Pejabat ANGKASA. Selain menawarkan kepakaran dan latihan untuk tujuan itu, Jabatan Standard Malaysia akan membantu pengusaha koperasi untuk mempromosikan penggunaan standard di tempatan dan peringkat dunia. Jabatan Standard Malaysia merupakan sebuah badan standard kebangsaan dan badan akreditasi kebangsaan yang berperanan dalam memberi keyakinan kepada pihak berkepentingan melalui

50 PELANCAR April 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease