» Datuk Seri Dr Mohd Azhar turut berkesempatan mengunjungi Muzium Koperasi Malaysia ANGKASA, Pusat Khidmat Usahawan dan Taman Cahaya Mata ANGKASA.
menyumbang secara positif kepada ekonomi, masyarakat, alam sekitar dan kesejahteraan negara. Terdahulu, Presiden ANGKASA, Dato Abdul Fattah Abdullah berkata, manfaat persijilan SM hanya akan terhasil daripada penghasilan produk dan perkhidmatan koperasi yang berkualiti. Justeru katanya, penggunaan standard dalam tadbir urus diharap mampu meningkatkan kualiti dan keyakinan anggota serta masyarakat mengenai perkhidmatan dan produk koperasi yang ditawarkan. Katanya, pensijilan SM dapat menjadi satu lagi komponen penting dalam perniagaan koperasi selain pensijilan Halal selaras dengan Teras Strategik Keempat dalam Dasar Koperasi Negara. Kerjasama itu juga katanya merupakan satu langkah proaktif untuk menjadikan ANGKASA sebagai sebuah badan pensijilan dan perkhidmatan yang diperakui bagi sektor koperasi di Malaysia selain Sijil Patuh Syariah yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Turut hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri; Naib-Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dr. Mohd Azlan Yahya; Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia, Datuk Fadilah Baharin; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak, Haji Rosli Basri; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Operasi ANGKASA, Datuk Haji Abdullah Haji Jusoh; Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Haji Borhan Mat Aris dan Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus & Integriti ANGKASA, Encik Mohd Ismail Ibrahim.
aktiviti standard berwibawa bagi peningkatan daya saing global. Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Seri Dr Mohd Azhar Haji Yahaya berkata, SM mampu meletakkan standard produk-produk koperasi pada tahap yang sewajarnya selain lebih diyakini pengguna. Menurut beliau, SM merupakan sebuah agensi di bawah MOSTI yang ditubuhkan pada 28 Ogos 1996 dan sehingga kini lebih 5,000 MS berjaya dibangunkan bersama produk-produk yang berupaya
April 2018 PELANCAR
51
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease