Wadah PELANCAR Edisi April 2018

Program Projek Khidmat “Kasih Hingga

» Tetamu melawat penghuni pusat yang uzur.

Oleh : NOR AZAH ABD. AZIZ

Selaras dengan Prinsip Koperasi Ketujuh iaitu Prihatin Terhadap Masyarakat serta usaha ANGKASA untuk terus menyuntik semangat kesepakatan serta memupuk budaya positif dalam kalangan koperator sekolah dan komuniti, sebuah program Khidmat Masyarakat atau “Coop Care” telah dijalankan oleh ANGKASA bertempat di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Semenyih.

Bertemakan “Kasih Hingga Ke Syurga”, program tersebut diwakili seramai lebih 40 peserta warga koperator dari sembilan buah koperasi sekolah sekitar Daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling Perdana selain 53 orang warga emas termasuk kanak-kanak, dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor melalui Kementerian Pendidikan Malaysia. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata,

ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi di Malaysia, sentiasa memastikan program- program yang dilaksanakan meliputi semua aspek lapisan masyarakat, termasuk komuniti setempat. Katanya, program seumpama itu diadakan agar masyarakat memahami peranan koperasi dalam komuniti serta membantu mereka dalam apa jua keadaan. Selain perolehan, kejayaan sesebuah koperasi juga turut diukur dari segi

pulangan koperasi atau manfaat kepada semua anggota serta sumbangannya kepada komuniti. Menurut beliau, aktiviti seumpama itu dapat membantu menceriakan warga pusat jagaan tersebut selain dapat memupuk sikap prihatin terhadap masyarakat terutamanya terhadap warga emas, tidak mementingkan diri sendiri, sedia menghulurkan bantuan dan mempunyai sahsiah diri yang lebih teguh.

56 PELANCAR April 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease