Wadah PELANCAR Edisi April 2018

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

MISI MEMPERKASA KEUSAHAWANAN KOPERASI Hari Koperasi UTHM 2018

» Dato’ Abdul Fattah (dua dari kanan) merasmikan Hari Koperasi UTHM 2018.

Aktiviti keusahawanan yang dilaksanakan di universiti dilihat sebagai salah satu usaha yang sangat baik bagi melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya. Sejajar dengan misi untuk memperkasa jiwa keusahawanan kepada setiap anggotanya, Koperasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Berhad (KOOP UTHM) telah menganjurkan Hari Koperasi UTHM 2018 di kampus utamanya di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

» Smart Kad koperasi imcoop juga turut dilancarkan bersempena Hari Koperasi UTHM

Pengerusi koperasi, Prof. Madya Dr. Razali Hassan berkata, matlamat penganjuran program tersebut adalah untuk memberikan nilai tambah kepada anggota koperasi UTHM dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan dan jualan barangan dengan harga patut. Selain itu, anggota koperasi juga dapat mengetahui perkembangan koperasi mereka dengan lebih dekat dan memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha perniagaan dan anggota koperasi di sekitar kampus untuk memperkenalkan produk yang mereka hasilkan. Menurut beliau, penglibatan ahli akademik dan kepimpinan peringkat tertinggi sama ada peringkat institusi negeri mahupun negara juga dilihat sebagai satu ruang dan peluang bagi membantu meningkatkan imej koperasi di samping berperanan dalam membentuk pemimpin baru yang lebih kreatif dan berinovasi. Hari Koperasi UTHM 2018 yang julung kali diadakan adalah hasil cetusan idea Anggota Lembaga Koperasi berdasarkan kepada maklum balas yang diperoleh daripada kakitangan dan pelanggan. KOOP UTHM yang didaftarkan pada 25 Ogos 1997 telah memulakan aktiviti keusahawanannya dengan menjual barangan keperluan kakitangan dan mahasiswa universiti berkenaan seperti alat tulis, makanan ringan, buku dan cenderamata. bermula tahun 2012, koperasi tersebut mula menceburi sektor perkhidmatan baru melalui aktiviti pembiayaan kredit, membekalkan peralatan pejabat dan lain-lain barangan bagi aktiviti pelajar. Selain itu, KOOP UTHM juga turut aktif dalam menjalankan aktiviti seperti perkhidmatan insurans kenderaan, perkhidmatan pos dan pembayaran bil menerusi pejabat mini pos dan penglibatan secara langsung dalam projek-projek hartanah sebagai kontraktor binaan.

Prof. Madya Dr. Razali Hassan Pengerusi KOOP UTHM

58 PELANCAR April 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease