Wadah PELANCAR Edisi April 2018

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI Bersama Jana Pertumbuhan Ekonomi Negara

Menurut Dato’ Sri Najib, bagi mencapai matlamat tersebut, setiap komponen dalam masyarakat mesti digembleng dalam sebuah hala tuju yang besar. Koperasi juga perlu bijak menentukan setiap kelompok, institusi dan anggota mampu berperanan dalam memberi sumbangan bermakna kepada pencapaian koperasi. Menurut beliau, bagi meningkatkan kualiti tadbir urus dan mencapai sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seperti yang telah ditetapkan, kerajaan menyokong setiap usaha dan tindakan yang dilakukan seperti usaha ke arah penggubalan akta koperasi yang baru. Sehubungan dengan itu, koperasi akan terus dibantu mengikut peringkat seperti yang ditetapkan. Koperasi dalam tier atau kelompok yang pertama, kedua dan ketiga akan mendapat insentif secara sewajarnya seperti yang telah ditetapkan kerajaan. “Menerusi sistem seumpama ini, kita akan dapat menilai prestasi koperasi. Kita tidak mahu koperasi menguncup dan tidak berpegang kepada prinsip ketelusan dan akauntabiliti. “Saya sendiri telah menetapkan prestasi kerajaan dalam konteks melaksanakan Dasar Transformasi Nasional. Setiap tahun, semua menteri akan dinilai prestasinya dan sebagai Perdana Menteri, saya bertanggungjawab kepada rakyat,” katanya. Koperasi juga katanya perlu mewujudkan sistem tadbir urus yang lebih berkesan bagi memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan yang sewajarnya. Antaranya adalah seperti memperbanyakkan bantuan terhadap program pembangunan industri hiliran. “Saya melihat bahawa kalau kita boleh tentukan nilai-nilai tambah seumpama itu, maka setiap koperasi dapat melihat bagaimana untuk merancang pelan perniagaannya dalam masa beberapa tahun yang akan datang.

Menurut beliau, semangat dan percambahan ilmu koperasi juga perlu diterapkan di sekolah dan di universiti. Budaya berkoperasi dalam kalangan pelajar atau golongan muda boleh dianggap sebagai tapak semaian bagi kelangsungan koperasi selain dapat mendidik masyarakat tentang kelebihan dan kepentingan berkoperasi. Koperasi juga menjadi antara cabang utama yang dilihat kerajaan boleh memainkan peranan penting ke arah usaha memerangi kos sara hidup. Sehubungan dengan itu katanya, kedai harga patut koperasi akan diwujudkan berasaskan idea baharu Menteri KPDNKK. Suntikan sebanyak RM200 juta juga telah diluluskan oleh kerajaan melalui KPDNKK kepada koperasi yang akan terlibat dengan program pembangunan kedai tersebut. Penubuhan kedai-kedai tersebut sangat baik dan berkesan khususnya dalam membantu masyarakat menguruskan perbelanjaan terhadap barang-barang keperluan semasa. Aktiviti ‘Jualan Sentuhan Rakyat’ juga akan terus dijalankan oleh KPDNKK sebagai salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu gerakan koperasi dan menentukan hala tuju koperasi agar perjalanannya sealiran dengan matlamat utama kerajaan. Selain itu, geran bantuan pembangunan perniagaan koperasi dan tabung modal pusingan koperasi akan terus diberikan oleh kerajaan demi memartabatkan gerakan koperasi bagi membantu koperasi untuk terus berjaya dan mencapai tahap lebih tinggi serta lebih maju pada masa hadapan.

» Orang ramai bergambar bersama Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

April 2018 PELANCAR

5

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease