Wadah PELANCAR Edisi April 2018

Selaras dengan keperluan agensi kerajaan, koperasi yang kini mempunyai keanggotaan seramai 400 orang itu telah memperolehi Sijil Kementerian Kewangan dengan taraf Bumiputra serta pendaftaran CIDB Gred G4 dalam kategori Pembinaan Bangunan dan Pembinaan Kejuruteraan Awam. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah yang hadir merasmikan program tersebut berharap agar KOOP UTHM mampu menduduki ‘Tier 1’ dalam kelompok koperasi maju selaras dengan kejayaan yang ditempa menerusi pengumpulan aset hasil pemilikan kompleks asrama pelajar UTHM di Kampus Edu Hub Pagoh dan juga pemilikan perniagaan koperasi yang lain. Beliau juga turut menyarankan agar universiti di seluruh Malaysia dapat mencontohi apa yang dilakukan oleh KOOP UTHM yang mengambil langkah proaktif menjayakan Hari Koperasi UTHM 2018. Penglibatan ahli akademik dalam memimpin gerakan koperasi juga dilihat sebagai satu ruang dan peluang kepada anggota untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam tadbir urus koperasi.

» Suasana Coop Mart milik KOOP UTHM.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTHM, Prof. Madya Dr. Asri Selamat; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Johor, Encik Sazali Abd. Hamid dan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi SKM Negeri Johor, Encik Mohd Fauri Abu Yamin.

» Sesi fotografi bersama barisan tetamu, ALK dan kakitangan koperasi.

April 2018 PELANCAR

59

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease