Wadah PELANCAR Edisi April 2018

Pada peringkat awal penubuhannya, keanggotaan koperasi hanya dibuka kepada peneroka-peneroka Rancangan FELDA Sungai Koyan 3 sahaja. Selepas tahun 1984, keanggotaannya mula dibuka kepada anggota keluarga peneroka yang bermastautin di Tanah Rancangan FELDA Sungai Koyan 3. Sehingga 31 Disember 2016, bilangan anggota yang berdaftar adalah seramai 544 orang melibatkan penyertaan kaum Melayu, Cina dan India. Koperasi FELDA Sg. Koyan 3 Raub Berhad juga turut tersenarai antara 100 koperasi Terbaik 2017 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Selain projek mengangkut BTS, aktiviti-aktiviti perniagaan lain dan juga pelaburan bersama koperasi- koperasi yang lain turut dijalankan bagi memenuhi keperluan anggota di samping memastikan kebajikan serta perkhidmatan terus ditingkatkan.

» Salah sebuah lori pengangkut BTS milik koperasi.

» Bergambar di ‘Kampung Stay’ yang dibangunkan oleh koperasi hasil pinjaman daripada KOPSYA ANGKASA.

Aktiviti Perniagaan Koperasi : 1. Pengangkutan Mengangkut BTS.

» Stesen Minyak Petronas milik koperasi yang turut dilengkapi dengan Kedai Mesra selain kemudahan Mesin ATM dan CDM Bank Rakyat.

2. Kepenggunaan Kedai Coop Mart, Stesen Minyak (Petronas) dan Kedai Mesra. 3. Kontrak-Kontrak Am Kerja-kerja pertanian di ladang, pembesaran rumah peneroka dan lain-lain.

4. Perladangan Mini estet kelapa sawit berkeluasan 29.57 ekar.

5. Perkhidmatan Sewaan kenderaan, ruang niaga, ejen bank, kolam, kanopi, perkhidmatan fotostat dan binding.

» Mohd Radzi Haji Mohd Noh Pengerusi Koperasi Felda Sg. Koyan 3 Raub Berhad

» ‘Car Wash’.

April 2018 PELANCAR

61

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease