Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
7 FAKTOR DORONG PEROLEHAN RM1 JUTA Koperasi MRSM Kepala Batas Berhad
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah (sembilan dari kanan) bersama warga koperasi MRSM bergambar di hadapan Coop Mart milik Koperasi MRSM Kepala Batas Berhad. Turut berada di dalam gambar ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA (JPAN) Pulau Pinang, Shaik Ismail Md. Allapichay (lapan dari kanan); Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim (tujuh dari kanan) dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Haji Borhan Mat Aris (enam dari kanan).
Berpegang teguh kepada matlamat untuk membantu pengguna pada saat memerlukan dengan selengkapnya, menjadi kunci utama kepada kesungguhan Koperasi MRSM Kepala Batas Berhad untuk terus komited memberi perkhidmatan yang terbaik dengan mempelbagaikan produk berkualiti di samping sentiasa bersedia memajukan koperasi untuk kemudahan dan kesejahteraan generasi warga MRSM Kepala Batas.
Puan Che Azura Che An Pengerusi Koperasi merangkap Timbalan Pengetua
(Pembangunan Bakat) MRSM Kepala Batas
2.
Pengurusan pekerja yang lengkap. Prihatin terhadap kebajikan pekerja menerusi
Selain mahu membudayakan bidang keusahawanan dalam kalangan anggota koperasi, iltizam untuk terus membantu pelajar dan seluruh warga MRSM juga terus diperkukuh dengan pendekatan tadbir urus yang cemerlang dan sentiasa bersemangat tinggi untuk memajukan koperasi. Menurut Pengerusi Koperasi MRSM Kepala Batas Berhad, Che Azura Che An, 7 faktor utama yang diamalkan dalam tadbir urus telah menjadi faktor yang mendorong kepada kejayaan Koperasi MRSM Kepala Batas Berhad meraih perolehan jualan tahunan melebihi RM 1 juta. Ketujuh-tujuh faktor tersebut adalah : 1. Menyemak semua aktiviti pengurusan akaun
penyediaan dokumen perjanjian kerja yang lengkap dan sentiasa dikemaskini bagi memastikan kebajikan pekerja sentiasa terjaga. 3. Pengurusan ALK yang mantap. Mesyuarat ALK perlu diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Pengagihan tugas ALK juga perlu seimbang dan disusuli dengan laporan yang lengkap. Kesemua aktiviti yang dirancang juga perlu mendapat persetujuan oleh semua ALK dan perlu diminit serta dicatatkan. 4. Sentiasa bekerjasama dengan SKM dan ANGKASA. Setiap ALK diwajibkan supaya mengenali dan menjaga hubungan baik selain sentiasa mengikuti perkembangan aktiviti SKM dan ANGKASA. Di samping itu, semua jemputan yang diterima untuk menghadiri mesyuarat mestilah dipenuhi.
koperasi secara mingguan dan bulanan. Bendahari dan Pengerusi diwajibkan supaya menyemak dan mengenal pasti semua pendapatan dan perbelanjaan aktiviti utama koperasi termasuk pendapatan daripada aktiviti sampingan dan juga dari komisen yang diperoleh secara mingguan dan bulanan.
62 PELANCAR April 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease