Wadah PELANCAR Edisi April 2018

5.

Kerjasama dengan orang luar / pembekal / koperasi lain di dalam atau luar negara. Koperasi perlu sentiasa menjalin hubungan kerjasama dengan koperasi sekolah yang lain atau agensi lain yang boleh membantu meningkatkan perolehan dan imej koperasi.

Koperasi yang menerima Anugerah Pembangunan Terbaik MRSM SeMalaysia 2018 dan Anugerah Perolehan RM1 Juta (2017) itu juga yakin sekiranya amalan 7 faktor dalam tadbir urus koperasi itu dapat terus dikekalkan, sasaran perolehan melebihi RM1 juta akan dapat terus dicapai bagi tahun- tahun yang akan datang. Koperasi MRSM Kepala Batas Berhad didaftarkan pada 31 Ogos 2007 dengan bilangan keanggotaan seramai 898 orang melibatkan pelajar, guru dan kakitangan. Di samping itu, koperasi juga turut memiliki 17 orang kakitangan yang berperanan dalam menguruskan Coop Mart, kafeteria, pusat dobi dan taska. Antara perniagaan yang dijalankan oleh koperasi

6. Pengurusan data dan maklumat aktiviti koperasi. Setiausaha perlu memainkan peranan penting dalam mengumpulkan data, gambar dan maklumat berkaitan aktiviti koperasi setiap bulan. 7. Komitmen pengurusan dan anggota koperasi. Semua warga koperasi perlu memberi sokongan padu terhadap aktiviti yang dijalankan oleh koperasi termasuk membeli barangan jualan koperasi.

» Air Mineral Semulajadi dengan jenama sendiri antara produk edaran koperasi.

adalah seperti menjalankan perkhidmatan ejen Bank BSN, menguruskan kafeteria, perkhidmatan dobi, pusat taska Young Caliphs, menyewa jubah graduasi, menyewakan tapak kafeteria pada hujung minggu, perkhidmatan membuat tag nama pelajar, kemudahan mesin vending minuman dan menyediakan kemudahan pengangkutan van.

» Suasana di dalam kedai Coop Mart Koperasi MRSM Kepala Batas Berhad.

» Kafeteria Mat’am Sakeena yang diuruskan oleh koperasi.

April 2018 PELANCAR April 2018 PELANCAR

63

63

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease