Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI BUKU PANDUAN ZAKAT PERNIAGAAN KOPERASI
Usaha ANGKASA dalam membantu meningkatkan penyampaian kepada koperasi menerusi kaedah pengiraan zakat perniagaan koperasi yang seragam dan jelas terus dipergiat menerusi terbitan Buku Panduan Zakat Perniagaan Koperasi.
Berbeza dengan manual pengurusan pengiraan zakat perniagaan konvensional, panduan taksiran zakat perniagaan koperasi lebih tertumpu kepada
pendekatan tadbir urus perniagaan koperasi melibatkan pengurusan harta, cukai pendapatan, saham anggota dan lain-lain. Sejajar dengan langkah untuk terus membantu meningkatkan tahap perkhidmatannya sebagai sebuah badan puncak gerakan koperasi di Malaysia, ANGKASA melalui Bahagian Pengurusan Syariah dan Pembangunan ANGKASA telah mengambil inisiatif menerbitkan Buku Panduan Zakat Perniagaan Koperasi edisi kedua yang lebih lengkap dan terkini setelah terbitan pertamanya
dicetak pada tahun 2007. Antara pembaharuan dan pendekatan yang diterangkan adalah seperti pada ruang pengenalan yang membicarakan tentang koperasi dari perspektif Islam selain kewajiban zakat koperasi, fatwa dan syarat wajib zakat perniagaan koperasi. Kandungan seterusnya turut mengetengahkan pelbagai aspek berkaitan asas harta, kaedah dan contoh taksiran, format pengiraan cukai pendapatan koperasi termasuk segmen soal jawab berkaitan isu-isu zakat koperasi. Buku setebal 56 muka surat ini diharap dapat membantu koperasi dalam menunaikan kewajiban berzakat sekaligus meningkatkan tahap keyakinan anggota terhadap prestasi koperasi dalam menguruskan kewangan dan harta koperasi mengikut lunas-lunas syariah Islam. Anda yang berminat untuk membeli buku ini boleh menghubungi Unit Pengurusan dan Pembangunan Zakat, Bahagian Pengurusan Syariah dan Pembangunan ANGKASA di talian 03-7884 6789 atau 03-7884 6689.
64 PELANCAR April 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease