Wadah PELANCAR Edisi April 2018

Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ Rai Hari Koperasi Negara Bersama Perdana Menteri

Dianggarkan lebih 12,000 koperator dan orang awam dari seluruh negara hadir memeriahkan Perayaan Hari Koperasi Negara (HKN) 2018 bersama Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri, Datin Sri Rosmah Mansor.

Kehadiran pemimpin nombor satu negara itu turut diiringi oleh YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan isteri serta Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ir. Haji Idris Haron. Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif SKM, Dato’ Dr. Noor Zari Hamat, Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan Ketua Pengarah Maktab Koperasi Malaysia (MKM), Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik. HKN 2018 yang berlangsung di MITC Melaka pada 20 Mac itu turut dimeriahkan dengan pameran jualan oleh lebih

30 buah koperasi dan agensi dari pelbagai negeri selain aktiviti ‘Jualan Sentuhan Rakyat’ anjuran KPDNKK. Bersempena dengan perayaan tersebut, tiga anugerah utama telah disampaikan oleh Perdana Menteri iaitu: • Anugerah Tokoh Koperasi Negara 2018 Penerima : Dato’ Haji Md Aini Haji Taib • Anugerah Koperasi Terbaik 2018 Penerima : Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Berhad • Anugerah Koperasi Berpotensi 2018 Penerima : Koperasi Profesional Putrajaya Berhad

Selain itu, HKN 2018 juga menyaksikan Majlis Penyerahan Bantuan seperti berikut :

Jenis Bantuan/Pembiayaan

Bilangan Koperasi

Jumlah (RM)

Bantuan Pembangunan Perniagaan Koperasi

50

1,772,000

Bantuan Pembangunan Kedai Harga Patut Koperasi

22

3,300,000

Pembiayaan Tabung Modal Pusingan

9

12,670,000

8 PELANCAR April 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease