Wadah
NOVEMBER 2025 JILID: WP07/11
http://pelancar.online
www.angkasa.coop
KDN PP19744/02/2023 (035373)
Al-Sultan Abdullah Rasmi Konvensyen Koperasi Kariah Masjid Peringkat Kebangsaan 2025
Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah ketika bertitah pada Majlis Perasmian Konvensyen Koperasi Kariah Masjid (KKM) Peringkat Kebangsaan 2025 di Grand Darul Makmur Hotel, Kuantan, Pahang pada 14 November 2025. Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail (dua dari kiri) dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud (dua dari kanan).
berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Konvensyen Koperasi Kariah Masjid (KKM) Peringkat Kebangsaan 2025 di Grand Darul Makmur Hotel, Kuantan, Pahang pada 13 November 2025. Konvensyen yang bertemakan 'Koperasi Memperkasa Ekonomi Ummah, Membina
Oleh: MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR
Ekonomi MADANI' itu menghimpunkan lebih 200 buah Koperasi Kariah Masjid (KKM) dari seluruh negara. Program itu, dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan kerjasama
Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan
BERSAMBUNG DI MUKA 2
Sila Klik Kod QR untuk maklumat lanjut
2 INFO SEMASA
Wadah
NOVEMBER 2025
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bergambar bersama tetamu kehormat.
koperasi mengukuhkan semangat kerjasama selain dapat mengurangkan kebergantungan kepada dana kerajaan serta sumbangan awam,” titah baginda. Al-Sultan Abdullah turut dan menzahirkan harapan agar koperasi di negeri Pahang terus maju dan menempatkan diri dalam kelompok 10 koperasi terbaik negara. Baginda juga menegaskan bahawa koperasi yang berdaya saing dan berwawasan mampu melonjakkan ekonomi negeri serta memberi impak positif kepada kesejahteraan ummah. Sehingga 31 Disember 2024, terdapat sebanyak 578 koperasi kariah masjid di seluruh negara dengan keanggotaan seramai 47,830 orang. Nilai syer dan yuran terkumpul mencecah RM16. 56 juta manakala jumlah aset keseluruhan adalah sebanyak RM41.11 juta dengan perolehan RM30. 6 juta. Konvensyen tersebut turut menjadi medan perkongsian amalan terbaik serta sesi dialog strategik antara koperasi. Melalui perbincangan itu, pelan tindakan yang lebih mampan dan berimpak tinggi dapat dirangka bagi memperkukuh peranan KKM sebagai ejen pertumbuhan ekonomi tempatan. Majlis perasmian turut
DARI MUKA 1
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta ANGKASA. Penganjuran konvensyen itu bertujuan memperkukuh peranan KKM sebagai pemangkin pembangunan ekonomi setempat yang berlandaskan prinsip syariah. Usaha itu juga menjadi wadah penyatuan ummah melalui aktiviti ekonomi yang menyentuh pelbagai bidang termasuk keusahawanan dan kesejahteraan sosial. Pada majlis perasmian itu, Al-Sultan Abdullah bertitah tentang kepentingan pengurusan koperasi yang cekap, telus dan berintegriti bagi memastikan manfaatnya dapat dirasai seluruh lapisan masyarakat. Baginda turut menambah bahawa KKM perlu menjadi contoh dalam menguruskan ekonomi secara beramanah dan beretika. “Pengurusan koperasi yang baik bukan sahaja dapat memperkasakan ekonomi masyarakat malah menjadi landasan untuk menyatukan semangat kerjasama dalam kalangan rakyat. Ia dapat menyatukan peranan komuniti melalui program
menyaksikan penyampaian Anugerah KKM Terbaik 2025 kepada Koperasi Masjid Nurul Yaqin Kelana Jaya Berhad dan Anugerah Koperasi Kariah Masjid Harapan 2025 kepada Koperasi Kariah Masjid Nurussalam Gerik Berhad serta Sumbangan Dana Wakaf kepada Koperasi Kariah Masjid Tengku Mahkota Abdullah Rompin Berhad. Pengiktirafan dan sumbangan itu memberi galakan kepada koperasi lain untuk terus meningkatkan prestasi dan keupayaan pengurusan masing-masing. Hadir sama ialah Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, Pengerusi SKM, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B), Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Puan Noor Afifah Abdul Razak, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor serta Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, barisan Naib Presiden ANGKASA, Anggota Lembaga ANGKASA (Wakil KUSKOP), Encik Azizul Alias dan barisan Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri. Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan Anugerah KKM Terbaik 2025 kepada Koperasi Masjid Nurul Yaqin Kelana Jaya Berhad yang diwakili Pengerusinya, Datuk Lamien Sawiyo.
Sidang Pengarang
Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Timbalan Presiden • Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Naib Presiden • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) • Datuk Zulkefli Hamzah
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi Pengarang
Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Seksyen Penerbitan Bahagian Korporat ANGKASA E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (253940-X)
• Nor Azah Abd. Aziz • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor
Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur.
INFO SEMASA
3
Wadah
NOVEMBER 2025
Presiden ANGKASA Sokong Titah Al-Sultan Abdullah Perkukuh Integriti Pengurusan Koperasi Kariah
Oleh: MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR
pada saiznya, malah pada amanah, ketelusan dan profesionalisme pengurusannya. Koperasi kariah masjid perlu menjadi model terbaik kepada masyarakat dalam mempraktikkan nilai syariah dalam ekonomi,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian. Beliau turut menyambut baik fokus konvensyen terhadap penyatuan komuniti melalui aktiviti ekonomi berimpak tinggi, selaras peranan masjid sebagai pusat pembangunan masyarakat. “KKM mempunyai kelebihan unik kerana dekat dengan komuniti, memahami keperluan setempat dan boleh menjadi pemangkin kesejahteraan sosial. Menerusi rangka tindakan yang lebih tersusun, saya percaya koperasi masjid boleh berkembang menjadi pemacu ekonomi lokal yang mampan,” tambahnya. Mengulas perkembangan positif jumlah KKM di seluruh negara, beliau menyifatkan pencapaian 578 koperasi dengan aset lebih RM41 juta sebagai bukti bahawa masyarakat semakin yakin terhadap model ekonomi koperasi. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut memuji inisiatif penganjur yang menyediakan ruang
dialog dan perkongsian amalan terbaik antara koperasi, yang menurutnya penting dalam mempercepat pertumbuhan sektor tersebut. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada koperasi yang menerima anugerah pada majlis berkenaan, sambil mengingatkan bahawa pengiktirafan itu sewajarnya menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi dan inovasi pengurusan koperasi di seluruh negara. “ANGKASA komited untuk terus bekerjasama rapat dengan SKM dan KUSKOP bagi memastikan KKM diberikan sokongan yang diperlukan untuk terus maju. Kita mahu lihat lebih banyak KKM muncul sebagai pemain ekonomi yang disegani, bukan sahaja di peringkat negeri malah juga di peringkat nasional,” ujarnya. Beliau menutup kenyataannya dengan menyatakan keyakinan bahawa konvensyen tersebut akan menjadi pencetus transformasi lebih besar dalam mengangkat KKM sebagai institusi ekonomi mapan yang mampu menjana manfaat untuk seluruh ummah.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, menyifatkan penganjuran Konvensyen Koperasi Kariah Masjid (KKM) Peringkat Kebangsaan 2025 sebagai momentum penting dalam memperkukuh ekosistem koperasi berteraskan masjid, seiring aspirasi Ekonomi MADANI. Menurut beliau, kehadiran Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada majlis perasmian bukan sahaja memberi penghormatan besar kepada gerakan koperasi, malah memperkukuh keyakinan bahawa KKM mampu menjadi antara teras pembangunan ekonomi ummah. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menegaskan bahawa titah baginda mengenai kecekapan dan integriti pengurusan koperasi perlu dijadikan asas utama dalam menggerakkan KKM ke tahap yang lebih strategik. “Titah baginda memberi peringatan jelas bahawa kekuatan koperasi bukan hanya
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melawat beberapa reruai pameran pada Majlis Perasmian Konvensyen KKM Peringkat Kebangsaan 2025.
Dari Meja Presiden
Seiring dengan tekad dan usaha untuk terus memajukan sosioekonomi anggota koperasi serta kariah setempat melalui Koperasi Kariah Masjid (KKM), ANGKASA sangat menitikberatkan soal keberkesanan menerusi penganjuran program serta aktiviti perniagaan yang berkualiti dan bersesuaian. Antaranya seperti menganjurkan Bengkel Pemantapan Perniagaan KKM dengan objektif utamanya untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran koperator dalam pengurusan serta pengendalian perniagaan yang dijalankan. Selain dapat memberikan sokongan bantuan termasuk pendedahan mengenai strategi pemasaran, kewangan dan tadbir urus baik untuk meningkatkan daya saing KKM, ANGKASA juga mahu
menggalakkan perkongsian pengalaman dan amalan terbaik antara KKM yang berjaya. Pendekatan yang lebih profesional dan terkini juga perlu diberi keutamaan seiring dengan perkembangan sosioekonomi semasa sekali gus memastikan KKM sentiasa berada pada tahap daya saing ekonomi yang lebih seimbang. ANGKASA melalui Bahagian Pembangunan dan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid optimis bahawa usaha berterusan dalam merangka inisiatif perniagaan menerusi program pembangunan boleh membuahkan hasil dan matlamat seperti yang dihasratkan.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA
INFO SEMASA
5
Wadah
NOVEMBER 2025
ANGKASA Sumbang Van Jenazah kepada Masjid Senaling
yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat. Program itu juga mencerminkan keprihatinan gerakan koperasi terhadap kebajikan masyarakat dan tanggungjawab sosial yang menjadi asas perjuangan ANGKASA,” katanya. Menurut data Suruhanjaya Koperasi Malaysia sehingga Disember 2024, terdapat 578 koperasi masjid di seluruh negara dengan keanggotaan hampir 48 ribu orang dan aset berjumlah RM41.1 juta. Di Negeri Sembilan sahaja, terdapat 51 koperasi masjid yang berdaftar. Pertumbuhan itu menunjukkan potensi besar koperasi dalam memperkukuh ekonomi dan kebajikan ummah meskipun berdepan cabaran pengurusan dan sumber kewangan. ANGKASA terus komited membantu koperasi masjid melalui latihan, khidmat rundingan dan bantuan teknikal bagi memastikan tadbir urus yang cekap dan berintegriti. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut menyeru agar kariah Masjid Senaling menubuhkan Koperasi Kariah Masjid sebagai langkah memperkukuh ekonomi komuniti. Beliau berkata, penubuhan koperasi itu bukan sahaja dapat melahirkan penyumbang aktif dalam kalangan anggota kariah, malah mampu meningkatkan ekonomi serta pendapatan mereka melalui aktiviti keusahawanan dan pengurusan
kewangan yang tersusun.
Beliau yakin koperasi masjid bukan sahaja menjana pendapatan untuk masjid, bahkan juga membina masyarakat yang bersatu dan prihatin. ANGKASA akan terus memperkukuh hubungan dengan institusi masjid dan komuniti demi kesejahteraan umat Islam di Negeri Sembilan dan seluruh negara. Pengerusi Masjid Senaling, Haji Harun Md Nor dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ANGKASA atas sumbangan van jenazah kepada masjid tersebut Beliau menyifatkan sumbangan itu sebagai satu inisiatif yang amat bermakna dan menunjukkan keprihatinan ANGKASA terhadap kebajikan masyarakat setempat. Menurutnya, kemudahan itu bukan sahaja memudahkan urusan pengurusan jenazah, malah menjadi simbol kepedulian sosial dan semangat kerjasama antara institusi masjid dengan gerakan koperasi. Turut hadir ialah Pegawai Hal Ehwal Agama Islam Daerah Kuala Pilah, Ustaz Raizalani Mohd Rais, Timbalan Pegawai Hal Ehwal Agama Islam Daerah Kuala Pilah, Ustaz Muhammad Abdul Hadi Ismut dan Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan dan Perniagaan Kariah Koperasi Masjid ANGKASA, Encik Mohd Safian Abdul Rahman. Pengurus Kanan ANGKASA Negeri Sarawak, Encik George Aiman Milin, Pengurus Seksyen Pemulihan (SejaTi MADANI), Encik Abdul Wahab Haji Alias dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Ekonomi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Kapit Sarawak, Puan Mina anak Sat. Koperasi merancang untuk memulakan penternakan sebanyak 1,000 ekor ayam kampung kacuk di kawasan tanah perkampungan Rumah Panjang Nanga Engkuah pada bulan Disember 2025. Projek itu dijangka akan menjadi sumber pendapatan baharu kepada koperasi serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada anggota dan komuniti setempat. ANGKASA komited untuk terus memberikan sokongan dan bimbingan berterusan kepada koperasi bagi memastikan projek tersebut dapat dijalankan dengan berkesan, seterusnya menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi koperasi dan masyarakat luar bandar di Sarawak.
Majlis penyerahan sumbangan sebuah van jenazah kepada Masjid Senaling, Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah pada 8 Oktober 2025 turut disaksikan oleh Exco Pendidikan dan Modal Insan merangkap ADUN Senaling, YB Dato’ Haji Ismail Haji Lasim (lima dari kiri) dan Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (tiga dari kiri).
Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
menguruskan jenazah selain dapat menjadikan usaha tersebut sebagai amal jariah yang berterusan untuk masyarakat setempat. Katanya lagi, ANGKASA sentiasa komited dalam usaha untuk terus memperkasakan institusi masjid melalui penubuhan koperasi masjid bagi membantu meningkatkan taraf sosioekonomi kariah setempat. "Koperasi boleh menjadi platform ekonomi untuk kariah bagi menjana pendapatan, mengurus perniagaan kecil dan melaksanakan aktiviti kebajikan dengan lebih tersusun. Menerusinya juga, akan menggalakkan ahli kariah berganding tenaga dan kepakaran untuk melaksanakan projek
Semangat kebersamaan dan tanggungjawab sosial ANGKASA terus disemarakkan melalui sumbangan sebuah van jenazah kepada Masjid Senaling, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 8 Oktober 2025. Majlis penyerahan tersebut yang disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah turut disaksikan oleh Exco Pendidikan dan Modal Insan merangkap ADUN Senaling, YB Dato’ Haji Ismail Haji Lasim. Menurut Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, sumbangan van tersebut diharap dapat membantu pihak masjid dalam
Presiden ANGKASA Lihat Persediaan Projek Ayam Kampung Koperasi Nanga Engkuah
Oleh: MOHD ZAKUAN AZMI
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah telah melakukan lawatan kerja selama dua hari ke Koperasi Nanga Engkuah Kapit Sarawak Berhad bermula 11 Oktober 2025. Tujuan utama lawatan adalah untuk melihat status pelaksanaan dan perkembangan projek ternakan ayam di bawah inisiatif Projek SejaTi MADANI untuk sektor koperasi yang dikawal selia oleh ANGKASA. Selain mendengar secara langsung cabaran yang dihadapi serta berkongsi pandangan dan cadangan penambahbaikan bagi memastikan kejayaan projek tersebut. Lawatan tersebut turut diiringi Pengerusi ANGKASA Negeri Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh, Pengurus Besar Bahagian Pertanian dan Perladangan ANGKASA, Encik Muhammad Zuhid Jamaluddin,
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah mengetuai lawatan ANGKASA ke Koperasi Nanga Engkuah Kapit Sarawak Berhad selama dua hari bermula 11 Oktober 2025.
INFO SEMASA
6
Wadah
NOVEMBER 2025
KOBARA Jangka Tuai Hasil Sulung Cili Fertigasi 20 November 2025
Sebanyak 2,300 pokok cili jenis Kulai ditanam secara fertigasi oleh Koperasi Bakti Ramai Lenggong Berhad (KOBARA) atas tanah berkeluasan satu ekar.
Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin (empat dari kanan) dan Pengerusi ANGKASA Negeri Perak, Haji Mohd Shafie Abd. Karim (lima dari kanan) bergambar bersama pengurusan koperasi dan ANGKASA di sekitar kawasan tanaman. Turut sama dalam gambar ialah Haji Mohd Shafie Abd. Karim (lima dari kanan).
Pengurus projek, Encik Mohamad Nor Ikhwan memberi penerangan tentang kaedah pengurusan tanaman cili fertigasi.
Oleh: MOHD ZAKUAN AZMI
penerangan ringkas mengenai proses penanaman selain dibawa meninjau beberapa infrastruktur seperti rumah pam air, rumah semaian anak benih dan tempat pengumpulan hasil. Beliau yang diiringi Pengerusi ANGKASA Negeri Perak, Haji Mohd Shafie Abd. Karim dan Pengerusi KOBARA, Encik Shahrul Nazli Haji Abdul Jalil turut menyatakan rasa kagum dengan kesungguhan anggota koperasi yang rata-ratanya terdiri daripada golongan belia menjayakan aktiviti tanaman pertanian moden tersebut. Program SejaTi MADANI yang berada di bawah seliaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri telah menyediakan peruntukan geran sebanyak RM2 juta kepada ANGKASA bagi memperkasakan kegiatan koperasi di perkampungan MADANI.
Koperasi Bakti Ramai Lenggong Berhad (KOBARA) dijangka akan memulakan kerja-kerja menuai hasil sulung tanaman cili fertigasi bermula 20 November 2025. Projek tanaman cili fertigasi jenis Kulai itu merupakan sebahagian daripada Program SejaTi MADANI – Koperasi Luar Bandar, di bawah bimbingan ANGKASA dan dilaksanakan bagi membantu menjana pendapatan KOBARA dan anggota koperasi melalui pertanian moden fertigasi. Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi yang juga Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail ketika melakukan lawatan ringkas ke tapak projek berkenaan yang terletak di Kampung Raban, Lenggong Perak pada 12 November 2025 telah diberi
Cili jenis Kulai yang menunggu masa untuk dituai.
Menerusi program tersebut, ANGKASA mahu supaya koperasi dapat menggerakkan aktiviti ekonomi yang dapat memberi manfaat kepada seluruh komuniti dan bersesuaian dengan keperluan sebenar masyarakat di samping memastikan manfaat daripada peruntukan tersebut dapat membantu koperasi mencapai matlamat yang sewajarnya.
INFO SEMASA
7
Wadah
NOVEMBER 2025
Ladang ANGKASA di Setiu Mulakan Tanaman 85 Ribu Nanas Jenis MD2
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Terengganu, Encik Mohd Zamani Ab Ghani (dua dari kiri) menunjukkan sijil jalinan kerjasama yang telah ditandatangani pada 2 November 2025.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah melihat proses tanaman nanas yang diusahakan di Ladang ANGKASA, Sungai Tong Setiu, Terengganu.
Oleh: MOHD ZAKUAN AZMI
selain menjadikan ladang tersebut sebagai sumber ekosistem pertanian baharu kepada gerakan koperasi khususnya di negeri Terengganu. "Sebagai badan apeks, ANGKASA melihat ini sebagai satu peluang yang perlu diambil dan boleh menjadi sumber rujukan berguna dalam membantu koperasi kecil meningkatkan ekonomi," katanya. Beliau turut menyarankan kepada Ahli-ahli Jawatankuasa dan pengurusan ANGKASA Negeri Terengganu supaya dapat mengatur pelan strategik bagi memastikan koperasi boleh terlibat secara signifikan dalam rantaian industri tanaman nanas secara lebih bersepadu di bawah seliaan ANGKASA dan LPNM. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata demikian sewaktu berucap dalam Majlis Perasmian Projek Tanaman Nanas dan Jalinan Kerjasama bersama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Terengganu bertempat di Ladang ANGKASA, Sungai Tong Setiu, Terengganu pada 2 November 2025. Sementara itu, Pengarah LPNM Negeri Terengganu, Encik Mohd Zamani Ab Ghani dalam
ucapannya berkata, LPNM sedia membantu ANGKASA dalam usaha untuk menjadikan aktiviti tanaman nanas sebagai sumber pendapatan baharu kepada koperasi di negeri Terengganu. Beliau yakin menerusi kerjasama antara ANGKASA dan LPNM, perkongsian kepakaran, sumber dan pengalaman boleh menjadikan industri tersebut lebih berjaya dan menguntungkan buat koperasi yang terlibat. Hadir sama di majlis tersebut ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Terengganu, Haji Mohamed Yusoff dan wakil Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Terengganu, Encik Muhammad Siraj Munir Zulkepli. Ladang ANGKASA yang berkeluasan 30 ekar itu memulakan tanaman nanas sebagai tanaman rencam bagi memaksimumkan penggunaan tanah sebelum operasi tanaman kelapa jenis Sungai Gulang-Gulang (SGG) dimulakan. Sulur tersebut mula ditanam secara berperingkat di bawah kelolaan ANGKASA Negeri Terengganu sejak September 2025 dan dijangka mengambil masa 14 bulan untuk matang dan boleh dijual.
Sebanyak 85 ribu sulur nanas jenis MD2 bernilai RM110,500 telah mula ditanam di Ladang ANGKASA yang terletak di Sungai Tong, Setiu, Terengganu. Sulur nanas sumbangan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Terengganu itu telah diserahkan kepada ANGKASA melalui 'Geran Penanaman Nanas Bernilai Tinggi' yang diluluskan oleh LPNM pada 11 Mei 2025 sebagai projek perintis. Pemberian sulur tersebut sekali gus menjadikannya sebagai antara projek tanaman nanas terbesar diusahakan di Negeri Terengganu. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, ANGKASA berhasrat untuk menjadikan tanaman nanas sebagai tanaman komoditi utama bagi koperasi di negeri itu. Menurut beliau, koperasi boleh menjadikan Ladang ANGKASA sebagai sumber rujukan bagi mendapatkan panduan dan khidmat nasihat
Sebanyak 85 ribu sulur nanas jenis MD2 telah ditanam di Ladang ANGKASA yang berkeluasan 30 ekar.
INFO SEMASA
8
Wadah
NOVEMBER 2025
Kejohanan Golf Amal ANGKASA 2025: Platform Erat Hubungan Sesama Koperasi
Peserta Kejohanan Golf Amal Piala Presiden ANGKASA 2025 bergambar berkumpulan sebelum acara bermula di Kota Seriemas Golf & Country Club, Nilai, Negeri Sembilan pada 15 November 2025.
Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
Kejohanan Golf Amal Piala Presiden ANGKASA 2025 yang berlangsung di Kota Seriemas Golf & Country Club, Nilai, Negeri Sembilan pada 15 November 2025 menjadi platform penting dalam usaha untuk mengeratkan lagi hubungan antara koperasi, pihak korporat dan komuniti setempat. Kejohanan tersebut yang dianjurkan oleh ANGKASA Negeri Sembilan bersama Yayasan ANGKASA juga merupakan salah satu usaha bagi mengangkat peranan koperasi sebagai pemacu sosial dan ekonomi negara. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, sokongan padu yang diterima daripada peserta, termasuk wakil agensi kerajaan dan rakan korporat, membuktikan bahawa aktiviti sukan mampu menjadi jambatan penyatuan masyarakat merentas sektor. Menurut beliau, penganjuran tahun ini juga mendapat suntikan dan sokongan besar daripada para penaja utama seperti Optimax Eye Specialist bagi kategori VVIP serta ANGKASA dan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) bagi kategori VIP. Turut menyumbang ialah Coshare Holding Berhad, KV Resources Sdn. Bhd, Fibra Marine Manufacture & Trading, MCCM Resources Sdn. Bhd. dan Real Data Matrix Sdn. Berhad (RDM). Sumbangan mereka bukan sahaja memeriahkan kejohanan, malah mengukuhkan jaringan kerjasama strategik antara koperasi dengan sektor swasta. Selain menjadi medan pertemuan pelbagai pihak, kejohanan ini juga memainkan peranan penting dalam menjana dana bagi Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA. Tabung itu memberi peluang kepada anak- anak anggota koperasi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, sekali gus melahirkan modal insan berdaya saing untuk memimpin gerakan koperasi pada masa hadapan. Dana yang dikumpulkan telah membantu ramai
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama peserta kejohanan.
pelajar berpotensi mencapai impian pendidikan mereka. Para penyumbang juga menerima manfaat tambahan melalui kelayakan pelepasan cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967, menjadikan penyertaan mereka bukan sahaja bersifat kebajikan tetapi juga memberikan kelebihan dari sudut fiskal. Inisiatif seperti ini membuktikan bahawa gerakan koperasi bukan sahaja terlibat dalam pembangunan ekonomi, malah turut mengutamakan tanggungjawab sosial dalam memperkasa masyarakat. Kejohanan Golf Amal Piala Presiden ANGKASA 2025 berjaya menyerlahkan imej koperasi sebagai gerakan progresif, inklusif dan berjiwa besar. Kejayaan penganjuran itu menjadi simbol bahawa apabila seluruh pihak berganding bahu, matlamat bersama mampu dicapai dengan cemerlang. Seramai 116 pemain menyertai kejohanan kali ini termasuk wakil dari sektor awam dan swasta. Barisan kepimpinan ANGKASA yang turut serta ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, barisan Naib Presiden ANGKASA, Anggota
Peserta menunjukkan kemahiran bermain golf.
Lembaga Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Encik Azizul Alias, Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Sembilan, Hajah Noorizan Abd Latif, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman Kumpulan ANGKASA, Dato' Shaharudin Mohd. Sa'ad dan Penasihat Korporat (Sektor Kewangan) ANGKASA, Puan Rihatun Abddah Meor Zainal Abidin. ANGKASA (Wakil
INFO SEMASA
9
Wadah
NOVEMBER 2025
Peningkatan Jumlah Saham Koperasi Ahli Bukti Kecemerlangan KOPSYA
Oleh: MOHD ZAKUAN AZMI
Pencapaian dan konsistensi tadbir urus cemerlang Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) telah terbukti berjaya sekali gus meningkatkan keyakinan ahlinya apabila sebanyak 53 buah koperasi ahli KOPSYA di Pulau Pinang bersetuju meningkatkan jumlah saham masing-masing. Majlis serahan rasmi saham dengan jumlah keseluruhan RM2,015,000 itu telah dibuat dalam satu Majlis Makan Malam bersama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli Ngah Talib bertempat di Bertam Resort Penang, Pulau Pinang pada 11 November 2025. Pengerusi KOPSYA merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya menyatakan rasa penghargaan dan terima kasih atas sokongan koperasi ahli yang terus memberikan kepercayaan terhadap KOPSYA menerusi peningkatan jumlah saham. Katanya, peningkatan jumlah saham bukan sahaja dapat membantu lebih banyak koperasi ahli meningkatkan pembangunan ekonomi melalui pelaburan perniagaan, malah jumlah keuntungan hasil pelaburan dan pinjaman yang disalurkan itu juga dapat memberi kesan positif terhadap masa depan KOPSYA dan seluruh koperasi ahlinya Menurut beliau, sebanyak 1,887 buah koperasi seluruh negara telah menjadi ahli KOPSYA dengan jumlah saham terkumpul sehingga kini sebanyak RM77.9 juta iaitu tambahan sebanyak RM9.5 juta berbanding tahun 2024. KOPSYA juga turut melakar kejayaan bermakna pada tahun ini apabila diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebagai koperasi ke -17 dalam rekod 100 Koperasi Terbaik Negara. Kejayaan itu katanya jelas membuktikan tahap kekukuhan dan kecemerlangan KOPSYA yang telah berusia 14 tahun. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengerusi KOPSYA merangkap Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Dato' Ahmad Jamil Hashim, Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, barisan Naib Presiden ANGKASA, barisan Anggota Lembaga KOPSYA dan barisan Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri serta barisan Anggota Jawatankuasa ANGKASA Negeri Pulau Pinang.
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli Ngah Talib (duduk, tengah) bergambar bersama barisan kepimpinan Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) dalam satu Majlis Makan Malam di Bertam Resort Penang, Pulau Pinang pada 11 November 2025.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menerima cek penambahan saham KOPSYA daripada salah satu koperasi sambil disaksikan oleh TYT Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib.
INFO SEMASA
10
Wadah
NOVEMBER 2025
MTTSB Meterai MoU Program Jelajah Borneo dengan 23 Rakan Strategik di Sabah
Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud (duduk, tengah) bergambar bersama tetamu yang hadir selepas selesai Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Program Jelajah Borneo antara MyANGKASA Travel & Tours Sdn. Bhd. (MTTSB) dengan rakan strategik pelancongan negeri Sabah bagi Program Jelajah Borneo di Kota Kinabalu, Sabah pada 16 November 2025.
Oleh: NADIAH KAMARUDIN
Jelajah Koperasi (JEJAK) 2024–2025, dengan sasaran membantu sekurang-kurangnya 100 koperasi di bawah program tersebut menjelang 2026. Beliau turut berkongsi perkembangan terbaharu pindaan Rang Undang-Undang Koperasi 2026 yang kini di peringkat akhir penggubalan di Jabatan Peguam Negara. KUSKOP dijangka membentangkan Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh dua minggu sebelum bacaan pertama di Parlimen. Menurutnya lagi, Kementerian Pelancongan secara prinsip bersetuju meminda Akta Pelancongan bagi mengiktiraf koperasi pelancongan sebagai antara pemain rasmi industri pelancongan. Perubahan itu kelak membolehkan koperasi menjalankan aktiviti pelancongan tanpa perlu menubuhkan anak
MyANGKASA Travel & Tours Sdn. Bhd. (MTTSB) mengorak langkah dalam sektor pelancongan menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama 23 rakan strategik pelancongan negeri Sabah bagi Program Jelajah Borneo. Majlis pemeteraian kerjasama yang melibatkan 19 koperasi serta empat penyedia perkhidmatan pelancongan tempatan di sekitar Negeri di Bawah Bayu itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud di Kota Kinabalu, Sabah pada 16 November 2025. Beliau dalam ucapannya menyatakan bahawa Sabah sememangnya mempunyai kekuatan pelancongannya yang tersendiri. "Kita sebut sahaja apa produk pelancongan yang kita inginkan, Sabah pada asasnya mempunyai semuanya," katanya. "Saya amat yakin bahawa MoU yang ditandatangani antara ANGKASA menerusi MyANGKASA Travel & Tours Sdn. Bhd. dengan koperasi-koperasi pelancongan Sabah pada hari ini akan menjadi satu pemangkin pada pembangunan sosioekonomi pelancongan di peringkat kampung dan juga komuniti setempat," tambah beliau. Di samping itu, beliau memaklumkan bahawa dalam Rancangan Malaysia Ke-13, koperasi diangkat sebagai sektor pemangkin ekonomi dan sektor ketiga negara, dengan beberapa peruntukan baharu disediakan bagi memperkasa pembangunan koperasi. Bagi menyokong koperasi pelancongan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah memperuntukkan RM2 juta bagi insentif Jom
YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee dalam ucapannya menyatakan bahawa Sabah sememangnya mempunyai kekuatan pelancongannya yang tersendiri.
YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bersama wakil koperasi yang menandatangani MoU bersama MTTSB.
INFO SEMASA
11
Wadah
NOVEMBER 2025
ANGKASA pada 2024 telah melahirkan beberapa pakej pelancongan baharu yang direka oleh MTTSB untuk ditawarkan dan dilaksanakan oleh rakan-rakan strategik yang terlibat. MoU yang ditandatangani memberi fokus terhadap pembangunan dan promosi pakej pelancongan baharu iaitu 'Kembara Jelajah Borneo', satu inisiatif strategik yang bertujuan meningkatkan daya tarikan Sabah sebagai pintu masuk utama ke destinasi Borneo. Pakej itu dirangka untuk menawarkan pengalaman lengkap merangkumi warisan budaya tempatan, keindahan alam semula jadi, produk pelancongan komuniti serta penginapan yang dikendalikan koperasi dan penyedia tempatan sekali gus memberikan nilai tambah yang lebih asli kepada pelancong dari dalam dan luar negara. Hadir sama ialah Pengerusi SKM, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B), Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Datuk Mohd Ali Mansor, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Haji Azam Sulaiman, Ketua Penolong Pengarah (Operasi dan Kawal Selia) SKM Cawangan Negeri Sabah, Puan Raftica Supaat, Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi MTTSB, Dato' Haji Kamarudin Ismail, Anggota Lembaga ANGKASA, Encik Azizul Alias, Pengerusi ANGKASA Negeri Sabah, Dr. Zhamriee Gulamrasul, Pengarah Taman-Taman Sabah, Datuk Dr. Maklarin Lakim dan Pengarah Tourism Malaysia Sabah, Cik Haryanty Abu Bakar. MTTSB ialah anak syarikat milik penuh MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. yang juga anak syarikat milik penuh ANGKASA yang telah diperbadankan pada Januari 2024.
Sebahagian tetamu yang hadir.
syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Beliau yakin pengiktirafan tersebut akan membuka lebih banyak ruang untuk koperasi terlibat secara aktif dalam sektor pelancongan serta meningkatkan pendapatan mereka. Sabah kini mempunyai sebanyak 1,994 koperasi dengan keanggotaan 376,000 orang, perolehan terkumpul melebihi RM774 juta dan jumlah aset menghampiri RM1 bilion. Daripada jumlah itu, terdapat 17 koperasi terlibat secara aktif dalam sektor pelancongan dan mencatat pendapatan kira-kira RM21.5 juta pada 2024.
Terdahulu, ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata ANGKASA mengambil inisiatif memperkukuh penglibatan koperasi Presiden dalam sektor pelancongan dengan memastikan wujud sebuah entiti yang mematuhi keperluan undang-undang bagi menjalankan aktiviti sektor tersebut. Beliau menjelaskan bahawa MTTSB akan bertindak sebagai agensi peneraju dalam menggerakkan pembangunan produk pelancongan koperasi di Sabah. Menurutnya, hasil Kembara Jelajah Borneo yang disertai kepimpinan
ANGKASA Pantau Projek Ternakan Tilapia oleh DAKATA
DAKATA
adalah
antara
20
koperasi
terpilih
yang
telah peruntukan sebanyak RM100,000 di bawah Program SejaTi MADANI bagi melaksanakan projek di bawah Sektor Akuakultur. Peruntukan itu disalurkan menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan menerima Perdana Menteri dan diselia oleh ANGKASA menerusi ANGKASA Negeri Sabah yang turut menjadi pemantau pelaksanaan projek koperasi berkenaan. DAKATA kini mengendalikan sembilan kolam ternakan, setiap satunya menempatkan sehingga maksimum 900 anak ikan tilapia. Turut serta dalam lawatan itu ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail, Pengerusi ANGKASA Negeri Sabah, Dr. Zhamriee Gulamrasul dan Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika mengetuai lawatan ANGKASA ke projek ternakan ikan tilapia yang diusahakan oleh Koperasi Pembangunan Dakata Sabah Berhad (DAKATA) di Kampung Kiranau Inobong, Penampang, Sabah pada 16 November 2025.
Oleh: NADIAH KAMARUDIN
Sehubungan itu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah telah turun padang bagi melihat sendiri perkembangan projek ternakan ikan tilapia yang diusahakan oleh Koperasi Pembangunan Dakata Sabah Berhad (DAKATA) di Kampung Kiranau Inobong, Penampang, Sabah pada 16 November 2025.
ANGKASA terus memberi keutamaan kepada pemantauan berkala bagi memastikan kejayaan pelaksanaan projek di bawah Program SejaTi MADANI, khususnya dalam memperkasakan koperasi luar bandar.
PENGANTARABANGSAAN
12
Wadah
NOVEMBER 2025
ANGKASA Seru Kerjasama Serantau Pacu Pengukuhan Perdagangan Koperasi Asia Pasifik
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia dan Pasifik (ICA-AP) merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bersama wakil delegasi ICA pada Majlis Pembukaan Persidangan Promosi Perdagangan China - Asia Tengah sempena Sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 di National Exhibition and Convention Center (NECC), Shanghai pada 7 November 2025.
Oleh: NORASHIKIN LEMAN
ANGKASA menyeru agar Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 (IYC 2025) dijadikan lonjakan baharu bagi memperkukuh kerjasama serantau khususnya dalam memperluas perdagangan digital dan membina keupayaan e-dagang gerakan koperasi. Perkara itu dizahirkan oleh Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia dan Pasifik (ICA-AP), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menerusi penyertaan ANGKASA dalam ICA Exhibition and Cooperative Forum at China International Import Expo (CIIE) 2025. Program tersebut berlangsung dari 4 hingga 9 November 2025 di National Exhibition and Convention Center (NECC), Shanghai sempena sambutan IYC 2025. Menerusi pembentangan dalam Co- operatives Empowering Sustainable Trade and Supply Chain ICA Trade and Development Forum , Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menegaskan bahawa koperasi bukan sekadar entiti ekonomi, malah juga ejen pembangunan sosial yang menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dengan mengutamakan nilai kebersamaan, tanggungjawab sosial dan keadilan ekonomi. Menurutnya, di peringkat global, gerakan koperasi kini merangkumi lebih satu bilion anggota dan telah mewujudkan 280 juta peluang pekerjaan, mewakili kira-kira 12 peratus tenaga kerja dunia. Manakala di Asia Pasifik, dengan keanggotaan lebih 180 juta orang, koperasi memainkan peranan penting dalam menjamin
Ketua Pengarah ICA, Jeroen Douglas menyampaikan ucapan pada Pembukaan Persidangan Promosi Perdagangan China - Asia Tengah.
“Sebagai contoh, Malaysian Business Office (MBO) yang diluluskan oleh ICA-AP di Kobe, Jepun pada tahun 2013 yang diterajui bersama oleh pegawai dari China, Jepun, Korea dan Malaysia telah menjadi pusat operasi utama bagi aktiviti perdagangan koperasi. Sejak penubuhannya, MBO telah menganjurkan pelbagai misi dagangan, bengkel, pameran dan sesi pemadanan perniagaan yang telah membuka peluang baharu serta memperkukuh kolaborasi antara koperasi di rantau Asia Pasifik,” jelas beliau. “Namun begitu, masih terdapat cabaran dalam membina rangka kerja perdagangan koperasi yang benar-benar inklusif. Bagi menangani cabaran tersebut, koperasi perlu disepadukan dalam dasar perdagangan nasional
keselamatan makanan, membina ketahanan komuniti serta memacu pertumbuhan ekonomi mampan yang berpaksikan rakyat. “Sehubungan itu, Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ICA-AP memainkan peranan penting dalam menjadi wadah utama bagi memperkukuh rangkaian perdagangan koperasi di peringkat serantau. Jawatankuasa ini berfungsi sebagai jambatan yang menghubungkan koperasi dari pelbagai negara, menggalakkan pertukaran pengetahuan, inovasi digital serta memperkukuh kedudukan koperasi dalam dasar perdagangan antarabangsa,” katanya. Beliau berkata demikian menerusi pembentangan bertajuk ‘Asia Pacific: Strengthening the Framework for Cooperative Trade’.
INFO SEMASA PENGANTARABANGSAAN
13
Wadah
NOVEMBER 2025
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bergambar bersama wakil delegasi Malaysia antaranya Ketua Pegawai Operasi Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO), Encik Mohd Safwan Zulmani (tiga dari kanan) dan Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Rezza Productive (M) Sdn. Bhd., Encik Mohd Amir Redza Mohammad Munir (dua dari kanan).
Presiden All-China Federation of Supply and Marketing Cooperatives (ACFSMC), Adili Wubuli (tengah) ketika mengunjungi reruai ANGKASA.
Kakitangan ANGKASA menunjukkan beberapa produk keluaran koperasi di Malaysia yang dipamerkan sepanjang China International Import Expo (CIIE) 2025.
Pengunjung melihat produk koperasi yang dipamerkan.
China Federation of Supply and Marketing Co- operatives (ACFSMC) serta National Association of Cooperatives and Other Forms of Economic Communities of Kazakhstan, dianjurkan dengan kerjasama Shanghai Municipal Federation of Supply and Marketing Co-operatives serta China- ASEAN Chamber of Agricultural Commerce (CACAC).
Selain daripada aktiviti Lancang-Mekong Cooperation Forum dan pameran khas di CIIE 2025,delegasiANGKASAturuttelahmengadakan kunjungan ke Shanghai Sanyang Co-op dan National Specialty Food Store dalam usaha membuka peluang kepada koperasi Malaysia memperluas hubungan strategik dan mengenal pasti potensi kolaborasi baharu dalam bidang pertanian, makanan halal dan perdagangan digital.
dan serantau. Pemudahcaraan piawaian serta pensijilan rentas sempadan, pembangunan keupayaan dan kesiapsiagaan digital juga penting, di samping pengukuhan sumber pembiayaan serta pelaburan bagi meningkatkan daya saing koperasi dalam ekonomi global berasaskan transformasi digital,” tambah beliau. ICA Exhibition and Cooperative Forum at CIIE 2025 yang dihoskan oleh ICA dan All-
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bersama delegasi ICA yang menyertai ICA Exhibition and Cooperative Forum @ CIIE 2025.
PENGANTARABANGSAAN
14
Wadah
NOVEMBER 2025
Deklarasi Shanghai Lakar Hala Tuju Baharu Perdagangan Global Koperasi
Forum Perdagangan dan Pembangunan ICA: Koperasi Memperkasakan Perdagangan dan Rantaian Bekalan Lestari mengumpulkan 42 wakil delegasi ICA daripada pelbagai negara pada 7 November 2025 di Shanghai, China.
Sesi perbincangan resolusi sempena forum yang diadakan.
Ketua Pengarah ICA, Jeroen Douglas (enam dari kiri) ketika mengetuai forum.
Oleh: NORASHIKIN LEMAN
ketelusan, inovasi digital serta penambahbaikan berterusan. Bagi Malaysia, penyertaan dalam deklarasi ini memperkukuhkan komitmen negara sebagai rakan strategik dalam memperkasa gerakan koperasi serantau dan global,” ujarnya. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah yang turut menyampaikan pembentangan bertajuk ‘Membina Kerangka Kerjasama Serantau Asia- Pasifik: Memperkukuh Kerangka Perdagangan Koperasi’ dalam sesi perbincangan resolusi tersebut menegaskan bahawa, koperasi bukan sahaja pemangkin kepada ekonomi rakyat, bahkan juga platform penting dalam memperjuangkan keadilan ekonomi dan kesejahteraan sejagat. Forum yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah ICA, Jeroen Douglas, disertai oleh 42 wakil daripada pelbagai negara anggota termasuk Bangladesh, Bulgaria, China, Fiji, Filipina, India, Itali, Jordan, Kazakhstan, Kenya, Korea, Malaysia, Mongolia, Nepal, Belanda, Singapura, Sri Lanka dan Vietnam. Deklarasi Shanghai kini menjadi dokumen panduan utama yang akan mengemudi hala tuju gerakan koperasi antarabangsa dalam dekad mendatang, dengan tekad bersama untuk membina masa depan perdagangan yang adil, inklusif dan berasaskan nilai kemanusiaan sejagat.
Turut digariskan ialah Perdagangan Koperasi Berteraskan Pembangunan, Menggerakkan Satu Peratus (1%) Golongan Terkaya Dunia, Label Koperasi, Dasar Kerajaan, Sokongan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) terhadap Koperasi serta Ekonomi Sosial dan Solidariti dan Masa Depan Anggota Koperasi. “Ini dokumen penting yang menandakan iltizam seluruh rantau untuk membina gerakan koperasi yang lebih berdaya tahan, inovatif, dinamik dan berpaksikan anggota. Deklarasi Shanghai menegaskan bahawa perdagangan koperasi perlu menjadi teras utama strategi pembangunan koperasi masa hadapan, khususnya di rantau Asia Tengah dan Afrika yang sedang pesat membangun,” jelasnya. “Menariknya, deklarasi ini turut mencetuskan wacana global mengenai tanggungjawab golongan satu peratus terkaya dunia yang menguasai hampir separuh kekayaan global. Mereka digesa menyertai agenda koperasi dalam membiayai inisiatif sosial yang berpotensi mewujudkan pekerjaan besar-besaran serta menghapuskan kemiskinan struktur melalui model ekonomi koperasi,” tambah beliau. “Deklarasi ini turut menekankan keperluan memperkukuh identiti dan pengiktirafan koperasi di peringkat antarabangsa melalui penjenamaan Co-op Label dan domain ‘.coop’ sebagai tanda dagangan global yang menjamin
Ikatan (ICA) mencatat pencapaian penting pada Forum Perdagangan dan Pembangunan ICA: Koperasi Memperkasakan Perdagangan dan Rantaian Bekalan Lestari apabila Deklarasi Shanghai: Strategi Pendidikan bagi Memperkukuh Masa Depan Perdagangan Koperasi diumumkan sebagai hala tuju masa depan perdagangan global koperasi. Koperasi Antarabangsa Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia dan Pasifik (ICA-AP), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, deklarasi sempena sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 (IYC 2025) itu menjadi penanda penting dalam usaha memperkukuh rangka kerja kerjasama koperasi serantau dan global ke arah ekonomi yang lebih adil, inklusif dan mampan. Usaha itu selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Menurutnya, Deklarasi Shanghai merangkumi 11 tonggak utama, antaranya adalah Hala Tuju Masa Depan Perdagangan Koperasi, Perubahan Iklim dan Kecerdasan Buatan (AI), Peranan ICA Melangkaui Perdagangan, Pameran Perdagangan Koperasi dan Keselamatan Makanan serta SDG Baharu: Melangkaui Tahun 2030.
INFO SEMASA PENGANTARABANGSAAN
15
Wadah
NOVEMBER 2025
Shanghai Declaration: Lessons Taken for the Future of Cooperative Trade 1. Future Direction of Cooperative Trade Cooperative trade should be central to future cooperative strategies, especially for rapidly growing movements in Central Asia and Africa. Supporting producer cooperatives from developing countries - along with finance and service providers, retailers and policy makers - to integrate into international value chains should be part of long-term win-win strategies of cooperatives from developed countries. 2. Climate Change and Artificial Intelligence (AI) Cooperatives are among the most vibrant and impactful parts of civil society at the global level. They are called to take a position and act on the urgent global challenges: climate change and AI. Applying AI to climate solutions is a especially promising field in which cooperatives can be highly effective. 3. ICA’s Role Beyond Trade ICA’s role should concentrate on how cooperatives can use AI not only to serve their members, but also to benefit nations and the planet. ICA’s mandate can be further strengthened by leveraging cooperative trade to engage institutions such as the WTO and to advocate for more transparent people-cantered trade rules. Cooperatives believe that an international trade based on value-cantered enterprises is one of the most effective channels to foster robust dialogue among people worldwide and to promote peace. 4. Co-op Trade Fairs and Food Security Cooperative trade fairs should be both physical and digital, and integrated with e-commerce to advance fair trade. Cooperative trade fairs can show the positive role of trade in achieving food security, reducing poverty, creating decent work, and promoting social inclusion. 5. New SDGs: Beyond 2030 Starting with the Doha Social Summit, cooperatives should inform the international community - including the UN and regional fora - and take positions and actions towards the next set of UN development goals that will follow the SDGs, advocating for a broader role for cooperatives and the wider social and solidarity economy (SSE). 6. Cooperative Trade with a Development Component In future, UN family cooperative development projects should include promotion of trade among cooperatives, alongside strengthening cooperative supply chains, and investing in staff training and human resource development. 7. Mobilizing the World’s Richest 1% According to Oxfam, the richest 1% of the global population own 43% of global wealth. What do they think about cooperatives? Can they be motivated to help poverty reduction through cooperatives? Can they finance cooperative-led initiatives that create mass employment and help eradicate poverty? 8. Co-op Label The Co-op Label should evolve into a recognized global trademark for cooperatives, but this will require sustained effort. ICA can define performance-based norms and indicators, supported by digital platforms that ensure transparency and continuous improvement. The “.coop” domain and coordinated cooperative communications also deserve strategic attention. 9. Government Policies ILO Recommendation No.193 is a precious reference for government policy on cooperatives. Is it still up to date and sufficient to safeguard authority and independence? How might these be further strengthened? What lessons can we draw from India’s experience, where cooperatives are recognized in the Constitution and a dedicated Ministry of Cooperation has been established? With the WTO, we can advocate for trade rules and related dispute resolution approaches that better reflect cooperative values and principles within the multilateral system. 10. Belt and Road Initiative (BRI) Support for Cooperatives BRI-supported infrastructure can help cooperatives bring products to market. Going forward, cooperatives should promote local ownership of BRI-funded assets. Cross-border initiatives similar to the BRI should adopt the same approach to promote local ownership. 11. Social and Solidarity Economy Cooperatives make up the majority of enterprises in the SSE. They should therefore lead efforts to raise public awareness about people-cantered business models. 12. Future of Cooperative Members With AI-driven robotics expected to make real-time decisions, work safely alongside people, and solve problems faster than traditional automation, cooperatives may need to revise membership policies. Should co-ops account for both “homo sapiens” and “homo digitalis”?
www.angkasa.coop @AngkasaCoop
#IYC2025 #TahunKoperasiAntarabangsa2025 #KoperasiMembinaKesejahteraanSejagat #KitaKoperasi #MenjulangAspirasiKoperasi #SejutaPokokCoop
INFO SEMASA
16
Wadah
NOVEMBER 2025
Kempen Derma Darah CoopCare ANGKASA: Semangat Kebersamaan Selamatkan Nyawa
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh bersama Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Shaharudin Mohd Sa’ad hadir bagi memberi sokongan moral kepada kakitangan ANGKASA yang menderma darah.
Kakitangan ANGKASA yang menderma darah menerima sijil penghargaan dan baucar Coopfarmasi bernilai RM50.
Oleh: MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR
Seramai 130 warga ANGKASA dan komuniti sekitar Petaling Jaya telah berdaftar, dan daripada jumlah tersebut, 83 orang telah berjaya menderma darah dalam Kempen Derma Darah CoopCare ANGKASA yang berlangsung di Dewan Dato’ Mohd Ali Baharum, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 6 November 2025. Program anjuran Bahagian Korporat ANGKASA itu dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menyemai kesedaran tentang pentingnya pendermaan darah dalam menyelamatkan nyawa. Program tersebut turut mendapat suntikan semangat apabila Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh hadir bagi memberi sokongan moral kepada para penderma. Beliau bersama Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Shaharudin Mohd Sa’ad meninjau perjalanan kempen dan beramah mesra dengan peserta yang terlibat. Dalam ucapan ringkasnya, Dato’ Haji Abdullah menzahirkan penghargaan kepada semua penderma yang disifatkan sebagai insan terpilih kerana sumbangan mereka memberi makna besar kepada masyarakat yang memerlukan. Menurut beliau, tindakan menderma darah bukan sahaja menyelamatkan nyawa malah mencerminkan semangat patriotik rakyat terhadap negara. Nilai kemanusiaan yang ditunjukkan melalui amalan tersebut menjadi lambang kepada budaya saling
Kempen Derma Darah CoopCare ANGKASA dianjurkan oleh ANGKASA menerusi Bahagian Korporat ANGKASA dengan kerjasama Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia.
membantu yang menjadi asas kepada gerakan koperasi di Malaysia. Kempen yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang itu berjalan lancar dengan penyertaan aktif warga ANGKASA. Setiap penderma yang berjaya menerima sijil penyertaan daripada Pusat Darah Negara, baucar Coopfarmasi atau ANGKASAMart bernilai RM50 serta cuti tanpa rekod bagi kakitangan ANGKASA yang terlibat. Inisiatif berkenaan bukan sekadar galakan, malah juga penghargaan kepada semangat kebersamaan yang ditonjolkan. Kempen Derma Darah CoopCare ANGKASA membuktikan bahawa keprihatinan sosial dan semangat gotong- royong masih kukuh dalam kalangan warga koperasi. Usaha itu selaras dengan matlamat ANGKASA untuk terus menjadi peneraju gerakan koperasi yang bukan sahaja menjana ekonomi malah berperanan aktif dalam pembangunan kesejahteraan masyarakat.
Salah seorang kakitangan ANGKASA yang menderma darah.
Penderma darah perlu menjalani saringan kesihatan sebelum menderma.
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease