INFO SEMASA
10
Wadah
NOVEMBER 2025
MTTSB Meterai MoU Program Jelajah Borneo dengan 23 Rakan Strategik di Sabah
Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud (duduk, tengah) bergambar bersama tetamu yang hadir selepas selesai Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Program Jelajah Borneo antara MyANGKASA Travel & Tours Sdn. Bhd. (MTTSB) dengan rakan strategik pelancongan negeri Sabah bagi Program Jelajah Borneo di Kota Kinabalu, Sabah pada 16 November 2025.
Oleh: NADIAH KAMARUDIN
Jelajah Koperasi (JEJAK) 2024–2025, dengan sasaran membantu sekurang-kurangnya 100 koperasi di bawah program tersebut menjelang 2026. Beliau turut berkongsi perkembangan terbaharu pindaan Rang Undang-Undang Koperasi 2026 yang kini di peringkat akhir penggubalan di Jabatan Peguam Negara. KUSKOP dijangka membentangkan Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh dua minggu sebelum bacaan pertama di Parlimen. Menurutnya lagi, Kementerian Pelancongan secara prinsip bersetuju meminda Akta Pelancongan bagi mengiktiraf koperasi pelancongan sebagai antara pemain rasmi industri pelancongan. Perubahan itu kelak membolehkan koperasi menjalankan aktiviti pelancongan tanpa perlu menubuhkan anak
MyANGKASA Travel & Tours Sdn. Bhd. (MTTSB) mengorak langkah dalam sektor pelancongan menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama 23 rakan strategik pelancongan negeri Sabah bagi Program Jelajah Borneo. Majlis pemeteraian kerjasama yang melibatkan 19 koperasi serta empat penyedia perkhidmatan pelancongan tempatan di sekitar Negeri di Bawah Bayu itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud di Kota Kinabalu, Sabah pada 16 November 2025. Beliau dalam ucapannya menyatakan bahawa Sabah sememangnya mempunyai kekuatan pelancongannya yang tersendiri. "Kita sebut sahaja apa produk pelancongan yang kita inginkan, Sabah pada asasnya mempunyai semuanya," katanya. "Saya amat yakin bahawa MoU yang ditandatangani antara ANGKASA menerusi MyANGKASA Travel & Tours Sdn. Bhd. dengan koperasi-koperasi pelancongan Sabah pada hari ini akan menjadi satu pemangkin pada pembangunan sosioekonomi pelancongan di peringkat kampung dan juga komuniti setempat," tambah beliau. Di samping itu, beliau memaklumkan bahawa dalam Rancangan Malaysia Ke-13, koperasi diangkat sebagai sektor pemangkin ekonomi dan sektor ketiga negara, dengan beberapa peruntukan baharu disediakan bagi memperkasa pembangunan koperasi. Bagi menyokong koperasi pelancongan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah memperuntukkan RM2 juta bagi insentif Jom
YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee dalam ucapannya menyatakan bahawa Sabah sememangnya mempunyai kekuatan pelancongannya yang tersendiri.
YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bersama wakil koperasi yang menandatangani MoU bersama MTTSB.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease