INFO SEMASA
11
Wadah
NOVEMBER 2025
ANGKASA pada 2024 telah melahirkan beberapa pakej pelancongan baharu yang direka oleh MTTSB untuk ditawarkan dan dilaksanakan oleh rakan-rakan strategik yang terlibat. MoU yang ditandatangani memberi fokus terhadap pembangunan dan promosi pakej pelancongan baharu iaitu 'Kembara Jelajah Borneo', satu inisiatif strategik yang bertujuan meningkatkan daya tarikan Sabah sebagai pintu masuk utama ke destinasi Borneo. Pakej itu dirangka untuk menawarkan pengalaman lengkap merangkumi warisan budaya tempatan, keindahan alam semula jadi, produk pelancongan komuniti serta penginapan yang dikendalikan koperasi dan penyedia tempatan sekali gus memberikan nilai tambah yang lebih asli kepada pelancong dari dalam dan luar negara. Hadir sama ialah Pengerusi SKM, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B), Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Datuk Mohd Ali Mansor, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Haji Azam Sulaiman, Ketua Penolong Pengarah (Operasi dan Kawal Selia) SKM Cawangan Negeri Sabah, Puan Raftica Supaat, Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi MTTSB, Dato' Haji Kamarudin Ismail, Anggota Lembaga ANGKASA, Encik Azizul Alias, Pengerusi ANGKASA Negeri Sabah, Dr. Zhamriee Gulamrasul, Pengarah Taman-Taman Sabah, Datuk Dr. Maklarin Lakim dan Pengarah Tourism Malaysia Sabah, Cik Haryanty Abu Bakar. MTTSB ialah anak syarikat milik penuh MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. yang juga anak syarikat milik penuh ANGKASA yang telah diperbadankan pada Januari 2024.
Sebahagian tetamu yang hadir.
syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Beliau yakin pengiktirafan tersebut akan membuka lebih banyak ruang untuk koperasi terlibat secara aktif dalam sektor pelancongan serta meningkatkan pendapatan mereka. Sabah kini mempunyai sebanyak 1,994 koperasi dengan keanggotaan 376,000 orang, perolehan terkumpul melebihi RM774 juta dan jumlah aset menghampiri RM1 bilion. Daripada jumlah itu, terdapat 17 koperasi terlibat secara aktif dalam sektor pelancongan dan mencatat pendapatan kira-kira RM21.5 juta pada 2024.
Terdahulu, ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata ANGKASA mengambil inisiatif memperkukuh penglibatan koperasi Presiden dalam sektor pelancongan dengan memastikan wujud sebuah entiti yang mematuhi keperluan undang-undang bagi menjalankan aktiviti sektor tersebut. Beliau menjelaskan bahawa MTTSB akan bertindak sebagai agensi peneraju dalam menggerakkan pembangunan produk pelancongan koperasi di Sabah. Menurutnya, hasil Kembara Jelajah Borneo yang disertai kepimpinan
ANGKASA Pantau Projek Ternakan Tilapia oleh DAKATA
DAKATA
adalah
antara
20
koperasi
terpilih
yang
telah peruntukan sebanyak RM100,000 di bawah Program SejaTi MADANI bagi melaksanakan projek di bawah Sektor Akuakultur. Peruntukan itu disalurkan menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan menerima Perdana Menteri dan diselia oleh ANGKASA menerusi ANGKASA Negeri Sabah yang turut menjadi pemantau pelaksanaan projek koperasi berkenaan. DAKATA kini mengendalikan sembilan kolam ternakan, setiap satunya menempatkan sehingga maksimum 900 anak ikan tilapia. Turut serta dalam lawatan itu ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail, Pengerusi ANGKASA Negeri Sabah, Dr. Zhamriee Gulamrasul dan Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika mengetuai lawatan ANGKASA ke projek ternakan ikan tilapia yang diusahakan oleh Koperasi Pembangunan Dakata Sabah Berhad (DAKATA) di Kampung Kiranau Inobong, Penampang, Sabah pada 16 November 2025.
Oleh: NADIAH KAMARUDIN
Sehubungan itu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah telah turun padang bagi melihat sendiri perkembangan projek ternakan ikan tilapia yang diusahakan oleh Koperasi Pembangunan Dakata Sabah Berhad (DAKATA) di Kampung Kiranau Inobong, Penampang, Sabah pada 16 November 2025.
ANGKASA terus memberi keutamaan kepada pemantauan berkala bagi memastikan kejayaan pelaksanaan projek di bawah Program SejaTi MADANI, khususnya dalam memperkasakan koperasi luar bandar.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease