Wadah PELANCAR EDISI NOVEMBER 2025

PENGANTARABANGSAAN

12

Wadah

NOVEMBER 2025

ANGKASA Seru Kerjasama Serantau Pacu Pengukuhan Perdagangan Koperasi Asia Pasifik

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia dan Pasifik (ICA-AP) merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bersama wakil delegasi ICA pada Majlis Pembukaan Persidangan Promosi Perdagangan China - Asia Tengah sempena Sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 di National Exhibition and Convention Center (NECC), Shanghai pada 7 November 2025.

Oleh: NORASHIKIN LEMAN

ANGKASA menyeru agar Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 (IYC 2025) dijadikan lonjakan baharu bagi memperkukuh kerjasama serantau khususnya dalam memperluas perdagangan digital dan membina keupayaan e-dagang gerakan koperasi. Perkara itu dizahirkan oleh Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia dan Pasifik (ICA-AP), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menerusi penyertaan ANGKASA dalam ICA Exhibition and Cooperative Forum at China International Import Expo (CIIE) 2025. Program tersebut berlangsung dari 4 hingga 9 November 2025 di National Exhibition and Convention Center (NECC), Shanghai sempena sambutan IYC 2025. Menerusi pembentangan dalam Co- operatives Empowering Sustainable Trade and Supply Chain ICA Trade and Development Forum , Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menegaskan bahawa koperasi bukan sekadar entiti ekonomi, malah juga ejen pembangunan sosial yang menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dengan mengutamakan nilai kebersamaan, tanggungjawab sosial dan keadilan ekonomi. Menurutnya, di peringkat global, gerakan koperasi kini merangkumi lebih satu bilion anggota dan telah mewujudkan 280 juta peluang pekerjaan, mewakili kira-kira 12 peratus tenaga kerja dunia. Manakala di Asia Pasifik, dengan keanggotaan lebih 180 juta orang, koperasi memainkan peranan penting dalam menjamin

Ketua Pengarah ICA, Jeroen Douglas menyampaikan ucapan pada Pembukaan Persidangan Promosi Perdagangan China - Asia Tengah.

“Sebagai contoh, Malaysian Business Office (MBO) yang diluluskan oleh ICA-AP di Kobe, Jepun pada tahun 2013 yang diterajui bersama oleh pegawai dari China, Jepun, Korea dan Malaysia telah menjadi pusat operasi utama bagi aktiviti perdagangan koperasi. Sejak penubuhannya, MBO telah menganjurkan pelbagai misi dagangan, bengkel, pameran dan sesi pemadanan perniagaan yang telah membuka peluang baharu serta memperkukuh kolaborasi antara koperasi di rantau Asia Pasifik,” jelas beliau. “Namun begitu, masih terdapat cabaran dalam membina rangka kerja perdagangan koperasi yang benar-benar inklusif. Bagi menangani cabaran tersebut, koperasi perlu disepadukan dalam dasar perdagangan nasional

keselamatan makanan, membina ketahanan komuniti serta memacu pertumbuhan ekonomi mampan yang berpaksikan rakyat. “Sehubungan itu, Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ICA-AP memainkan peranan penting dalam menjadi wadah utama bagi memperkukuh rangkaian perdagangan koperasi di peringkat serantau. Jawatankuasa ini berfungsi sebagai jambatan yang menghubungkan koperasi dari pelbagai negara, menggalakkan pertukaran pengetahuan, inovasi digital serta memperkukuh kedudukan koperasi dalam dasar perdagangan antarabangsa,” katanya. Beliau berkata demikian menerusi pembentangan bertajuk ‘Asia Pacific: Strengthening the Framework for Cooperative Trade’.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease