PENGANTARABANGSAAN
14
Wadah
NOVEMBER 2025
Deklarasi Shanghai Lakar Hala Tuju Baharu Perdagangan Global Koperasi
Forum Perdagangan dan Pembangunan ICA: Koperasi Memperkasakan Perdagangan dan Rantaian Bekalan Lestari mengumpulkan 42 wakil delegasi ICA daripada pelbagai negara pada 7 November 2025 di Shanghai, China.
Sesi perbincangan resolusi sempena forum yang diadakan.
Ketua Pengarah ICA, Jeroen Douglas (enam dari kiri) ketika mengetuai forum.
Oleh: NORASHIKIN LEMAN
ketelusan, inovasi digital serta penambahbaikan berterusan. Bagi Malaysia, penyertaan dalam deklarasi ini memperkukuhkan komitmen negara sebagai rakan strategik dalam memperkasa gerakan koperasi serantau dan global,” ujarnya. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah yang turut menyampaikan pembentangan bertajuk ‘Membina Kerangka Kerjasama Serantau Asia- Pasifik: Memperkukuh Kerangka Perdagangan Koperasi’ dalam sesi perbincangan resolusi tersebut menegaskan bahawa, koperasi bukan sahaja pemangkin kepada ekonomi rakyat, bahkan juga platform penting dalam memperjuangkan keadilan ekonomi dan kesejahteraan sejagat. Forum yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah ICA, Jeroen Douglas, disertai oleh 42 wakil daripada pelbagai negara anggota termasuk Bangladesh, Bulgaria, China, Fiji, Filipina, India, Itali, Jordan, Kazakhstan, Kenya, Korea, Malaysia, Mongolia, Nepal, Belanda, Singapura, Sri Lanka dan Vietnam. Deklarasi Shanghai kini menjadi dokumen panduan utama yang akan mengemudi hala tuju gerakan koperasi antarabangsa dalam dekad mendatang, dengan tekad bersama untuk membina masa depan perdagangan yang adil, inklusif dan berasaskan nilai kemanusiaan sejagat.
Turut digariskan ialah Perdagangan Koperasi Berteraskan Pembangunan, Menggerakkan Satu Peratus (1%) Golongan Terkaya Dunia, Label Koperasi, Dasar Kerajaan, Sokongan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) terhadap Koperasi serta Ekonomi Sosial dan Solidariti dan Masa Depan Anggota Koperasi. “Ini dokumen penting yang menandakan iltizam seluruh rantau untuk membina gerakan koperasi yang lebih berdaya tahan, inovatif, dinamik dan berpaksikan anggota. Deklarasi Shanghai menegaskan bahawa perdagangan koperasi perlu menjadi teras utama strategi pembangunan koperasi masa hadapan, khususnya di rantau Asia Tengah dan Afrika yang sedang pesat membangun,” jelasnya. “Menariknya, deklarasi ini turut mencetuskan wacana global mengenai tanggungjawab golongan satu peratus terkaya dunia yang menguasai hampir separuh kekayaan global. Mereka digesa menyertai agenda koperasi dalam membiayai inisiatif sosial yang berpotensi mewujudkan pekerjaan besar-besaran serta menghapuskan kemiskinan struktur melalui model ekonomi koperasi,” tambah beliau. “Deklarasi ini turut menekankan keperluan memperkukuh identiti dan pengiktirafan koperasi di peringkat antarabangsa melalui penjenamaan Co-op Label dan domain ‘.coop’ sebagai tanda dagangan global yang menjamin
Ikatan (ICA) mencatat pencapaian penting pada Forum Perdagangan dan Pembangunan ICA: Koperasi Memperkasakan Perdagangan dan Rantaian Bekalan Lestari apabila Deklarasi Shanghai: Strategi Pendidikan bagi Memperkukuh Masa Depan Perdagangan Koperasi diumumkan sebagai hala tuju masa depan perdagangan global koperasi. Koperasi Antarabangsa Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia dan Pasifik (ICA-AP), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, deklarasi sempena sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 (IYC 2025) itu menjadi penanda penting dalam usaha memperkukuh rangka kerja kerjasama koperasi serantau dan global ke arah ekonomi yang lebih adil, inklusif dan mampan. Usaha itu selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Menurutnya, Deklarasi Shanghai merangkumi 11 tonggak utama, antaranya adalah Hala Tuju Masa Depan Perdagangan Koperasi, Perubahan Iklim dan Kecerdasan Buatan (AI), Peranan ICA Melangkaui Perdagangan, Pameran Perdagangan Koperasi dan Keselamatan Makanan serta SDG Baharu: Melangkaui Tahun 2030.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease