INFO SEMASA
16
Wadah
NOVEMBER 2025
Kempen Derma Darah CoopCare ANGKASA: Semangat Kebersamaan Selamatkan Nyawa
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh bersama Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Shaharudin Mohd Sa’ad hadir bagi memberi sokongan moral kepada kakitangan ANGKASA yang menderma darah.
Kakitangan ANGKASA yang menderma darah menerima sijil penghargaan dan baucar Coopfarmasi bernilai RM50.
Oleh: MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR
Seramai 130 warga ANGKASA dan komuniti sekitar Petaling Jaya telah berdaftar, dan daripada jumlah tersebut, 83 orang telah berjaya menderma darah dalam Kempen Derma Darah CoopCare ANGKASA yang berlangsung di Dewan Dato’ Mohd Ali Baharum, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 6 November 2025. Program anjuran Bahagian Korporat ANGKASA itu dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menyemai kesedaran tentang pentingnya pendermaan darah dalam menyelamatkan nyawa. Program tersebut turut mendapat suntikan semangat apabila Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh hadir bagi memberi sokongan moral kepada para penderma. Beliau bersama Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Shaharudin Mohd Sa’ad meninjau perjalanan kempen dan beramah mesra dengan peserta yang terlibat. Dalam ucapan ringkasnya, Dato’ Haji Abdullah menzahirkan penghargaan kepada semua penderma yang disifatkan sebagai insan terpilih kerana sumbangan mereka memberi makna besar kepada masyarakat yang memerlukan. Menurut beliau, tindakan menderma darah bukan sahaja menyelamatkan nyawa malah mencerminkan semangat patriotik rakyat terhadap negara. Nilai kemanusiaan yang ditunjukkan melalui amalan tersebut menjadi lambang kepada budaya saling
Kempen Derma Darah CoopCare ANGKASA dianjurkan oleh ANGKASA menerusi Bahagian Korporat ANGKASA dengan kerjasama Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia.
membantu yang menjadi asas kepada gerakan koperasi di Malaysia. Kempen yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang itu berjalan lancar dengan penyertaan aktif warga ANGKASA. Setiap penderma yang berjaya menerima sijil penyertaan daripada Pusat Darah Negara, baucar Coopfarmasi atau ANGKASAMart bernilai RM50 serta cuti tanpa rekod bagi kakitangan ANGKASA yang terlibat. Inisiatif berkenaan bukan sekadar galakan, malah juga penghargaan kepada semangat kebersamaan yang ditonjolkan. Kempen Derma Darah CoopCare ANGKASA membuktikan bahawa keprihatinan sosial dan semangat gotong- royong masih kukuh dalam kalangan warga koperasi. Usaha itu selaras dengan matlamat ANGKASA untuk terus menjadi peneraju gerakan koperasi yang bukan sahaja menjana ekonomi malah berperanan aktif dalam pembangunan kesejahteraan masyarakat.
Salah seorang kakitangan ANGKASA yang menderma darah.
Penderma darah perlu menjalani saringan kesihatan sebelum menderma.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease