Wadah PELANCAR EDISI NOVEMBER 2025

RENCANA

17

Wadah

NOVEMBER 2025

International Year of Cooperatives (IYC 2025): Tiga Cabaran Koperasi ke Arah Kesejahteraan Sejagat

Oleh: SITI NURAINI ABU BAKAR Institut Koperasi Malaysia Zon Selatan

siber menyebabkan koperasi lebih terdedah kepada ancaman dan serangan seperti pencerobohan sistem koperasi bertujuan untuk mendapatkan maklumat peribadi anggota seperti nombor kad pengenalan dan akaun bank. Pendekatan Strategik untuk Membina Kesejahteraan Sejagat Dalam menghadapi cabaran globalisasi dan transformasi ekonomi, koperasi perlu mengadaptasi pendekatan strategik yang efektif bagi memastikan mereka terus relevan dan mampu menyumbang secara signifikan kepada kesejahteraan ekonomi yang mampan. Pendekatan ini harus menumpukan kepada usaha memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi, memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap koperasi serta mempertingkat keselamatan maklumat dan infrastruktur digital koperasi. Berprestasi Tinggi dan Inovatif Sebagai tindak balas kepada cabaran budaya kerja yang kurang kompetitif, koperasi perlu menanamkan budaya kerja yang berasaskan prestasi, i. Membangunkan Budaya Kerja kecekapan dan inovasi. Pengurusan koperasi hendaklah memberi penekanan kepada pembangunan modal insan melalui latihan berterusan, peningkatan kemahiran digital dan pemupukan nilai- nilai koperasi selari dengan GP27: Garis Panduan Tadbir Urus Koperasi. Koperasi juga boleh melaksanakan penilaian prestasi secara berterusan terhadap pentadbiran dan pihak pengurusan seperti yang dinyatakan dalam Prinsip 8: GP27 dan mengamalkan Prinsip 9: GP27 iaitu penetapan prosedur ganjaran yang formal dan telus meliputi elaun, bonus, saguhati dan honorarium berdasarkan pencapaian bagi memotivasikan lembaga, anggota dan pekerja. Dengan penerapan budaya kerja yang dinamik, koperasi akan mampu bersaing secara sihat dalam pasaran terbuka dan menyesuaikan diri dengan perubahan ekonomi global.

Pengenalan

perumahan, pengguna, pengangkutan, perladangan, perindustrian, pembinaan, dan perkhidmatan. Namun, tanggapan negatif bahawa koperasi sekadar terlibat dalam aktiviti pinjaman sahaja boleh mengehadkan potensi pertumbuhan koperasi dan menjejaskan usaha menarik penyertaan anggota baharu. iii. Ancaman keselamatan data koperasi Ancaman seperti kebocoran maklumat dan data anggota koperasi boleh menjejaskan kepercayaan anggota serta kelancaran operasi. Kekurangan pengetahuan mengenai keselamatan Ancaman seperti kebocoran maklumat dan data anggota koperasi boleh menjejaskan kepercayaan anggota serta kelancaran operasi. Kekurangan pengetahuan mengenai keselamatan siber menyebabkan koperasi lebih terdedah kepada ancaman dan serangan seperti pencerobohan mendapatkan maklumat peribadi anggota seperti nombor kad pengenalan dan akaun bank. sistem koperasi bertujuan untuk

"Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat” telah dipilih sebagai tema bagi International Year of Cooperatives (IYC) tahun 2025 dengan bertujuan untuk menonjolkan peranan penting koperasi dalam membangunkan komuniti yang inklusif dan ekonomi yang mampan. Seiring dengan pengiktirafan ini, koperasi di seluruh dunia termasuk di Malaysia perlu memperkukuh peranan mereka dalam memacu agenda pembangunan mampan dengan mengutamakan tadbir urus yang baik dan pemerkasaan ekonomi anggota koperasi. Usaha ini penting agar koperasi bukan sahaja menjadi pemacu ekonomi setempat tetapi juga sebagai instrumen pembangunan sosial yang dapat membantu mengurangkan jurang kemiskinan, menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

Cabaran Koperasi

Dalam era globalisasi dan teknologi yang pesat, koperasi berdepan pelbagai cabaran untuk terus menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara. Cabaran ini termasuklah budaya kerja yang kurang kompetitif, persepsi negatif terhadap fungsi koperasi dan ancaman keselamatan data koperasi yang semakin meningkat dalam era digital masa kini. i. Budaya kerja yang kurang kompetitif Budaya ini masih diamalkan oleh sebahagian koperasi, di mana mereka mengamalkan budaya kerja bersifat santai dan tidak proaktif yang tidak selari dengan tuntutan pasaran global yang semakin kompetitif. Ini boleh menjejaskan kecekapan operasi, produktiviti menurun dan daya saing koperasi dalam pasaran menjadi lemah. ii. Persepsi negatif berkaitan fungsi utama koperasi. Koperasi menyediakan sembilan (9) perkhidmatan dan aktiviti berpotensi besar seperti fungsi kewangan dan perbankan,

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease