Wadah PELANCAR EDISI NOVEMBER 2025

RENCANA

18

Wadah

NOVEMBER 2025

Selari dengan dunia digitalisasi ini, koperasi tidak boleh mengabaikan kemajuan teknologi berkomputer seperti pengenalan platform e-dagang, sistem pembayaran elektronik, dan penggunaan teknologi terkini. Sebagai Contoh, Koperasi Usahawan Melaka Berhad yang menyediakan platform bagi usahawan tempatan memasarkan produk mereka di pasaran yang lebih luas. Maka, pelaburan dalam teknologi seperti sistem firewall (sistem yang menapis maklumat daripada internet dan menghalang akses tanpa kebenaran daripada memasuki rangkaian peribadi), data encryption (proses mengubah data asli ( plaintext ) menjadi format yang tidak boleh dibaca (ciphertext) menggunakan algoritma matematik tertentu), dan cloud security (Melindungi data, aplikasi atau infrastruktur dengan peningkatan sekuriti daripada serangan dunia maya) wajar dipertimbangkan bagi memastikan data koperasi sentiasa terlindung.

Rujukan: • Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Fungsi dan Aktiviti Koperasi. Dicapai melalui laman web https://www.skm. gov.my/ms/koperasi/gerakan-koperasi/ pengenalan/fungsi-dan-aktiviti- koperasi. • Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). GP 27: Garis Panduan Tadbir Urus Koperasi. Dicapai melalui laman web https://www.koptg.com.my/koptg/ garispanduan/GP27.pdf. • Vnetwork (2024). Firewall sebagai Perkhidmatan pada 2024: Definisi & 8 Faedah Teratas. Dicapai melalui laman web https://www.v-network.net/ms/ blogs/articles/firewall-as-a-service-in- 2024-definition-top-8-benefits?srsltid= AfmBOoo0aCJjbQlACrfQ_1KsybTVb TBRsSki02gJqifH0sG1Sv9f8ss. • M. Nur Khabibulloh. (2024). Apa Itu Data Encryption: Cara Melindungi Data dari Ancaman Siber. Dicapai melalui laman web https://nurosoft.id/ blog/apa-itu-data-encryption/. • IT Governance Indonesia. (2023). Cloud Security : Pengertian, Manfaat, Cara Kerja, dan Contohnya. Dicapai melalui laman web https://itgid.org/ insight/artikel-it/cloud-security- pengertianmanfaat-cara-kerja-dan- contohnya/. • Aribho Rahman. (2023). Artikel: Menggali Potensi Koperasi: Kontribusi terhadap Kesejahteraan Ekonomi di Indonesia. Dicapai melalui laman webhttps://www.kompasiana.com/arib horahman/6483383608a8b53110291d72/ menggali- potensikoperasi-kontribusi- terhadap-kesejahteraan-ekonomi-di- indonesia. • Nazirah Baharudin. (2022). Sumbangan Koperasi kepada Komuniti Setempat. Dicapai melalui laman web https:// www.ikma.edu.my/images/dokumen/ penerbitan/demensi/demensi-koop- 72/DIMENSIKOOP-BIL-72-9.pd.

ii. Memperkukuh Promosi dan Pendidikan Koperasi Koperasi bersama agensi berkaitan seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan ANGKASA perlu memperluas program pendidikan koperasi kepada masyarakat melalui kempen kesedaran, seminar dan platform digital seperti media sosial. Selain pengenalan modul pendidikan koperasi di sekolah dan institusi pengajian tinggi bagi menanam minat generasi muda terhadap gerakan koperasi, pemerkasaan komuniti secara inklusif juga penting untuk memastikan koperasi berperanan dalam memberi peluang kepada semua golongan masyarakat termasuk wanita, belia, dan mereka yang terpinggir untuk memahami aktiviti koperasi. Sebagai contoh, Koperasi Persaudaraan Kampung Seri Paya Berhad (Johor) telah menggalakkan koperasi untuk menyumbang kepada pembangunan sosial komuniti dengan menganjurkan program kesihatan, pendidikan, dan pembangunan komuniti. Selain itu, Koperasi Pengkalan Batu Melaka Berhad juga menjalankan aktiviti untuk komuniti dan penduduk Kampung Pengkalan Batu yang melibatkan pelbagai golongan termasuk belia. Langkah-langkah ini dapat memperbetulkan tanggapan masyarakat dan memperkukuh imej koperasi sebagai entiti ekonomi yang moden, inklusif dan berdaya tahan. iii. Memperkasa Keselamatan Siber dan Pengurusan Data Koperasi Ancaman keselamatan data yang semakin meningkat memerlukan koperasi mengambil langkah proaktif dalam memperkukuh perlindungan sistem dan maklumat organisasi. Koperasi disarankan melaksanakan dasar keselamatan yang jelas, termasuk garis panduan penggunaan kata laluan, pengurusan akses dan penyimpanan data. Latihan

berkala mengenai keselamatan siber juga perlu diberikan kepada lembaga, pekerja dan anggota koperasi agar mereka peka terhadap risiko seperti e-mel palsu, pautan berbahaya atau pencerobohan sistem. Selari dengan dunia digitalisasi ini, koperasi tidak boleh mengabaikan kemajuan teknologi berkomputer seperti pengenalan platform e-dagang, sistem pembayaran elektronik, dan penggunaan teknologi terkini. Sebagai Contoh, Koperasi Usahawan Melaka Berhad yang menyediakan platform bagi usahawan tempatan memasarkan produk mereka di pasaran yang lebih luas. Maka, pelaburan dalam teknologi seperti sistem firewall (sistem yang menapis maklumat daripada internet dan menghalang akses tanpa kebenaran daripada memasuki rangkaian peribadi), data encryption (proses mengubah data asli ( plaintext ) menjadi format yang tidak boleh dibaca ( ciphertext ) menggunakan algoritma matematik tertentu), dan cloud security (melindungi data, aplikasi atau infrastruktur dengan peningkatan sekuriti daripada serangan dunia maya) wajar dipertimbangkan bagi memastikan data koperasi sentiasa terlindung.

Kesimpulan

Dalam menghadapi cabaran globalisasi dan transformasi ekonomi, koperasi perlu berinovasi dan memperkukuh pendekatan strategik mereka. Dengan mengamalkan pendekatan strategik ini, koperasi mampu terus relevan dan menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi yang mampan. Harapan agar koperasi di Malaysia dapat menjadi model yang berjaya di peringkat nasional dan peringkat antarabangsa, selari dengan semangat International Year of Cooperatives.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease