sasaran 50 buah koperasi sekolah mampu mencatat perolehan yang sama menjelang tahun 2020. Justeru, nilai-nilai keusahawanan
anggota (pelajar) koperasi sekolah dan ilmu serta pengalaman tersebut seterusnya dapat dibawa ke peringkat pengajian tinggi sehingga boleh membuka perniagaan sendiri melalui pengalaman berkoperasi. Kecemerlangan Gerakan Koperasi Sekolah di Malaysia terus membuktikan kejayaan tersendiri apabila mencatatkan sumbangan perolehan setakat Jun 2017 sebanyak RM264,324,915 dengan aset bernilai RM315,091,092. Pencapaian tersebut amat membanggakan selepas penubuhannya 50 tahun lalu yang bermula dengan sembilan buah koperasi sekolah perintis pada tahun 1968 dan kini telah meningkat kepada 2,388 buah daripada 2,408 keseluruhan sekolah di Malaysia. Jumlah itu meliputi 99.2 peratus jumlah sekolah, tidak termasuk sekolah-sekolah yang baru ditubuhkan. Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah menyatakan, inisiatif dan perjuangan ANGKASA untuk melahirkan lebih banyak koperasi sekolah yang mampu menyumbang kepada perolehan melebihi RM1 juta akan terus diperhebat melalui program- program pembangunan dan bimbingan serta tunjuk ajar secara berterusan termasuk penganjuran pelbagai seminar dan bengkel yang berkaitan. Pemerkasaan usaha tersebut berjaya menunjukkan petanda yang lebih positif apabila terbukti sebanyak lima buah koperasi sekolah telah berjaya merekodkan perolehan melebihi RM1 juta pada tahun 2016 dalam Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Emas Ke-50 Tahun Penubuhan Koperasi Sekolah 2018 Peringkat Kebangsaan di Pekan, Pahang pada Mac 2018. Lima koperasi sekolah berkenaan adalah Koperasi MRSM Kepala Batas Berhad, Koperasi MRSM Kubang Pasu Berhad, Koperasi Kolej Vokasional Tanah Merah Kelantan Berhad, Koperasi MRSM Batu Pahat Berhad dan Koperasi MRSM Taiping Berhad. Ini membuktikan bahawa ANGKASA berada pada landasan yang tepat untuk melihat
yang tinggi seharusnya ada dalam kalangan setiap anggota koperasi
sekolah dan masing-masing bersemangat serta bermotivasi tinggi untuk bersama berkongsi kejayaan koperasi sebelum meninggalkan alam persekolahan. ANGKASA melihat pembangunan koperasi sekolah berpotensi menjana pendapatan tanpa mengganggu pembelajaran dalam kelas di samping mampu mengasah bakat keusahawanan dan kemahiran dalam mentadbir; mengurus, berniaga; menguruskan perakaunan perniagaan dan sebagainya. Dalam masa yang sama, ANGKASA juga tidak mengabaikan pemupukan nilai-nilai murni dan prinsip-prinsip koperasi yang terkandung dalam jati diri koperasi selaras dengan inspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu mendidik generasi supaya berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Mei 2018 PELANCAR
17
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease