Wadah PELANCAR EDISI NOVEMBER 2025

2 INFO SEMASA

Wadah

NOVEMBER 2025

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bergambar bersama tetamu kehormat.

koperasi mengukuhkan semangat kerjasama selain dapat mengurangkan kebergantungan kepada dana kerajaan serta sumbangan awam,” titah baginda. Al-Sultan Abdullah turut dan menzahirkan harapan agar koperasi di negeri Pahang terus maju dan menempatkan diri dalam kelompok 10 koperasi terbaik negara. Baginda juga menegaskan bahawa koperasi yang berdaya saing dan berwawasan mampu melonjakkan ekonomi negeri serta memberi impak positif kepada kesejahteraan ummah. Sehingga 31 Disember 2024, terdapat sebanyak 578 koperasi kariah masjid di seluruh negara dengan keanggotaan seramai 47,830 orang. Nilai syer dan yuran terkumpul mencecah RM16. 56 juta manakala jumlah aset keseluruhan adalah sebanyak RM41.11 juta dengan perolehan RM30. 6 juta. Konvensyen tersebut turut menjadi medan perkongsian amalan terbaik serta sesi dialog strategik antara koperasi. Melalui perbincangan itu, pelan tindakan yang lebih mampan dan berimpak tinggi dapat dirangka bagi memperkukuh peranan KKM sebagai ejen pertumbuhan ekonomi tempatan. Majlis perasmian turut

DARI MUKA 1

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta ANGKASA. Penganjuran konvensyen itu bertujuan memperkukuh peranan KKM sebagai pemangkin pembangunan ekonomi setempat yang berlandaskan prinsip syariah. Usaha itu juga menjadi wadah penyatuan ummah melalui aktiviti ekonomi yang menyentuh pelbagai bidang termasuk keusahawanan dan kesejahteraan sosial. Pada majlis perasmian itu, Al-Sultan Abdullah bertitah tentang kepentingan pengurusan koperasi yang cekap, telus dan berintegriti bagi memastikan manfaatnya dapat dirasai seluruh lapisan masyarakat. Baginda turut menambah bahawa KKM perlu menjadi contoh dalam menguruskan ekonomi secara beramanah dan beretika. “Pengurusan koperasi yang baik bukan sahaja dapat memperkasakan ekonomi masyarakat malah menjadi landasan untuk menyatukan semangat kerjasama dalam kalangan rakyat. Ia dapat menyatukan peranan komuniti melalui program

menyaksikan penyampaian Anugerah KKM Terbaik 2025 kepada Koperasi Masjid Nurul Yaqin Kelana Jaya Berhad dan Anugerah Koperasi Kariah Masjid Harapan 2025 kepada Koperasi Kariah Masjid Nurussalam Gerik Berhad serta Sumbangan Dana Wakaf kepada Koperasi Kariah Masjid Tengku Mahkota Abdullah Rompin Berhad. Pengiktirafan dan sumbangan itu memberi galakan kepada koperasi lain untuk terus meningkatkan prestasi dan keupayaan pengurusan masing-masing. Hadir sama ialah Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, Pengerusi SKM, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B), Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Puan Noor Afifah Abdul Razak, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor serta Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, barisan Naib Presiden ANGKASA, Anggota Lembaga ANGKASA (Wakil KUSKOP), Encik Azizul Alias dan barisan Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri. Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan Anugerah KKM Terbaik 2025 kepada Koperasi Masjid Nurul Yaqin Kelana Jaya Berhad yang diwakili Pengerusinya, Datuk Lamien Sawiyo.

Sidang Pengarang

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Timbalan Presiden • Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Naib Presiden • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) • Datuk Zulkefli Hamzah

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi Pengarang

Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Seksyen Penerbitan Bahagian Korporat ANGKASA E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (253940-X)

• Nor Azah Abd. Aziz • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor

Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease