Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan
Platform Pembiayaan ‘peer-to-peer’ (P2P) adalah salah satu inovasi “Financial Technology” (FinTech) yang membolehkan koperasi membuat pembiayaan atau memberi pembiayaan. P2P : Inovasi Baharu Platform Kewangan ANGKASA Oleh : MOHAMAD DARULNIZAM MAT DARUS Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kredit & Pembangunan Kewangan / Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan
Model Pembiayaan itu juga berupaya mengurangkan kos pembiayaan kerana tiada penglibatan dari pengantara dan segala urusan pembiayan adalah secara terus di antara peminjam dan pemberi pinjaman melalui platform ini. Pembangunan ini selaras Pelan Pembangunan Sektor Perkhidmatan Kewangan Koperasi yang dirangka oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dimana terdapat tujuh Inisiatif Strategik melalui inisiatif yang ke-5 iaitu “Strategi untuk mewujudkan kaedah peyampaian yang inovatif dan berkesan”.
Pelan tindakan yang disarankan termasuklah membangunkan platform pembayaran secara elektronik dan perkhidmatan transaksi serta menyediakan Pusat Perkhidmatan Kewangan Sehenti dan sokongan ICT yang kukuh serta menawarkan perkhidmatan yang khusus pada harga/kos yang berpatutan. Menurut statistik bagi tahun 2017 yang dikeluarkan oleh Sururhanjaya Sekuriti Malaysia (SCM), dicatatkan keseluruhan sebanyak RM37.15 juta berjaya dikumpulkan melalui pengendali-pengendali platform P2P di bawah SCM. Kadar keberkesanan adalah 99 peratus daripada 628 projek yang terlibat.
Ciri-ciri Platform P2P ANGKASA
18 PELANCAR Mei 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease