Wadah PELANCAR Edisi Mei 2018

Kerjasama antara koperasi dalam menjalankan projek pembangunan hartanah memberi manfaat yang besar kepada gerakan. Ini bagi memenuhi prinsip ke-6 gerakan. Kerjasama ini akan mengurangkan pergantungan dan manipulasi pihak swasta terhadap ketidakmampuan koperasi dari segi kewangan, sumber dan pengetahuan. Pertambahan bilangan koperasi yang berjaya dibangunkan sebagai kontraktor, pemaju, pembekal bahan binaan, pelabur atau perunding hasil program ini sama ada anjuran ANGKASA atau MKM telah membantu menambah bilangan penglibatan koperasi dalam aktiviti yang berimpak tinggi ini. Kesediaan koperasi dalam melibatkan aktiviti dalam industri ini bakal membantu meningkatkan perolehan gerakan. Penglibatan koperasi sebagai pembekal bahan binaan harus diperkasakan menjelang 2020. Pada 2017, sebanyak empat buah koperasi telah diberi geran bagi membantu membangunkan aktiviti ini. Dijangka pada tahun ini sehingga menjelang 2020, lebih banyak koperasi akan dapat dirangsang dan dibangunkan untuk menjalankan aktiviti ini. Justeru, dengan adanya koperasi yang menjalankan aktiviti pembekal bahan binaan, ia akan membantu koperasi pembinaan dan perumahan dalam menyempurnakan projek. Ini akan menjadi pelengkap dalam proses membentuk jaringan perniagaan koperasi. Selain itu, penggunaan jenama COOPHARDWARE akan turut diperluaskan.

» Ahli Lembaga ICA Co-operative Housing International (CHI) merangkap Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan sewaktu bermesyuarat bersama Ahli Lembaga CHI di Persidangan ICAKL 2017.

Sektor Pembangunan Hartanah juga berhasrat untuk memperkenalkan jenama COOP-PROPERTY bagi memberi imej baru kepada koperasi yang menjalankan aktiviti pembangunan hartanah yang dibentuk oleh ANGKASA dengan kerjasama MKM dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Penjenamaan ini akan membolehkan masyarakat umum amnya dan anggota koperasi khasnya mengenalpasti produk dan perkhidmatan hartanah yang ditawarkan oleh koperasi. Promosi terhadap Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad (KKHN) akan kekal dan terus dipergiat oleh Sektor Pembangunan Hartanah

didedahkan kepada koperasi. Amanah Pelaburan Hartanah (RIET) merupakan prospek yang boleh diceburi oleh koperasi. RIET dianggap sebagai peluang koperasi memiliki aset dan hartanah dalam bentuk saham walaupun dengan modal yang rendah. Kesedaran koperasi terhadap RIET harus dipertingkatkan. Pendidikan melalui forum, dialog dan seminar mengenai peluang pelaburan RIET harus diadakan secara berterusan agar kesedaran koperasi terhadap RIET dapat dipertingkatkan. Bagi mengelakkan pertindihan program antara ANGKASA, SKM dan MKM, satu bengkel yang dihadiri oleh ketiga-tiga agensi telah diadakan. Bengkel ini bertujuan membolehkan satu penyelarasan diwujudkan bagi membolehkan ANGKASA merancang program pemantapan jaringan perniagaan koperasi hartanah dengan sokongan SKM dan MKM. Dengan adanya bengkel ini, gerakan koperasi akan mempunyai hala tuju yang jelas bagi merangsang dan membangunkan perniagaan bidang hartanah untuk koperasi. Peranan ANGKASA dalam merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi dengan mengenalpasti dan memajukan bidang perniagaan baru, membangun dan memperkukuhkan perniagaan yang sedia ada serta mewujudkan jaringan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebagai dinyatakan dalam Deklarasi Putrajaya 2012, tetap dijadikan sebagai panduan dan intipati kepada Sektor Pembangunan Hartanah ANGKASA.

ANGKASA. KKHN ditubuhkan bagi membantu koperasi bergabung di

bawah satu gabungan yang besar yang membolehkan modal, pengalaman dan kepakaran disatukan. Pengabungan ini akan membolehkan koperasi mempunyai suara yang lebih dalam membela dan menuntut kehendak koperasi yang menjalankan aktiviti ini. Perniagaan-perniagaan baharu koperasi dalam pelaburan hartanah perlu

» Gambar Hiasan

Mei 2018 PELANCAR

21

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease