Wadah PELANCAR Edisi Mei 2018

Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri Dan Kesihatan

ANGKASA Wujudkan Platform Pendidikan Generasi Koperator Muda Dalam Pelancongan

Oleh : NORLAILI MANSOR

ANGKASA telah diangkat sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang membantu meningkatkan pembangunan program dan industri pelancongan di Malaysia melalui Malaysian Tourism Gold Award 2017 pada 20 November 2017 dalam kategori Gold Award Tourism Initiative Program.

ANGKASA boleh berbangga dengan penglibatan lebih 10 buah koperasi yang memiliki perniagaan hotel di dalam rangkaian Coophotel, sebanyak 25 buah koperasi homestay dalam rangkaian Coopstay, 84 buah koperasi sekolah dalam program CoopISTAC, 11 buah koperasi yang menyertai rangkaian Coopspa, 13 buah koperasi dalam rangkaian Coopdialisis dan tiga buah koperasi yang menyertai rangkaian Coopfarmasi. Terkini yang baru ditubuhkan dan masih dalam proses penjenamaan ialah Cooptravel iaitu koperasi yang mempunyai anak syarikat agensi pelancongan.

ANGKASA telah beberapa kali disebut di peringkat antarabangsa sebagai hub atau pengkalan pendidikan bagi industri pelancongan. Justeru, ISTAC yang dahulunya dikenali sebagai Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) dan mula digerakkan pada tahun 2004 dipilih sebagai salah satu penggerak utama dalam sektor pelancongan kerana ia mempunyai tapak terbaik melatih dan mendidik golongan pelapis koperasi dalam pengurusan pelancongan yang baik. ISTAC melalui modul PKS membentuk pasukan pelajar yang mahir dalam pengurusan pelancongan dengan SOP yang

» Timbalan Presiden ANGKASA yang juga merangkap Pengerusi Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan ANGKASA, Haji Mutadho Bahri menyerahkan plak CoopStay kepada pemilik Homestay D’Pelanduk Best, Encik Zainal Yahman

22 PELANCAR Mei 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease