Wadah PELANCAR Edisi Mei 2018

yang merealisasikan hasrat ini secara langsung membantu meningkatkan potensi PKS di dalam CoopISTAC itu sendiri. Terkini CoopISTAC membuka peluang lebih luas dengan menyediakan beberapa program kerjasama dengan pelbagai pihak untuk memastikan pelajar berpeluang berinteraksi secara langsung dengan masyarakat dan bersedia untuk menghadapi kerenah bekerja dengan komuniti sebelum mereka keluar dari institusi sekolah lagi. Program kerjasama PKS dengan Asrama 1 Malaysia, CoopISTAC dengan Coopstay di Pulau Redang, CoopISTAC dengan Coopstay di Kundasang bagi program penjenamaan CoopISTAC Negeri Sabah, projek khas Tourism Malaysia-KPM-ANGKASA-SMK Rantau Panjang, Klang dan lain-lain.

» Coopstay Koperasi Hom,estay Kampung Rawa Lenggeng Negeri Sembilan Berhad

Justeru, kepelbagaian ini dilihat sebagai sumber nilai tambah kepada semua aktiviti sedia ada di koperasi sekolah. Malah, penekanan prinsip dan jatidiri koperasi membolehkan program pembangunan dan pendidikan modal insan yang berterusan ini mengangkat nama ANGKASA di persada dunia. Antara negara yang pernah menjemput wakil ANGKASA membentangkan sesi pengalaman langsung pelaksanaan program PKS ini ialah Filipina, Indonesia, Poland, Cuba, Korea Selatan, Jepun, Thailand dan Singapura. Kisah keberkesanan tadbir urus sistem dan SOP dalam program PKS menyebabkan kemenjadian pelajar dan seterusnya kejayaan gerakan koperasi sekolah di Malaysia semakin dikenali di persada global, khususnya dalam lingkungan gerakan koperasi dunia melalui International Cooperative Alliance (ICA) dan beberapa pertubuhan koperasi apeks luar negara. Inilah cantiknya gerakan koperasi di Malaysia khususnya koperasi sekolah dan bidang pelancongan itu sendiri. Tidak ada yang lebih membanggakan bagi seorang guru apabila melihat kejayaan anak didiknya dalam kerjaya dan hidup selepas tamat persekolahan. Demikian juga perumpamaan bagi ANGKASA yang sentiasa tanpa jemu melatih setiap individu koperasi yang dahagakan ilmu pelancongan. Selagi kami diperlukan selagi itu payung ANGKASA sebagai nadi berkoperasi akan subur hidup memayungi seluruh warganya.

betul dan berjaya melaksanakan projek lawatan dengan baik dan tersusun. Kemenjadian pelajar dalam pelaksanaan program PKS terserlah apabila beberapa testimoni hidup iaitu kejayaan pelajar dalam akademik dan kokurikulum diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menjadi kebanggaan ANGKASA. Di samping itu juga, ISTAC turut berperanan sebagai pusat perkongsian ilmu kepada negara luar yang ingin belajar bagaimana ANGKASA membangunkan potensi koperasi sekolah sebagai entiti pelancongan. ANGKASA pernah didatangi Seoul Education and Research Institute, Korea Selatan pada 2017 untuk membuat penggambaran dan penyelidikan langsung berkenaan semua jenis aktiviti koperasi sekolah yang terdapat di Malaysia. Bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada program pelancongan koperasi sekolah yang telah divideokan dan diedarkan ke seluruh negara Korea Selatan untuk bahan promosi ke arah pembentukan gerakan koperasi sekolah di negara itu. ANGKASA mensasarkan RM1 juta perolehan melalui program pelancongan koperasi sekolah menjelang 2020. Sambutan semakin menggalakkan dan diyakini angka tersebut boleh dicapai sebelum tahun 2020 lagi. Kerjasama pelbagai pihak dan sokongan padu pentadbiran sekolah, jabatan pendidikan negeri-negeri, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selaku badan utama

» Pelajar-pelajar Program PKS ISTAC bergambar di pintu masuk ke Taman Negara

» Jururunding Jaringan CoopSpa ANGKASA, Puan Norliza Othman (dua dari kanan) memberikan penerangan kepada peserta program

Mei 2018 PELANCAR

23

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease