Wadah PELANCAR Edisi Mei 2018

Sektor Pertanian Dan Industri Asas Tani ANGKASA

» Majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara ANGKASA dan Touch Milk Sdn. Bhd.

ANGKASA Buka Peluang Koperasi Sertai Projek Ternakan Lembu Secara Bersepadu

» Lebih 150 anggota koperasi hadir untuk mendengar taklimat peluang- peluang menjana pendapatan koperasi dalam industri ternakan lembu dan makanan ternakan yang disampaikan oleh Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail di Dewan Utama Agro Resort, Semuji, Kuantan.

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

Selaras dengan misi untuk terus memperkasakan koperasi perladangan dan pertanian, ANGKASA membuka peluang kepada koperasi yang berminat untuk menyertai projek ternakan lembu secara integrasi dan makanan ternakan menerusi satu konsortium di bawah seliaan Touch Milk Sdn. Bhd. Menerusi usahasama yang terjalin itu, ladang ternak yang terletak di Agro Resort, Semuji akan berperanan sebagai pusat ternakan bersepadu yang akan menguruskan ladang-ladang satelit, pembekalan makanan ternakan, pengedaran, pengurusan dan perundingan serta pemasaran. Projek tersebut diilhamkan khas untuk koperasi ahli ANGKASA khususnya kepada koperasi mikro yang sebagai salah satu kaedah untuk meningkatkan perolehan koperasi. Ia juga selaras dengan visi Sektor Perladangan Dan Sektor Pertanian Dan Industri Asas Tani lebih berdaya maju dan memberi impak yang besar kepada gerakan koperasi menjelang 2020.

24 PELANCAR Mei 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease