menunggu tempoh kira-kira tiga bulan bagi memenuhi permintaan tinggi menjelang hari perayaan selain keperluan seperti korban dan jualan di pasar-pasar awam seluruh negara sepanjang tahun. KOPSYA juga turut menawarkan pembiayaan khas KOPSYA kepada koperasi yang berminat untuk tujuan membeli lembu pedaging dengan kadar minimum 15 ekor bagi setiap koperasi bagi diuruskan oleh pengurusan Agro Resort, Semuji. Hanya dalam tempoh tiga bulan ternakan sahaja, purata keuntungan yang boleh dijana hasil jualan bagi seekor lembu pedaging tersebut adalah antara RM300 hingga RM500. Kerjasama memajukan projek ternakan lembu integrasi dan industri berkaitan anjuran ANGKASA itu merupakan satu peluang keemasan yang harus diambil oleh koperasi dalam usaha untuk meningkatkan perolehan koperasi menerusi sektor perladangan. Kerjasama antara ANGKASA dengan Touch Milk Sdn. Bhd. juga diharap dapat merealisasikan program pembangunan sektor pertanian koperasi di Malaysia secara lebih profesional sekaligus memberi petunjuk positif terhadap kecemerlangan tadbir urus koperasi berasaskan sektor tersebut di mata dunia. Selain projek ternakan lembu pedaging, ANGKASA juga turut menjalin kerjasama bagi projek penanaman dan pemprosesan makanan haiwan seperti Napier dan jagung serta khidmat latihan dan agro pelancongan.
Menariknya, koperasi tidak perlu mengambil masa yang panjang untuk mendapatkan semula modal dan keuntungan menerusi jualan kerana lembu tersebut diimport dari luar negara itu akan diternak dan diberi makanan yang secukupnya dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan di ladang-ladang satelit sebelum dijual semula kepada pelanggan dengan kadar harga yang lebih tinggi. Rancangan kerjasama antara ANGKASA dan Touch Milk Sdn. Bhd. sebenarnya telah lama dibuat bagi menilai kaedah pengurusan terbaik dan jaminan pasaran sebelum diimplementasi menerusi perjanjian kerjasama ini. Sistem pengurusan yang terkawal serta permintaan yang semakin tinggi di pasaran khususnya terhadap daging lembu segar telah memberi keyakinan kepada ANGKASA untuk menggalakkan penyertaan lebih banyak koperasi untuk bersama-sama menjayakan projek tersebut. Pembangunan pesat sektor perladangan di Malaysia khususnya terhadap permintaan daging yang semakin meningkat saban tahun telah memberi keyakinan yang sangat tinggi kepada ANGKASA untuk menceburi industri tersebut secara berimpak tinggi khususnya terhadap ternakan lembu daging dan tenusu. Lembu pedaging yang diimport dari Australia, Thailand dan Myanmar akan dibawa ke pusat ternakan di Agro Resort dan di ladang-ladang satelit terpilih untuk diternak sementara
PELAN PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI KOPERASI 2016-2020
- Pengeluaran hasil pertanian - padi, sayur-sayuran dan buah-buahan. - Ternakan ruminan, tenusu dan ayam. - Input pertanian - makanan ternakan, baja dan racun organik. - Pengeluaran hasil industri asas tani (IAT) - melalui penghasilan produk hiliran.
PROJEK PERTANIAN DI BAWAH SEKTOR PERLADANGAN ANGKASA DAN SEKTOR PERTANIAN & ASAS TANI ANGKASA
1. Projek lembu tenusu secara berkelompok di Mersing. 2. Pusat pembiakan lembu ANGKASA di Gemas, Negeri Sembilan. 3. Projek ternakan udang berkelompok di Mersing, Johor dan di Selinsing, Perak. 4. Projek tanaman cili secara fertigasi di Sg. Buloh dan Kuala Pilah. 5. Projek pembungkusan dan pengedaran beras jenama MELATI di Perlis.
6. Projek tanaman jagung bijian di Kedah. 7. Projek ternakan ikan patin di Pahang.
Mei 2018 PELANCAR
25
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease